Monday, May 24, 2010

Jimat Tenaga

SOS Logo
logo dipinjam dari www.esavingday.com

Salam Hari Tenaga Brunei..

Pada siapa-siapa yang mengisi tangki minyak kereta ari ani.. Harap-harap janganlah marah sangat. Kitani cuba muhasabahkan diri sendiri, bersama-sama. Betapa syukurnya kitani di bawah payung Baginda Sultan yang pemurah. Dapat subsidi segala bagai. Bayangkan negara-negara lain. Kesian kan?

Dan betapa bertuahnya kitani, berganda-ganda. Dan pada adik-adik yang suka bajaur dengan kereta tanpa hala tuju, fikir-fikirkanlah jika kitani terpaksa membayar kadar minyak kereta tanpa subsidi itu, sayang kan?

Dan pada yang tengah 'panas' tu, kitani bawa makan aiskerim, supaya sajuk sedikit. Sila kan...

I Scream...



U Scream...



We all Scream...



ICE CREAM...



Saturday, May 22, 2010

Syukur Nikmat

Pasti anda ingat lagi bukan, kebun jagungku yang dua baris itu.. Sejak dua menjak ini cuaca tidak menentu, sedang panas mentari menyengat tiba-tiba hujan turun mengurabat tanpa 'signel kecemasan'. Aniiiiiiii.. ambil payung... hujan dah turun...

Akhirnya semua pakaian di ampain pun tak sempat nak diangkat. LENCUN.



Begitulah jua apa yang terjadi pada kebun jagung ku yang dua baris itu. Pertumbuhannya terbantut akibat hujan yang banyak kebelakangan ini. Ada yang sudah rosak dan menjadi santapan 'mahluk Rimba' yang lain. Memang sudah rezekinya. Dan Rezeki kami cuma yang di atas itu sahaja.



Namun aku tetap bersyukur walaupun jagung yang cuma cukup-cukup untuk kami makan lapan orang itu... Dia telah memberikan kami satu nikmat kepuasan yang tiada taranya.

Syukran Jazilan... terimakasih ya Allah.



Anekdot:Nak tahu rasanya? Buahnya begitu lemak dan tersangat manis sekali, membuat bang Mat berazam hendak mencuba sekali lagi. Ada sesiapa yang nak ikut tak?

Nak kongsi cerita sedikit, boleh kan? Pertamakali melihat mahluk Allah ini keluar dari celah-celah batang itu, aku teringat adik lucu kakmOn si Yazmin itu... sedang membasuh rambut jagung itu dengan syampoo. Hahahaha... kelakarnya budak tu..




Kalau nak tahu cerita sepenuhnya dapatkanlah novel DUA DUNIA ~ MajidahPasti anda akan terhibur dengan tingkah kelakar gadis comel itu.



Selepas khatam Dua Dunia, jangan lupa pula dapatkan sambungannya di DUNIA JAM 10. Si gadis lucu yang kronik itu telah bertukar menjadi gadis dewasa yang anggun dan berilmu.



Salam ceria di gerimis pagi sabtu

Thursday, May 20, 2010

Khazanah Kota Minyak

Salam petang khamis semua. Di luar gelap dan sedikit berangin, mungkin sekejap lagi akan hujan. Tengahari tadi pembantuku mengejutkan ku dengan menghidangkan jagung yang masih berasap, baru diangkat dari periuk. 

"Bu! jagung di kebun kita" Dengan wajah ceria. Aku terlongo.

Uwaaaa... kenapa dia orang pandai-pandai menuai jagung itu tanpa menunggu ku. TAK SUKA.

Astaghafirullah Al-Azim..

Oh yah semalam aku bertemu khazanah yang tak ternilai, sewaktu aku bertugas di Kota Minyak sana. Aku bagai ketemu segudang harta karun. LAGI? Awwwww..

 Lihat apa yang ada di bawah ini... Jeng.. jeng.. jeng..



Satu kotak cop aksara dari getah(rubber stamp alphabet) yang sudah berumur lebih tiga puluh tahun atau mungkin sebaya dengan usiaku.Cantik bukan????



Dan timbangan yang berbaris ini benar-benar mengujaku...



Di luar, ada lagi 'harta karun' tergolek dekat dengan pintu. Sebiji safe box yang sudah uzur dan tua. Melebihi usiaku. Aku tak sempat mengambil fotonya. Sayang seribu kali sayang.

Rasa nak angkut semuanya, tapi apakan daya, 'harta Tuan Ismith'. Huhuhuhu...

Sebelum pulang ke Bandar Seri Begawan, aku sempat menjenguk sebentar cottage kompeni yang pernah kami huni satu waktu dulu, di hadapan Jalan Carey itu. Memori manis yang sudah lama ku lipat jauh di lubuk hati.



Dari jauh bagai kelihatan anak-anak jiran sedang riang bermain di tengah-tengah halaman itu. Aku cuma duduk di surambi, memerhati Fuad dan Danny berkejaran dengan basikal masing-masing. Apa khabar anak-anak itu? Mungkin semua sudah berkerjaya? Tetiba rindu pada anak-anak yang menjadi teman sunyiku. Yah! Satu waktu dulu..

Salam rindu dari Lembah Rimba

Monday, May 17, 2010

Teh Dahlia



Corak kain kapas Inggeris yang satu ini benar-benar mengujaku. Tanpa berfikir dua tiga kali, aku terus sambar kain itu dengan idea penuh di kepala.

Di mataku sudah terbayang wajah Dahlia sedang menunggu Wadi Hannan menghabiskan tehnya setelah membalun mi segera di tengah malam di Rumah Rehat Teh Timor itu.

Oooops.. sebenarnya kakmOn rindu pada Dahlia, Noor Suraya. Blurr??? Kalau nak tahu siapa dia Dahlia, dapatkanlah novel Noor Suraya, Panggil Aku Dahlia, pasti tidak mengecewakan :)























Dah siap pun. Hai senangnya dalam hati lalalala...



Projek cuti sekolah nanti. Sabar ya...



Sampai di sini dulu. Aku tinggalkan dengan serangkap kata.

Teh adalah secangkir kehidupan yang penuh pelbagai rasa.
Jua sebagai penyembuh jiwa.
Jika anda kedinginan, dia akan menghangatkan mu.
Jika anda panas, dia akan menyejukkan mu.
Jika anda tertekan, dia akan mendamaikan mu.

Salam secangkir teh Timor Dahlia



Monday, May 10, 2010

Mengenyam mimpi



Minggu lepas adalah minggu yang paling produktif. Aku cukup bahagia dapat menyiapkan sebiji beg kain kapas Inggeris yang ku beri nama; MRS.TEAPOT dan sebiji bantal yang disulam dengan 'ayat-ayat cinta Kak Uya'. Nanti aku tunjukkan yah!

Sekarang aku lagi keburu waktu. Entri kali ini cuma dapat kongsikan hasil 'Jari Amaiku' yang masih belum siap sepenuhnya. Nanti bila ada waktu aku kongsikan bagaimana membuat projek ini langkah-demi-langkah yah! Insya Allah.

Sekarang kita cuci mata dulu.









Ingat lagi tak PESTA KEBUN MIMPI? Projek ini adalah ilham dari pesta tersebut. Aku abadikan di atas kain kapas Inggeris ini untuk tatapan cucu-cicit kakmOn di kemudian hari nanti. Alahai... anak-anak kakmOn pun masih di bangku sekolah lagi.. dah bicara tentang cucu-cicit pulak.. Awwwwwww (~;~)



Akhir kalam, selamat mengenyam mimpi indah di Kebun Mimpi kakmOn yah! Sayang semua.

Sunday, May 09, 2010

Bonda rindu padamu


Terimakasih kak Azah

Bonda sedang duduk di sofa ruang tengahku. "Nah, buatkan ku puding sago. Pakai gula melaka sama susu ideal aah.."

Mutiaraku luruh laju bagai air pili di singki itu. Tanganku, memasukkan gula dan garam kedalam sago yang sudah disaring. Kemudian menambahkan lagi kelapa parut yang telah dibuang kulit ari hitam. Jariku menggaul bahan-bahan itu dengan rasa yang bercampur-campur.

Teringat ayat-ayat cinta dari sahabat di FB semalam; "Sukatlah dengan penuh rasa sayang dan bancuhlah dengan rasa kerinduan... sabarlah menanti ia masak dengan penuh rasa kasih..." Terimakasih Kak Sri..






Selamat hari ibu semua







Terimakasih cik Ummi 

Saturday, May 08, 2010

Kek Lobak Merah KakmOn



Salam pagi sabtu semua. Seperti yang ku janjikan, di pagi yang indah ini kakmOn sediakan sepotong kek lobak merah berwalnut untuk berkongsi hidangan bersama tetamu kakmOn di sini.

Kalau tak cukup sepotong ini, kenalah anda buat sendiri. Jom ikut kakmOn ke dapur. Kita buat sama-sama yah.

(A)
7biji telur gred A
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh ovallete
Pukul semua bahan di atas hingga gebu dan ketepikan.

(B)
3 cawan lobak merah diparut
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kelapa parut kering
1 cawan walnut
1 sudu teh bicarbonate soda(optional jika ingin kek naik cantik- tapi kakmOn tak letak sebab tak suka rasanya yang memijarkan lidah)
1 cawan gula merah(dikisar halus)
1 sudu teh serbuk kayu manis( kakmOn buat sendiri, goreng tanpa minyak kayu manis hinga naik harum kemudian tumbuk hingga halus)

Adukkan semua bahan di atas hinga mesra. Kemudian masukkan 3 cawan minyak jagung atau mentega cair, kacau hingga sebati. Masukkan separuh dari bahagian A, kaup dan balik-balikkan hinga mesra. Kemudian barulah tuangkan semua sisa bahagian A tadi. Buat seperti tadi.

Masukkan dalam loyang 14"x14". Bakar dengan api 180celcius hingga masak.

Dua jam kemudian kita akan dapat menikmati hidangan yang benar-benar enak penuh aroma kayu manis itu.

Silakan..



Pssstt esok kan Hari Ibu seantero, anak-anak cepatlah kedapur, ganti mak masak. Dan jika rajin 'banyak' bakarlah sebiji kek lobak merah kakmOn ini, pasti dapur beraroma harum mewangi. Dan pasti mak, mak mentua tambah markah tinggi nanti.

Salam HARI IBU seantero

Tuesday, May 04, 2010

Projek Marhaenku

Sebenarnya aku nak post entri Kek Lobak Berkacang Walnut. Tapi apakah malang nasibku... Dapat kamera, keknya tinggal serdak. Uwaaaaaaa... Abang  tungap(balun) semuanya. Ala Kassim...

Jadi malam ini kakmOn stori projek Jari Amai aja dulu yah.

Mood menjahit kakmOn semakin UP kebelakangan ini. Semalam ronda-ronda dekat kedai hobi, ternampaklah mahluk ini. Apakah mendanya tu???(Tengok pada mahluk yang berwarna biru itu aja ya..)

Belek kiri. Belek kanan. Belek atas. Belek bawah. Congak. Campur. Waaaa... mahalnya. Letak balik. Terus cabut.



Malamnya, kakmOn jahit kain tampal ini. Tapi garisannya terbabas pulak. BENCI. 

Tetiba teringat benda 'alah' yang mahal nak mampus itu. Akal diyamon kakmOn pun berjalanlah melimpasi sempadan...



Pepagi kakmOn singgah sekejap ke kedai hobi itu lagi. Tutup mata, kuarkan muka Sultan warna merah sekeping dan warna hijau sekeping. Hisyyyyyyy mengalahkan harga beras wangi seguni.



Sejam berkerja keras. Bolak-balik. Baca panduan. Jahit. Bolak-balik. Jahit. Ehm bukan senang nak senang.

Akhirnya berjaya juga kakmOn membuat sebiji bunga daisy kaler pinkJambu ini.. Yehaaaaaa...





Kemudian aku test drive lagi kaler biru... Aduhai mau tak lelap malam kakmOn di buatnya.. Soooooo sweet.


Insya Allah kita berjumpa di entri akan datang dengan hidang kek lobak merah berwalnut yah. Malam ini terpaksa buat siaran ulangan, si adik dah terlolong nak kek lobak itu lagi.

Abang tu memang tak patut ,,(~;~),,

Salam berkreasi semua

Saturday, May 01, 2010

Hilang gelap timbul terang

Dua minggu ini hujan turun hampir setiap malam. Aku semakin risau. Kata pakcik Tips itu, jagung lebih cantik buahnya ditanam waktu panas.

Alahai.. tak bersyukurnya aku.. Allah turunkan hujan salah, tak bagi hujan berkeluh kesah. Astaghafirullah Al-Azim.

Setelah kejadian hari khamis itu, aku tak keluar menjenguk kebun belakang. Berfikir, bercermin dan menilik kesalahan diri. Kenapa aku???

Petang tadi entah tak tahu kenapa, balik dari  kantor semacam ada kuasa magnet menarik aku ke kebun belakang.



Dari jauh nampak kolam kecil itu ditumbuhi daun pengagga air. Padahal lima hari yang lalu, aku tak perasan pun mahluk itu sudah berada di situ. Ajaib.



Dan cili Thailand ini sebenarnya hampir mati pada musim kering sebulan yang lalu. Kini dia mengeluarkan hasil lagi,  entah yang keberapa kali. Alhamdulillah.



Kulat ini pulak tetiba tumbuh di tepi-tepi tangga turun ke kebun jagung. Mungkin mahluk Tuhan yang berkaki empat itu sudah meninggalkan 'sisanya' di kebun kakMon. Ehmmmmm...



Dan jaggung ini baru saja ku lihat berbunga hari selasa yang lalu...





Tetiba, petang ini buahnya telah menjulur keluar. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar..



Rezki yang diturunkan-NYA ini benar-benar membuatku terkedu. Mungkin DIA ingin membasuh kesedihanku. Syukran Jazilan.



Dan akhir kalam, jagalah dan hormatilah jiran tetanggamu kerana dia adalah saudaramu yang paling dekat. Salam berhujung minggu semua.