Sunday, December 16, 2007

What we have for today's Brunch.. Emmmmmm









Nota Yagan: Kita jamu selera pagi Ahad ini dengan hidangan dari Buku Resipi Bagas Tangan Bu Apsah Ayam Salai Oren bersama Acar Buah Kering dan Tangerine. Silakan..

Saturday, December 15, 2007

Semalam di Jerudong Park

Kita tengah praktis untuk parti lusa...

Anak-anak jangan lupa janjitemu kita..




Ini kakmOn nak buat Ayam Sanggol Normadiah, tapi oleh kerana Ah Mat Gebus mengendap kat dapo, ayam tu dah jadi Ayam Bulan Keliwon Budin pulak. Menci nyeeeee..

Sampai di Jerudong Park hujan turun mencurah-curah, agenda famili gede-gede pun terbantut..

Thursday, December 13, 2007

Nasi Briyani Oren



Aidiladha tidak lama lagi menjelang. Walau di Brunei Aidiladha ini tidak disambut dengan warna warni seperti Aidilfitri, namun masih ada yang meraikannya dengan ibadah korban. Di mana sanak-saudara yang jauh dan dekat bermucang-mucang(bergotong royong) menyiang daging kerbau/lembu yang baru disembelih sambil menjamu selera yang disediakan tuan rumah.

Jika masih kelabu nak masak apa di pagi Aidiladha ini, saya berikan sedikit idea untuk abiskita(anda) mencubanya. Kita masak nasi dulu ye..

1kg - 2kg beras Basmati rendam sejam dan toskan
Stok ayam/daging (air rebusan yang panas) secukupnya

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5" halia muda

Bahan Tumis:
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
7 kuntum bunga cengkeh
3 kuntum bunga lawang
1oogm/1 paket rempah Briyani SHAN
2 sudu makan rempah kari ikan ADABI(optional)
5 lembar daun limau purut dimayang
2 biji jus oren sunkist(atau yang sewaktu dengan nya)

2 biji buah pala ditumbuk halus
1 cawan minyak sapi(GHEE)
1 tin susu cair

Bahan Tabur:
1 cawan kismis hitam
1 cawan kacang jagus digoreng atau bakar dalam oven tanpa minyak
3 biji oren sunkist dihiris bulat atau ikut selera
10 biji Tangerine
1 biji capsicum merah di potong dadu
3 biji tomato di hiris bulat
1 biji lobak merah di parut panjang(guna pisau peeler)
1 pohon daun saderi

Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan rempah hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan rempah briyani, kari, jus oren dan buah pala. Masak lagi 2minit.
Masukkan beras basmati dan gaul hingga rata. Masak lagi sebentar.
Masukkan stok ayam/daging dan tudungkan periuk kemas. Biarkan hingga airnya kering tapi jaga hangus.
Masukkan susu cair dan taburkan kismis tutpkan kembali tudung periuk kemas-kemas. Perlahankan api, sekecil-kecilnya. Kalau boleh alas api dengan tudung belanga yanng sudah pencen. Baru diletakkan periuk nasi diatasnya. Supaya nasi kita tidak hangus.
Bila masak susunkan dengan bahan tabur mengikut selera. Nah! hidangan ini sudah pun tersedia. Walah.

Nota Yagan:

Sukatan beras dan stok mestilah sama atau lebihkan sedikit mengikut citarasa. Umpamanya 4cawan beras dan 4cawan air stok.

Abiskita boleh juga menggunakan rice cooker, step menumis gunakan kaedah biasa iaitu memasak dalam kuali dan diatas api. Kemudian pindah beras dalam rice cooker dan masukkan air stok. Dan masaklah seperti biasa. Kita tak khuatir lagi nasi akan terlebih hangus.

Sebenarnya resipi ini kakmOn beri nama Nasi Briyani Kapitan Cina. Tapi tak sesuai pulak di bulan Haji ini kan???. Mungkin kakmOn terpaksa tunggu Gong Xi Fa Cai kut.

Tuesday, December 11, 2007

Projek yang tertunda


Entah ini projek yang ke berapa??? Rasanya aku sudah tidak cukup masa 24jam itu. Terlalu banyak yang ingin ku gapai. Jika aku di izinkan NYA, akan ku hentikan waktu berdetik.

Monday, December 10, 2007

Liking Jarang Gigi




1kg ikan Jarang Gigi(Gelama) di belah belakang dan bersihkan
½ paket asam jawa
6 sudu makan lada kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2-4 sudu makan garam kasar/garam laut
5 biji bawang merah dihiris(jika suka)
1 biji bawang besar dihiris(jika suka)
Campurkan semua bahan dengan sedikit air, biar pekat.
Sumbatkan pes asam kunyit tadi kedalam perut ikan.
Lumurkan sisa pes tadi ke atas ikan.
Perap semalaman di dalam peti sejuk.
Keringkan sehari di bawah panas matahari.
Ikan ini tahan lama disimpan di dalam peti sejuk.

Nota Yagan:

Di Brunei kami mempunyai beberapa cara untuk membuat ikan masin. Sama ada ikan masin kering, ikan masin jeruk dan ikin masin liking. Liking bermaksud ikan yang di masinkan dengan bumbu asam pedas. Ikan yang selalu di gunakan ialah, Rumahan(Kembung), Tamban, Kuasi(ikan sungai, rupanya seperti ikan Lapam Jawa) dan Jarang Gigi ini. Ikan ini memang sedap apalagi bila makan dengan beras kabun(huma), tumpah-tumpah(seperti lempeng) atau ubi kayu rebus.

Kadang-kadang ada orang tetua(orang tua) kitani menambah mempelam atau mambangan yang di parut kasar kedalam bumbu liking ini. Memang sungguh berbeza kesedapannya.

Saturday, December 08, 2007

Strawberry Sweet Heart Slice




Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh ovallete
1 sudu makan esen vanilla

Semua bahan di pukul(hi-speed) hingga gebu dengan mesin pengadun kek.
Masukkan 1/2 cawan mentega cair, kaup dan balik-balikan hingga rata.
Tuang kedalam loyang kek gulung yang telah di lapiskan dengan kertas minyak.
Bakar 180celcius selama 10minit atau hingga kek masak.

Filling:
250gm keju krim (suhu hawa bilik)
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan krim segar(youghurt pon boleh)
1/2 biji jus lemon

Pukul semua bahan ini hingga licin dan sebati.

Topping:
1 cawan Jem stroberi
1/2 cawan puri stroberi
2 sudu makan air

Masak dengan api perlahan hingga jem licin dan tak berketul.

Sweet Heart Candy:
Gunakan Fondant icing/moulded icing dan tambahkan 1 sudu teh stroberi emulco dan uli hingga rata. Kemudian canai diatas permukaan yang rata dan terap dengan pemotong biskut berbentuk hati.

Setelah kek masak dan sejuk barulah kita sandwichkan dengan krim keju dan toppingkan dengan jem stroberi. Sejukan dalam peti sejuk sejam barulah di potong kecil-kecil 1"X1" dan hiaskan dengan icing fondant berbentuk hati. Mudahkan???

Nota Yagan:

Kalau tidak punya tiru doh Gelatin Aising sifu kita Norzailina Nordin. Ampun kak Norz! kakmOn pandai-pandai curi resipi dalam dapor Norzailina.. Pssttt kakmOn lagi males nak taip teks panjang-panjang. Kita nak buat shortcut aje :D


Aising Gelatin
(menghasilkan 1 kg)

1 camb serbuk gelatin (pastikan HALAL)
60 ml air panas
125 ml sirap glukosa
1 camb gliserin
2 camb lemak sayuran
900-950 gm gula aising – diayak
Sedikit tepung jagung

Cara membuat
1. Tuangkan air ke dalam periuk, taburkan gelatin. Biar 5 minit.
2. Jerang atas api perlahan dan kacau hingga gelatin larut.
3. Masukkan sirap, gliserin dan lemak sayuran.
4. Kacau hingga semua lemak hampir cair. Ketepikan dari api.
5. Bila semua lemak cair, biar suam sedikit.
6. Campurkan sedikit demi sedikit gula aising, kacau sebati.
7. Bila sukar dikacau, keluarkan dan uli atas papan pencanai yang ditabur gula aising.
8. Uli hingga aising bertekstur halus dan licin.
9. Canai aising gelatin setebal 1 cm dan terap dengan pemotong biskut.