Friday, April 30, 2010

Salam Damai



Pagi jumaat yang barakah ini, subuh-subuh lagi kami sudah keluar, menziarahi bonda yang bersemayam di SANA. Suasananya sepi, sejuk dan mendamaikan. Moga bonda pun jua turut sama damai.




Hati terasa diragut pilu. Mati itu pasti. Tapi tak tahu bila. Moga DIA tetap memberi taufik dan hidayah-NYA agar aku tidak akan lupa.




Hari ibu tidak lama lagi tiba, hanya doa dan kesejahteraanmu yang dapat kupanjatkan pada-NYA, Ya-Rahim.





Al-Fatihah buat muslimin dan muslimat yang bersemadi di SANA.

Tuesday, April 27, 2010

Meowwwwwwwwwww



Sudah hampir sebulan si Alex James bang Mat ini sesat tak dapat jalan pulang. Bila dia tak ada ni, rindu la pulak kat dia.

Biasanya balik kerja, pasti dia sudah menunggu di depan pintu kereta. Menggesel-geselkan badannya pada kaki kami dengan wajah seksi. Eeeee tak kuasa kakmOn. GELI. 

Kekadang 'kaki jahat' kakmOn ni tendang dia tanpa rasa bersalah sedikitpun. Kalau bang Mat nampak, bang Mat siap marahkan kakmOn. BENCI.

KakmOn sakit hati bukan apa tau!. Dia suka sangat 'kacau' bunga kakmOn dan burung-burung yang semakin jinak di kebun belakang tu. Kalau dia ada, semua kawan-kawan comel kakmOn tu... tak berani nak rapat. TAKUT. Takut si Alex cekik.

Pada satu hari kakmOn terlupa belikan biskut kegemarannya. Rupanya sudah dua hari biskutnya itu sudah habis. Itu pun fasal adik yang ingatkan.

"Babu si Alex inda balik wah. Babu tu punya fasal inda balikan biskutnya". Aku terkejut, "Oh iya ka?"

Petang itu  balik dari kantor, kakmOn terus singgah beli sekilo biskut friskies untuk si Alex. Adik sudah gembira mengalahkan si Alex dapat habuan ayam panggang satu dulang.

Adik terus saja masukkan friskies yang sekilo itu ke dalam bekas balang Jacob Cracker dan ditutupnya kencang. Kemudian adik mula menggoncang balang itu kuat-kuat. Tringgg.. ting.. ting.. ting.. ting... Toleh kiri. Toleh kanan. Senyap. Goncang lagi.Tringgg.. ting.. ting.. ting.. ting..tingggg. Senyap lagi. Eik.. Hairan. Adik mula resah. 

Biasanya bila kita goncang saja balang Jacob itu pasti dia sudah melompat keluar. Merengek nak mintak makan.

Goncang lagi. Pun senyap juga.

SAH si Alex tak ada dekat-dekat situ. Dia kemana?



Seminggu si Alex tiada dirumah, kakmOn AMAN. 

Minggu kedua, kakmOn mula terasa kehilangan. Adik apatah lagi . Bang Mat??? Uwaaa bang Mat esok balik.. ABISlah kakmOn..

Kami cuba cari pelusuk kampung dengan membawa balang Jacob Craker. Meow.. meow.. meow.. Tring.. ting..ting..ting.. Tak ada jawapan. Huhuhuhuhu. 

Dia dah MERAJUK.

Minggu keempat. Bang Mat terserempak dia dekat rumah jiran. Bang Mat panggil dia, meowwww... Dia buat dergggggggg. . Dia tak bergerak langsung. Ok tak apa..

Esoknya bang Mat cuba lagi..  bang Mat umpan dengan balang Jacob. Tring... tring.. ting.. ting.. ting.. ting..tingg. Pun si Alex tak pandang bang Mat. Uwaaaa... bang Mat pulak yang frust.




Rupa-rupanya, si Alex dah jatuh cinta dengan 'Anak Dara' jiran sebelah. THE END.

Dan akhirnya kakmOn abadikan si Alex ini di dalam 'Projek Jari Amai' kakmOn.











Ampun Ah Mat, kakmOn pinjam foto meowmu yang syomel itu. I LAP U * cari towel good morning bawah sinki*.

Meowwwwwwww..

Monday, April 26, 2010

Belasungkawa

By Waleed PD Mahdini & Azaraimy HH (Borneo Bulletin - 26th April 2010)

Two Bruneian Umrah pilgrims died in a road accident Saturday night while on their way to Medina in Saudi Arabia, while three others are in the ICU, one of them in a critical condition.

Confirming the tragic news, Brunei's Ambassador to Saudi Arabia Pengiran Dato Paduka Hj Jabaruddin, in a telephone interview with the Bulletin, said, "A family of seven Bruneian pilgrims were headed to Medina in a mini bus they had hired themselves when the accident happened about 100 kilometres away from the holy city."

A source from the local travel agency, whose package the family had taken and embarked on the pilgrimage last Saturday from Brunei, said the driver (a foreign national) of the mini bus apparently suffered a heart attack. The mini bus lost control and rammed into a trailer travelling in front of the bus.

The driver of the mini bus also died in the accident.
Brunei's ambassador in Saudi Arabia said, "A middle-aged woman and a teenage girl died in the accident, the wife and granddaughter of a Brunei imam.
"The imam is in the ICU and so are two others from the family. One of them has sustained injures to the spine and the other to the chest," the ambassador said.

The ambassador and others from Brunei's Embassy in Saudi Arabia have left for Medina to render assistance to the surviving family members.

According to the source from the local travel agency, family members of the deceased in Brunei and officials from the travel agency are scheduled to leave for Saudi Arabia soon.

This is the first time in recent memory that Brunei pilgrims have died in a road accident in Saudi Arabia.
Bruneians who go to the holy land to perform the Umrah generally go to Medina first, which is roughly five hours' drive from Jeddah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kami baru saja menziarahi keluarga(jemaah Umrah yang terkoban) di kediamannya. Mendakap kedap ibu mangsa, hatiku pula yang runtuh melihat ketabahannya. Moga dia tetap tabah dan ikhlas menerima ujian dan ketentuan Allah ini.

Dan moga mereka yang telah pergi itu diberkati dan dirahmati serta diterima ibadah mereka dan  dihimpunkan-NYA bersama para syuhada. 

Al-Fatihah

Wednesday, April 21, 2010

scrap-da-cuppy

Seperti yang ku janjikan, aku tampil lagi di malam khamis ini dengan foto kek cawan yang meriah. Aku memang suka membuat kek cawan. Ianya mudah disediakan dan sangat menghiburkan. Apalagi bila kita dihujani ide yang sangat menakjubkan. Terasa masa berlalu begitu pantas. Tup-tup loceng sudah berbunyi. Masa bermain sudah tamat.



Dunia scrapping telah banyak mempengaruhiku merekacipta kek cawan yang comel dan menawan. Apalagi   bila teknologi dunia yang canggih ini memungkinkan kita berkreasi lebih tinggi dan jauh ke hadapan tanpa sempadan.

Anda boleh lihat hasilnya seperti di bawah ini. Manis bukan????






























Sebulan yang lalu, dengan ide 'diyamon' sang Klavu, kami mengadakan lagi party yang penuh warna-warni. Kemeriahan begitu terpancar dengan hiasan hasil 'jari-jemari amai' kami bertiga. Gabungan tiga kepala yang punya tiga hobi yang berlainan.

Si Klavu dengan hasil kerja scrappingnya.






Reyma dengan kain patch work dan bendera ala Inggerisnya.





Dan aku, seperti biasanya... 'mengulit' kek cawan atau yang sewaktu dengannya. Sungguh menggoda bukan?



Akhir kalam, aku sudahi dengan resipi kek cawan yang mudah, sedap dan menawan.

8 biji telur
200 gm tepung naik sendiri
150 gm gula kastor
1 sudu makan ovallete

Pukul semua bahan di atas hingga gebu. Kemudian masukkan 200gm mentega cair, kaup dan balik-balikkan hinga sebati. Masukkan 100 gm keju Kraft Cheddar(diparut) dan dua sudu makan strawberry emulco, kaup dan balik-balikkan hingga sebati. Masukkan adunan kek itu ke dalam  mangkuk kertas muffin, 3/4 penuh. Bakar dengan api 180celcius hingga kuning keemasan. Sejukkan.

250 gm krim keju(suhu bilik) didadu kecil
50 gm gula aising
1/2 cawan krim putar
2 sudu makan strawberry emulco

Pukul bahan diatas dengan kelajuan perlahan ke sederhana hingga krim naik dan gebu. Pastikan jangan terlalu lama memukul.

Sapukan permukaan kek cawan dengan krim hingga rata. Kemudian swirl krim di atasnya.Hiaskan dengan kuntuman bunga-bunga(edible) atau gula-gula manik mengikut citarasa.

Mudah kan???

Tuesday, April 20, 2010

FarmVILLE

Sejak hujan mula turun dua minggu yang lalu, kebun di belakang rumah kakmOn pun bernafas semula. Rumput yang hangus kekeringan pun sudah kembali hidup segar, mengebarkan selimut hijaunya. Sungguh mendamaikan.



Lopak ini pun dipenuhi air hujan. Kekadang ada tetamu comel kakmOn yang sedang turun minum dan bermandi-manda di situ.

Terasa ingin membela ayam-itik pula dibuatnya.



Anak buah labu ini pun sudah mula membesar. Harap-harap bulan julai nanti boleh merasa hasilnya.



Yang ini pula adalah jagung manis Taiwan. Usianya baru dua minggu. SUNGGUH tak sabar kakmOn menanti buahnya keluar.

Di depannya itu pulak, adalah anak pokok buah tarap. Tak sangka, biji yang terjatuh ketanah, menghasilkan benih yang mengujakan.



Dan saat ini kakmOn sedang mengumpulkan kayu-kayu untuk membuat 'barn FarmVille'(ini benaran tau, bukan main-main, BUKAN macam kat FB itu).



Harap-harap dua bulan lagi, kakmOn akan dapat merasakan hasil tanam-tanaman yang sekangkang kera itu. Doakan kebun kakmOn berhasil yah.

Hingga ketemu lagi di entri Jari Amai, esuk. Insya Allah.

Selamat malam semua, moga mendapat mimpi yang indah.

Tuesday, April 13, 2010

Nasi Briyani Udang Madu



1kg beras Basmati(bersihkan dan rendam hingga sedikit kembang dan toskan)
2kg udang besar segar(bersihkan dan perap bersama garam sejam)
6 cawan air (saya gunakan stok udang)
450gram minyak sapi
1paket rempah briyani
1 tin susu cair
Safron secukupnya
1/4 cawan air mawar
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
madu secukupnya

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
5 biji tomato segar
5inci hali muda

Bahan hiasan:
1 cawan kismis
1 cawan kacang badam (belah dua dan bakar)
2 biji tomato dipotong lapan.
1 pohon daun saderi di mayang
Bawang goreng secukupnya

Panaskan minyak sapi dan goreng udang separuh masak, angkat dan ketepikan..
Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing(gunakan minyak udang tadi).
Masukkan secawan air dan rempah briyani, tumis lagi hingga naik bau.
Masukkan udang tadi bersama madu, masak dua minit, kemudian angkat udangnya sahaja.
Barulah dimasukkan beras basmati dan masak lagi sehingga sos briyani meresap.
Masukkan air udang dan masak lagi sehingga airnya kering.
Kemudian perlahankan api, masukkan separuh dari bahan hiasan dan 1 tin susu cair  kedalam nasi, gaul hingga rata(kalau mengunakan periuk elektrik, tinggalkan saja).
Bila nasi sudah hampir masak, tambahkan lagi air mawar dan masak lah hingga nasi briyani betul-betul masak.
Kaut nasi secukupnya ke dalam sebiji pinggan besar, kemudian letakkan udang tadi di atasnya dan jiruskan sedikit madu. Taburkan lagi lebihan bahan hiasan. Hidangkan nasi briyani anda sementara masih panas.



Atau anda boleh menghiaskan nasi briyani mengikut citarasa anda. Terpulang...

Sampai di sini dulu, kita bertemu lagi di lain waktu.

Salam ceria semua

Monday, April 12, 2010

DIYAMON BIJIK NANGKA





Berlian yang terbiar lama akan kehilangan sinar gemerlapnya. Di sini kakmOn kongsikan cara menyuci berlian dan mengembalikan cahaya kemilaunya. Jika berlian anda diikat dengan bahan logam, rendam di dalam air suam yang dicampur dengan sedikit sabun penyuci yang lembut dan biarkan 2-5 minit. Kemudian bilas dengan air dan berus berlian menggunakan berus gigi yang lembut di dalam air yang bersih dan tidak berkalorin(jawabnya kena guna mata air lah ni). Akhir sekali keringkan dengan tisu. 

Manakala bagi berlian yang diikat dengan emas, kerjanya amat mudah. Rendam berlian dalam larutan air  Ammonia. Biarkan dalam beberapa minit. Kemudian bilas mengikut sepert langkah diatas. Mudahkan?

TAPI ingat kalau bukan daripada emas, tolong jangan menyuci berlian anda dengan menggunakan larutan air Ammonia itu yah. Tak fasal-fasal tinggal basi karat cincicn diyamon cik Kiah kang.

Kalau ingin tahu lebih lanjut sila klik di sini, banyak cerita yang menarik mengenai BERLIAN di situ.




Kenapa kakmOn membuka cerita 'diyamon bijik nangka' pepagi buta ini?Sebab kakmOn penat setelah menyediakan 'majlis cik Bedah' semalam.

'Singgahsana' cincin pertunangan bertemakan Putih-Perak ini kakmOn and Co. yang merekaciptanya. Seperti biasa, walau tarikh majlis tu sudah ditakah(pangkah), namun masih juga kakmOn buat dalam waktu kecederaan. Al-Maklum lah... Kalau tak tercedera, 'ide diyamon' kakmOn tu.. tak mau keluar. Agaknya lah..



Adik lelaki kakmOn dah pun selamat bertunang semalam. Alhamdulillah lepas satu perkara. Tapi masih ada tiga perkara lagi yang menunggu kakmOn di depan.



Rombongan cik Bedah sekali lagi akan berangkat minggu depan. Ini untuk anak buah bang Mat yang satu lagi.. Alahai... mau tanggal kepala lutut kakmOn dibuatnya..

Cukup di sini dulu yah. KakmOn nak KEREJA. Salam ukhuwah buat yang baru mengenali kakmOn