Wednesday, July 25, 2007

Musibah malam 23.07.2007

Kawasan letak kereta penduduk Kampong Pudak.
Garej kereta yang ranap dan setengahnya di bawa angin.

Pondok jeti konkrit ini sengit.

Pondok Jeti diseberang ini pulak terebang di bawa angin yang mengganas(serupa dengan pondok jeti diatas).


Persediaan untuk menyambut rombongan Kapal Belia Nipon ke Brunei juga ranap. Program keluarga angkat telah pun di batalkan olih pihak penganjur.



Bumbung dan menara masjid kampong ini juga turut terebang di bawa angin kencang.

Salah sebuah rumah mangsa di Kampong Pudak. Orang kampong bergotong royong membuat atap. Namun pada hari itu tiada bantuan dari wakil Jabatan Daerah yang dihantar kesini untuk menjengah nasib mereka. Cuma pada malam kejadian sahaja beberapa orang anggota bomba dan pegawai teknikal elektrik memeriksa. Bakalan api elektrik di putus di kampong itu demi keselamatan penduduk. Adusss..
Posted by Picasa

80 Rooftops In Kg Ayer Blown Off
By: Azlan Othman

Bandar Seri Begawan - Kg Ayer was among the worst affected areas in the gale storm that hit Brunei Darussalam on Monday. The Fire and Rescue Department received at least 63 emergency calls that night.

According to the department, some 80 rooftops in the water village were blown off. Wind gusts of 76km/hr also brought down houses, decorative lightings, electrical cables and a bridge in Kg Sungai Matan.

The hardest hit area in Kg Ayer was Kg Peramu, where 25 houses are now roofless.

The number of roofless houses in other areas of Kg Ayer are: Kg Pudak (11); Kg Tajuddin Hitam (11); Kg Lurong Dalam (8); Kg Bendahara Lama (7); Kg Setia Pahlawan (5); Kg Pekilong Muara (4); Kg Saba Laut (3); Kg Sungai Siamas (2); Kg Sungai Pandan (1); Kg Ujung Klinik (1); Kg Bukit Salat (1); Kg Lurong Sikuna (1); Kg Tamoi Tengah (1); and, Kg Sungai Pandan `B' (1).

Part of the rooftop of Lurong Dalam Primary School as well as houses in Kg Saba Tengah, Saba Laut and Kg Pudakwere also damaged.

The storm also brought down decorative lightings in Kiulap and Beribi roundabout, as well as electrical cables in Kg Ayer Police Station, Kg Subok and Kg Tanjong Maya, Tutong.

Inland areas that were affected included Kg Sungai Matan, JIn Tasek Lama, Kg Belimbing Subok, Kg Subok, Kg Sungai Akar, Kg Pelambayan and Kg Manggis.

The department also received 25 calls regarding fallen trees in Jln Bata Satu, Jln Tasek Lama, Kg Kiarong, Ong Sum Ping area and the Historical Centre.

Other affected areas included JlnKumbang Pasang, Jln Kebangsaan Lama, JIn Mabohai, Kg Berangan, Jln Tutong, Kg Sungai Matan, Jln Aman, Kg Pelambayan, Jln Kota Batu, Kg Madang, Hassanal Bolkiah National Stadium, Kg Anggerek Desa, Kg Belimbing Subok, Jln Mentiri, Kg Sungai Besar, Jln Kumbang Pasang, Kg Subok, Kg Serusop, Kg Dato Gandhi and Hassanal Bolkiah Highway. -- Courtesy of Borneo Bulletin

Monday, July 16, 2007

Macaroon versi Dang Amai


Hey... My 1st experiment worked. I was so tempted looking at Faizah's past entry titled 'poitiers'. Her macaroons look marvellous (Sama tak serupa)

Posted by Picasa


100g putih telur gred A yang segar(suhu bilik)
200g gula kastor/gula aising
2s.m tepung jagung
1s.m jus lemon/cuka makan
200g badam kisar
2s.m emulco stroberi
1s.m pewarna merah jambu

1. Panaskan ketuhar 200celcius.
2. Pukul telur hingga kembang dengan mesin pengadun kek(lebih kurang 90saat).
3. Masukkan ¾ bahagian gula sedikit-sedikit hingga habis.
4. Masukkan tepung jagung sedikit-sedikit hingga habis.
5. Massukkan ¼ bahagian gula sedikit-sedikit hingga habis.
6. Masukkan jus lemon/cuka makan.
7. Pukul sehingga meringue nampak berkilat dan matikan mesin pengadun.
8. Masukkan almond, strawberry emulco dan pewarna. Kaup dan balik-balikan hingga rata.
9. Masukkan kedalam beg paip dan paipkan kedalam mangkok kek kertas. Bakar 8minit dengan 180celcius dan turunkan suhu ketuhar kepada 150celcius selama 12minit atau sehingga meringue kering.
10. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan 15minit kemudian buka meringue dari mangkok kek kertas itu. Susun diatas redai kek, biarkan sejuk hingga mencapai suhu bilik.
11. Sandwickan dengan jem blueberry atau krim putar yang siap sedia.

Nota Yagan:
Pastikan menggunakan telur yang benar-benar segar(jika TIDAK anda membuang masa, tenaga dan bajet sahaja) .
Bila memasukkan bahan-bahan kedalam putih telur jangan dimatikan mesin pengadun.
Temperature dan Humidity juga mempengaruhi keberhasilan kita membuat macaroon yang cantik dan sedap.

Sian besdey adik.. huhuhuhuuuu


Saturday, June 30, 2007

Bu Apsah a.k.a Hajah Halimah

Posted by Picasa


Aku dihujani emel yang menanyakan soalan yang sama. Siapa Bu Apsah?. Mungkin ada yang keliru. Atau mungkin juga kerana ada yang tidak membaca dalam segmen Pendahuluan di dalam buku tersebut, yang mana menghuraikan serba sedikit sejarah Bu Apsah. Yang pasti Nina Suria bukanlah Bu Apsah.

Disini ku tinggalkan catatan yang pernah Nina publish di laman http://ninasuria.blogdrive.com untuk jawaban ITU. Dan pada orang Barunai kitani yang tertinggal edisi ulasan bertajuk 'Sumbangsih Untuk Bonda' di Media Permata keluaran 2hb Mei 2007 lepas, abiskita bolihlah membaca artikel itu di bawah ini:

~*~

Dulu-dulu sebelum ada kedai menjahit langsir dan kedai yang menawarkan pakej perkahwinan, di kampong kami Babu[1]lah yang menjadi tukang jahit kelambu, 'interior designer' bilik pengantin, tukang hias pelamin, tukang gubah bunga, tukang hias barang hantaran dan memasak lauk pauk dan kuih-muih hantaran. Babu juga tukang masak kenduri kahwin, barangkali mewarisi kepakaran Nini Laki[2].

Babu seorang wanita yang dianugerahi pelbagai bakat, dia jenis yang 'pemandai tangan', apa saja seni tangan wanita boleh dibuatnya, menjahit, mengisi[3], mengait, membuat dan menggubah bunga, memasak, mengandam, menghias ruang dan bermacam lagi. Bagaimanapun, sedari banyak cabang seni tersebut, Babu lebih menyerlah di bidang masakan.

Babu sangat mencintai dunia masakan. Walaupun hadiah-hadiah yang ditawarkan tidak sebesar mana, Babu terus aktif dalam pertandingan masak-masakan. Babu juga 'bekarih'[4]menyertai pameran-pameran yang diadakan di Daerah Brunei Dan Muara seperti Pameran Peladang anjuran Jabatan Pertanian di Hortikultur Rimba dan Jubli Perak Sultan Menaiki Tahta, mempromosikan resepi-resepi bagas tangannya.

Resepi-resepi bagas tangan babu pernah dimuatkan dalam dua buah buku; Resepi Bingka Tarap dalam buku 'Sumbangan Resepi Masakan Sempena Jubli Perak' dan beberapa resepi tempatan dimuatkan dalam buku 'Pameran Kraftangan Brunei Sempena Sambutan Jubli Perak Sultan Menaiki Tahta'.

Babu memang bercita-cita untuk membukukan resepi-resepi bagas tangannya.Usahanya untuk membukukan resepi-resepi bagas tangannya dibuat dalam tulisan tangan beserta lakaran-lakaran tangannya sendiri di salin gambar (photocopy) dan dijual hanya dengan harga perkhidmatan salin gambar tersebut.

Babu juga pernah menjadi guru kelas memasak yang dikelolakan Kementerian Pendidikan dan guru Urusan Rumah Tangga di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan. Selain mengajar resepi-resepi yang disediakan, Babu juga turut diminta untuk mengajarkan resepinya sendiri.Sesekali aku pernah menemankannya mengajar di Sekolah Melayu Laila Menchanai di Kampong Ayer.Walau susah payah naik turun perahu menyeberangi Sungai Brunei, Babu tidak pernah bolos. Babu sangat gembira menemui pelajar-pelajar kelas dewasa yang begitu minat belajar.Kerana mengajar kelas masakan jugalah, Babu turut dikenali dengan nama Cikgu Hajah Halimah. Kata Babu, walaupun cita-citanya dulu untuk menjadi cikgu tidak tercapai, tapi dapat juga dia merasa panggilan itu walaupun cuma mengajar memasak.

Babu memang seorang wanita yang gigih dan kuat semangat. Minat yang mendalam dalam bidang masakan membawanya membuka perniagaan dalam bidang ini. Jatuh bangun dunia perniagaan tidak pernah melunturkan semangatnya, kegigihannya memang mengkagumkan kami anak-anaknya dan sesiapa yang mengenali dirinya.Babu berpulang ke Rahmatullah pada 4hb. Julai, 2004 dalam usia 57 tahun setelah setahun bertarung nyawa melawan barah limfoma.

Sebagai melunaskan impian Babu, kami mengakas[5]kembali resepi-resepi bagas tangannya yang pernah menjadi kegemaran ramai suatu waktu dulu. Dengan bantuan peradian Babu dan semangat kuat Nina Suria, akhirnya lahirlah buku resepi 'Bagas Tangan Bu Apsah'.

Atas segala rasa kasih dan demi mengenang usahanya , kami ungkayahkan[6]penerbitan buku ini, seperti kata Nina Suria di dalam blognya (http://ninasuria.blogdrive.com):
"Sebenarnya buku ini adalah sumbangsih untuk bonda Hjh Halimah Haji Yussof, juga kepada negera Brunei yang tercinta. Ianya bukanlah untuk mengejar glamor atau mengaut keuntungan semata-mata. Ianya lebih merupakan sebuah tanda hati dari seorang anak kepada ibunya atau seorang rakyat pada negaranya. Jika anda berkesempatan memilikinya anda akan dapat merasakan rasa cinta itu hadir di dalamnya. Salah satu daripadanya; Kek Lapis Raja Isteri adalah dicipta khas untuk seorang wanita yang tinggi dimata rakyat Brunei Darussalam. Dirgahayu kebawah Duli Tuan Patik."

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah, yang telah melorong jalan dan melapangkan urusan sehingga impian ini terealisasi. Terimakasih yang tidak terhingga buat semua yang terlibat dalam pembukuan 'Bagas Tangan Bu Apsah', semoga mendapat ganjaran yang berlipat ganda dariNya. Al-Fatihah buat Bonda Marhumah Dayang Hajah Halimah @ Hafsah binti Haji Yusuf.

- Dang Ayang -
[1] Babu: panggilan bagi Ibu di kalangan orang Barunai
[2] Datok
[3] menyulam (embroidery)
[4] 1. berusaha, 2. sanggup melakukan
[5] menyelongkar
[6] berusaha melaksanakan

Sunday, June 24, 2007

Myrah's Baking Class


Myrah in her baking class wif her two lil cozins. She managed to make 2dozen yummy Chacha Muffin.