Wednesday, November 16, 2005


Haaah.... ni dia pesen rambut Leynah yang Jid nak tiru tuh.. Jadi tak????

Rumah terbuka dirumah baru mak saudara.

ehm... lantaklah duduk kat lantai pon tak kesah..

Klavu sempat mendandan Ayu dalam majlis rumah terbuka bapa saudara.

Tengok hasil jari Si Klavu.. Entah sanggol tabuan hape Si Klavu buat kat rambut Si Ayu nih.

Anak buah hubby

Suasana Hari Raya di Brunei

Seperti tahun-tahun yang sudah, setiap pagi raya kami akan berkumpul dirumah bapa dikampong. Subuh lagi aku sudah sibok didapor memasak nasi beryani dan daging masala. Menyediakan nutty brownies, enam jenis kek gulong dan beberapa jenis lagi biskut coklat.

Dalam aku kelam kabut menyediakan salad, kedengaran suara Leynah sudah merengek tak mahu pakai baju yang disediakan. Dia mengamuk sakan. Nak pilih bajunya sendiri. Akhirnya untuk menyelamatkan keadaan yang bingit itu, aku biarkan saja dia memakai baju kesukaannya. Si abang pun begitu juga tak nak pakai baju sama dengan si adik. Dan aku yang memang tidak menempah walau sepasang pon, hanya menyarungkan jubah hitam bekas arwah emak. Maka baju kami pakai pagi raya itu jadi haru biru. Tidak sedondon seperti raya yang sudah.

Selepas solat sunat hari raya kami pun terus bertolak kekampong yang hanya memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah kami. Sampai dikampong, bersalam dengan bapa dan adik-adik. Ryn, Ryma dan emak saudara yang lain belum sampai lagi. Aku terus saja kedapor meyediakan makanan. Kakak ku yang tua sudah sedia dengan ayam karinya. Dalam 15minit kemdian kedengaran suara kanak-kanak riuh rendah didepan. Ryn datang dengan membawa ikan asam pedas dan mixed vege. Emak saudara membawa daging rendang, acar limau, kerabu mangga dengan bunga kantan, pickles dan ade beberapa jenis lauk lagi yang aku sudah tidak dapat mengingatinya. Maka pagi itu diatas meja penuh beraneka lauk pauk dan kuih mueh yang menyelerakan.

Selesai majlis bertahlil aku dengan adik-adik yang lain pergi kepusara emak walau empat hari sebelom raya kami sudah menziarahinya. Masih terngiang-ngianng suara datok aku dulu; "bukan orang hidup saja kan diaga beraya, orang sudah nada ani pon mau jua minta jarahi..."(orang sudah tiada pun masih mengharapkan kita menziarahi mereka dipagi raya). Macam tu lah lebih kurang maksudnya. Maka aku yang memang sensitif ni pon terasa dengan omelannya.

Tuesday, November 15, 2005


Semasa rumah terbuka bapa saudara

Bila dah kenyang dah macam ular, tersandar....

Humydi dirumah terbuka mak saudara Nina

nak posing gak

Saudara sebelah hubby

Anak buah hubby bersama suami baju sedondon.

Besan Nina bersama anak-anak

Teman-teman non-muslim sedang menjamu selera

Sebahagian lagi teman-teman non-muslim menikmati jamuan.

Thursday, November 03, 2005

Salam Aidil Fitri

"Anak bulan tidak nampak. Berpuasa lagi satu hari." Lebih kurang begitu bunyi SMS yang dihantar oleh Ryn's hubby. Bila membaca SMS tersebut aku rasa nak melompat. Aku suka banget. Rasanya aku lah yang paling berbahagia dimaya ini.


  • Pertama, aku bolih bernafas dengan sempurna setelah tenat dua minggu sesak nafas bersilat dengan tepong dan mentega.
  • Kedua, aku boleh qada tidur ku yang tak pernah cukup.
  • Ketiga, aku sempat berpuasa lagi setelah seminggu bercuti.
  • Keempat, aku dapat mengemas rumah dengan hati yang lapang dan fikiran yang jernih setelah lama sesak dan kelabu dibelenggu oleh kerja yang menguji fizikal dan mental...

Dikesempatan ini ku hulur tangan memohon ampun dan maaf jika ada yang tersalah bahasa atau yang mencuit hati. Salam Aidil Fitri untuk semua umat Islam didunia.






Tiada yang sempurna
kecuali Allah Yang Maha Kuasa

Tiada yang kekal mahluk didunia
Salah dan dosa pasti ada diantara kita


Pintu ma'af adalah jalan ke syurga
Allah Maha Pengampun terhadap mahluknya

Bagaimana dengan sesama manusia?


Ungkapan yang tulus untuk sahabat-sahabat ku
yang dihormati hanya UCAPAN :


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
" 1 SYAWAL 1426 H "
Bersamaan 4hb November 2005
Taqabalallohu Minna Wa Minkum
Minal Aidin Wal Faidzin .
DAN
Mohon Maaf Dipohonkan
Semoga Kita Semua Sentiasa Dirahmati Allah
Amin ……..