Friday, October 16, 2009

Ketemu lagi...


Salam petang jumaat yang barakah. Alhamdulillah aku sudah selamat melalui hysterescopy, endometrial biopsy, dan D&C. Sekarang aku cuma tinggal menunggu keputusan diagnosis itu saja.

Dan pada saudara-saudara, jua teman-teman bloggers yang menitipkan doa kesejahteraanku di tingkap dan kotak komen itu, benar-benar membuat hati jadi sendu. Bukan tujuan untuk meraih simpati, cuma sekadar menghilangkan resah yang terbeban di dada. Apalagi setelah aku menyaksikan klip video ini... cukup membuat perut besar ku jadi kempis.

Moga Dia mengampuni dosa-dosaku. Astaghafirullahalazim...

Tuesday, October 13, 2009

Cepatlah kau Siang..

Tetiba cahaya hilang. Gelap gulita memeluk ruang wad12. Rupanya sudah jauh waktu untuk tidur. Ku tutup kitab kecil Yassin di tangan ku. Mataku masih segar. Pun, suara dalam kelambu pesakit masih kedengaran sedang sek-sok-sek-sok dengan jiran sebelah. Walau katil ku yang paling hujung, suara misi-misi antar sebiji-sebiji(lantang) membuat liputan CNN mengalahkan Cik Kiah kepoh. (@_@)

Mata tak mahu lelap jua. Lalu aku gali lagi foto dalam album Picasaku. Akhhirnya aku mendapat ini...

Silakan..


BISKUT:
250gram mentega beku tanpa garam (dibiarkan hingga suhu bilik)
100gram shortening (saya gunakan CRISCO)
50gram gula kastor
2 biji telur
Tepung naik sendiri secukupnya

PANASKAN ketuhar dengan api 200celcius.
PUKUL mentega, crisco dan gula kastor hingga lembut didalam sebiji mangkuk besar.
MASUKKAN telur dan pukul lagi hingga mesra.
MASUKKAN tepung dan uli hingga menjadi sebiji doh yang licin.
AMBIL loyang pembakar. Lengsirkan dengan mentega, masukkan 3/4 doh tadi dan ratakan diatas permukaan loyang. Seperti kita membuat kuih tart/pie.
BAKAR dengan api 160celcius 12minit.


INTI:
1/2 tin susu manis
2 sudu teh kopi emulco
2 sudu makan serbuk kopi segera
1/2 cawan madu
2 sudu makan mentega
1 cawan gula perang
3 cawan walnut (dicencaang kasar)

MASAK semua bahan diatas dengan api yang sederhana kecuali walnut.
TUANGKAN bahan initi kedalam biskut yang dimasak tadi.
TABURKAN kacang walnut.
PARUTKAN lebihan doh tadi sehingga tertutup semua lapisan inti.
BAKAR lagi hingga keemasan atau biskut masak. Sejukkan sebentar.
POTONG dengan pisau yang tajam mengikut selera.
BILA sudah sejuk sepenuhnya baharulah diangkat dari dulang pembakar dan alaskan dengan mangkuk kek kertas comel sebelum dihidangkan.



NOTA YAGAN:
Biskut ini sewaktu dengan Crumble Apple Pie. Sedap(bagi piawaian lidah kakmOn lah..). Dan dalam keadaan suhu wad yang semakin menurun ke 16darjah ini, pasti enak biskut walnut ini dinikmati dengan milo panas, kan???

Salam dari katil 8. Moga anda bermimpi indah.

Monday, October 12, 2009

Resah

Dari jendela katil 8, pagi ini begitu ceria. Langit biru dengan dihiasi kepulan awan putih gebu, bagaikan gula-gula gulali yang berpintal-pintal saja nampaknya. Nyaman. Tapi bukan didadaku.

Para doktor-doktor bersama misi-misinya lagi sibuk meladeni 1001 kerenah pesakit wad12 yang tidak terjangkakan. Mana lagi pesakit baru yang masuk mendaftar yang rekod mereka belum lagi dikemaskinikan, seperti aku. Padahal semua prosedur yang diarahkan sudah dibuat dua minggu lebih awal. Bilalah agaknya mereka nak berubah.

Patah selera...

Tuesday, October 06, 2009

15 Syawal 1430H

Salam petang selasa. Dibawah ini kakmon kongsikan suasana pertengahan Syawal di kediaman kakmOn baru-baru ini. Kesian crew C7 tak sempat menyambut kedatangan 1syawal bersama famili. Setelah 13Syawal barulah mereka pulang kerumah dan meraikan Aidilfitri yang sudah masuk keminggu ketiga.

Dan inilah sebahagian tetamu yang sempat kakmOn rakamkan kerna IXUS kakmOn malam itu tetiba putus 'karan'. Adussss..


Leyn dan Lutfan sedia menunggu tetamu yang datang


Bunga Marigold yang ceria di surambi belakang rumah ini sempat ku petik buat penyeri meja hidangan.


Aku masih sibuk didapur, sehingga biskut tat ini tidak sempat dinti dengan jem blueberry, tetamu sudah pada datang.


Hidangan yang sederhana saja yang sempat ku sediakan untuk penghujung syawal ini. Nasi minyak, rendang daging, ayam bakar madu, pasta makaroni bakar, acar rampai, serunding pedas(terimakasih Jid) dan soto sirip sapi. Punch strawberi dan Lemonade menjadi pemanis tekak, takut ada yang berasap selepas mencicipi soto bersambal lada rindu.


Biskut pun sudah tinggal bunga.


Biskut potong walnut berperisa kopi lenyap sekelip mata.


Tetamu istimewa sikecil Syakirah Aeda jua datang menziarahi kakmOn malam minggu itu. Terimakasih Mamasya sudi bertandang.


Soto Sirip Sapi bersama Sambal Rindu menjadi hidangan feveret.


Rommate Bang Mat(jika berada di pelantar sana) bersama isteri tersayang.

Kesian hubby Mamasya kena duduk sorang-sorang, nasib baik ada roommate bang Mat yang mesra alam.


Kawan sekerja Bang Mat bersama isteri yang manis-manis.


Moga Syawal 1430H ini bukan yang terakhir buat kita. Maaf zahir dan batin semua.

Monday, October 05, 2009

Petang sabtu yang nyaman


Menanti anak-anak pada pulang sekolah...

Kuntum yang terakhir...


Tiris dan tiris... supaya tekstur puding licin.


Rupanya buai itu lebih menggoda dari menikmati Puding Bakar Roti Perancis berperisa Gula Apong..

Friday, October 02, 2009

Renda

Salam pagi jumaat yang indah. Semalam bekalan api elektrik kami tidak diputus(minggu ini bekalan api di tempat kami dicatu Gomen). Alhamdulillah, aku dapat beroperasi dengan aman. Biskut potong walnut berperisa kopi itu benar-benar membuat mataku terbuka luas. Aroma kopi harum memenuhi ruang dapurku sekaligus menyegarkan mata ku yang tadinya malas amat. Lalu aku terus membakar lagi 8 dozen kek cawan keju dan dua biji Puding roti Perancis, satu berperisa keju blueberry dan satu lagi berperisa badam dan kayu manis.

Oh yah! sebenarnya aku ingin berkongsi kebahagiaan ku mempusakai hasil tangan mak mertua ku, iaitu renda. Nostalgikkan?

Renda ini hampir-hampir jadi abu, jika mak mertuaku tidak mempertahankanya dari cucu-cucunya yang ghairah dengan alas kerusi-meja yang baru. Lalu renda yang dianyam dengan penuh berseni dari jarinya itu diturunkan kepada ku. Aku seperti mendapat intan berlian dibuatnya.

Dan lebaran kali ini ruang famili ku penuh dengan ceritera 'jari amaiku'. Sofa hitam lama yang empuk ini ku gantikan dengan kain denim yang baru(dengan bantuan Reyma dan bang Mat). Tanahnya berwarna hijau lumut. Kembang mawar dan hydrangea yang berwarna magenta ini menceriakan corak kain denim ini, sekaligus membuatkan sofa lusuhku ini segar kembali.

Lalu... alas renda yang mahu dibakar itu ku letakkan di atas lengannya. Akhirnya sofa ku tampil dengan gaya desa yang penuh nostalgik.



Kesanimbungannya, balang kaca yang ku beli di Pasar Ekonomi itu ku tambahkan lace crochet putih dan riben satin comel juga berwarna sedondon. Maka lengkaplah kebahagiaanku menyambut Lebaran yang mulia kali ini.



Dan ini ruang makmal kecilku. Juga penuh dengan hasil anyaman mak mertua ku. Lihatlah runner di meja makan itu... maniskan???



Dan rak ini, ku alas dengan kain kapas biru muda. Ku tambahkan trimming dengan lace gaya Inggeris dan riben yang berhias dengan butang putih ditengahnya itu adalah paku untuk mengantung alas tutup rak itu. Akhirnya... rak ku yang penuh dengan alat 'guling tangan' yang berselerak itu dapat ditutup keaibannya. Mata pun tak lagi sakit memandangnya.

Wednesday, September 30, 2009

Padam

Kita sudah berada di 11 Syawal 1430H. Anak-anak sudah mula kembali kemusim persekolahan yang meributkan setelah dua minggu bercuti.

Aidilfitri tahun ini terasa sedikit dingin auranya. Sementahlah Kebawah Duli mengisytiharkan astana Baginda ditutup untuk Aidilfitri 1430H akibat serangan virus HINI, maka rakyat jelata pun turut sama merasa kedinginannya.

Cuma bila malam melabuhkan tirainya, barulah terasa hangatnya sambutan Aidilfitri dengan pecutan bunga api membelah kegelapan malam dan menghiasi dada langit dengan kerdipan cahaya berwarna-warni, diiringi suara bedil yang nyaring dan mendebarkan pada jantung-jantung yang sudah mahu copot.

Dan hari isnin kemarin, malamnya PADAM... bekalan api elektrik TERPUTUS. Dan aku yang tengah hangat beroperasi dimakmal kecilku tetiba terkaku. Sitiiiiiiiiiiiiiiii...

Di luar, anak-anak jiran bergumbira 'berlawan tembak-tembak bedil' sehingga kebun kecil jiran hangus terbakar dek percikan api bedil yang tersalah sasaran. Ehmmmmmm... Rasa nak ketuk aja kepala anak-anak yang nakal itu.

Penat menunggu bekalan api dibaikpulih, aku dua beranak tertidur di ruang makan dengan kipas angin yang disambung dari generator kecil bang Mat. Adusss...

Esok paginya(selasa) barulah aku menyambung operasi yang terbantut semalam. Pap-pip-pop siap 5dozen kek cawan keju labok comel Siti. Tapi... KakmOn tersalah setkan api ketuhar, api grill.

Uwaaa... kek cawan comel itu separa masak ,,(@;@),,

Saturday, September 12, 2009

Ingatan yang manis

Salam Aidilfitri semua, masih tidak terlambat kan??? Baru hari ini aku dapat meluangkan waktu sedikit untuk mencatat sesuatu di sini. Dan dalam kesempatan yang sedikit ini, aku menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf pada semua saudara yang jauh dan dekat, semua sahabat-sahabat blogger di Seberang yang dekat dihati dan tidak lupa jua pada tetamu tegar blog ku yang semakin 'malap' ini. Moga Aidilifitri 1430H ini penuh dengan kebahagiaan dan keceriaan.

Di luar bahang mentari terlalu panas sekali... sekaligus membuatkan aku bertambah malas. Nanti kita sambung lagi yah...


P/s - Terimakasih atas kartu mu ini JC

'Janji-Karat'

Salam 22Ramadan semua. Kita sudah menghampiri hari-hari terakhir Ramadan. Rasanya... masa begitu pantas bergerak meninggalkan kita. Dan lengan kiriku masih lagi berdenyut tidak dapat membuat kerja berat sepenuhnya. Untuk mengambil tempahan mega' seperti selalunya adalah AMAT MUSTAHIL. Persiapan raya pun belum lagi aku membuatnya. Perasaan malas sudah memenuhi ruang jasad ku.

Dalam kita sibuk-sibuk menyiapkan persiapan aidilfitri ni, jangan lupa padaNYA. Marilah kita sama-sama menghidupkan malam sepuluh terakhir Ramadan ini dengan berqiamulail kepadaNYA. Semoga DIA mengampunkan dosa-dosa kita. Amin Ya Rabalalamin..

Di kesempatan yang singkat ini kakmOn cuba mengongsikan biskut guli-guli ini khas kepada mereka-mereka yang telah mengemel kakmOn menanyakan resepi biskut tersebut.

Maaf yah... terlalu lama kakmOn menyimpan resepi rahsia ini. KakmOn cuma mengharapkan pada mereka-mereka yang rajin mengemel kakmOn itu akan berpuashati dengan tertunainya 'janji-karat' kakmOn ini.



A
450gm mentega
2 biji kuning telur

B
Kacang badam secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Tepung naik sendiri secukupnya

C
Gula-gula manik
Badam cencang
Coklat urai berwarna-warni

Kisar
1/2 cawan gula caster
1 cawan cerelac
1 cawan cornflakes
1 cawan kacang badam

PUKUL mentega dan gula caster hingga lembut.
MASUKKAN semua bahan kisar dan tepung jagung, gaul mesra.
TAMBAHKAN tepung naik sendiri sedikit-sedikit sehingga doh tidak melekit di tangan.
AMBIL sedikit doh dan isikan dengan sebiji kacang badam.
BENTUKKAN biskut bulat seperti sebiji guli.
BAKAR dengan api yang perlahan 140Celcius hingga biskut masak. Sejukkan.
CELUP dengan coklat cair(double boiler), toskan sekejap atas redai. Bila coklat sudah tidak menitis lagi, angkat dan letakkan atas kertas minyak.
TABURKAN dengan bahan C seperti di dalam foto atau mengikut citarasa awda.
SIMPAN di dalam balang yang kedap udara dan di tempat yang sedikit sejuk.

Akhir kalam, selamat bergumbira... hati-hati makan biskut guli itu yah, nanti tercekik.

Saturday, September 05, 2009

Sandwich Cheese Cake



A
7 biji telur
1 sudu teh ovalette
125gram tepung naik sendiri
200gram gula caster ( 1/2 gula makan

B
250gram mentega cair

C
250gram krim keju(hawa bilik
1/2 cawan susu cair

D
Krim putar/Krim keju
Blueberry fillings atau yang sewaktu dengannya

1. Panaskan ketuhar 180celcius

2. Masukkan semua bahan A kedalam mesin kek. Pukul hingga gebu. Matikan mesin.
3. Masukkan mentega cair, kaup dan balik-balikkan hingga rata. Ketepikan.
4. Pukul bahan C hingga lembut.
5. Masukkan separuh bahan A tadi. Kaup dan balik-balikkan. Kemudian masukkan lagi lebihan bahan A tadi. Kaup seperti tadi.
5. Tuang adunan kek kedalam dulang swiss roll yang telah dilapis dengan kertas minyak.
6. Bakar 15minit atau hingga masak. Sejukkan.
7. Sandwichkan dengan krim putar dan blueberry filling.
8. Bedakkan dengan gula aising sebelum dihidangkan

~Anekdot~
Salam 15Ramadan semua. Sudah lama ingin mengongsikan resepi kek yang mudah lagi nyaman ini, tapi waktu tidak ingin bersahabat dengan kakmOn. Maka, resipi ini terkambus lama didalam 'CPU' kakmOn yang dah semakin digodam cacing dan virus segala bagai.

Harap kek ini dapat menghiasi meja di Aidilfitri yang tak lama menjelang ini. Sekian dulu untuk pertemuan tengahari ini.