Monday, July 23, 2012

Aneka Kek dan Biskut


Salam Ramadhan semua. Sudah lama aku tidak berbicara di ruang ini. Tetiba lidah kelu untuk berkata-kata. Kerja rumah yang tak pernah usai. Projek 'AMAI' yang bertimpa-timpa. Tempahan pelanggan yang merisaukan dan 'bala' yang dicari.. *tuuuuuuuuuuuuuut*

Ku kira, bila kita sudah sepenuh masa bekerja di rumah, maka jadual harian dan ruang waktuku yang padat itu akan menjadi longgar. Rupanya.. sama seperti sebelumnya.. Ala Kassim..

Oh yah! sebelum aku lupa, di sepanjang Ramadhan ini, Radio Televisyen Brunei menyiarkan Rancangan Aneka Kek dan Biskut Siri Ke2, setiap pagi pada pukul 10:00 di RTB 4 dan di sebelah petang pada pukul 4:30 di RTB1.

Bagi yang bukan kawasan JAJAHAN, jangan sedih sangat.. anda juga berpeluang menonton bersama dengan melayari sasawang RTB http://rtb.gov.bn dan anda hanya perlu klik pada butang RTB 4 TV streaming, setiap 10:00pagi.

Rancangan tersebut mengongsikan 58resipi pelbagai kek dan biskut yang sedap-sedap belaka untuk sambutan Aidilfitri yang tidak lama lagi menjelma ini. Dan bagi pengumpul resipi kek dan biskut, jangan ketinggalan menonton siri tersebut.. Pastikan kertas dan pen ada di sisi ;)

Dan di kesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih pada team Aneka Kek dan Biskut yang telah bertungkus lumus, bekerja di balik tabir..

Dan aku tinggalkan foto-foto yang sempat dirakamkan waktu pengambaran dua bulan yang lalu. Memang tenaga kerja Aneka Kek dan Biskut tersangatlah meriah..

Rindu semua;








Thursday, April 19, 2012

Sinah Bisc ~ Khazanah Kenangan

Salam pagi khamis yang barakah. Apa khabar anda di luar sana. Rindunya hendak berbicara di sini, tapi waktu masih jua tidak mahu bersahabat denganku. Kerja rumah menggunung. Projek bersusun rapat. Tempahan memenuhi setiap hujung minggu. Dan aku sudah kehilangan seluruh tenagaku.. Adussss..

 Minggu lalu Sinah Bisc telah menyertai Bliss Wedding Showcase 2012 bertempat di Hotel Empire dengan tema Glamor dan Elegan. Dan di sana berkesempatan bertemu pembaca blog Sinah Bisc dan Nina Suria. Terima kasih sudi menziarahiku. Sayang semua.




Dan di penutup Pameran tersebut, aku telah diberi peluang untuk membuat sebiji kek kejutan buat ulang tahun isteri pelakon popular 2011-2012 Aaron Aziz. Aku begitu teruja untuk menghasilkan sesuatu yang unik yang menepati tema majlis penutup malam itu; BLACK, GLAMOUR & ELEGANT. Terima kasih Songket Wedding atas penghormatan itu.

Akhir kalam, terima kasih seluas langit yang biru pada semua yang sempat memeriahkan booth SINAH BISC di pameran tersebut. Dan setinggi terima kasih buat suami, adinda-adinda; Ryn, Reyma Esbee Tee dan anak-anak yang bertungkus lumus di balik tabir untuk merealisasikan impianku. Sayang kamu semua..


Sinah Bisc ~ Khazanah Kenangan


Wednesday, April 18, 2012

Nota

Untuk Perhatian: MOLLY
Perkara: Sila hubungi Sinah Bisc kadar segera.
Terima Kasih

Thursday, March 08, 2012

Keajaiban


Salam pagi khamis yang barakah. Lelah belum lagi usai, tapi hati terlalu bahagia untuk berkongsi cerita di sini.. Acara Walkaton MERDEKA yang telah diungkayahkan oleh Mukim Kilanas di Masjid Kampong Bunut, pada hari ahad lepas, telah berjaya mengutip derma lebih BND$2,000.00 untuk Tabung Anak Yatim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan hasil jualan kek cawan sebanyak 1500 biji, atas rahmat dan izin-NYA jua.. Alhamdulillah Ya Rahman..


Menjunjung kasih yang tidak terhingga buat penduduk mukim Kilanas, kaum kerabat dan sahabat handai, berkat doa abiskita projek ini telah terhasil dengan jayanya..








Anekdot ~

Alhamdulillah syukur di atas limpah kasih sayang-NYA yang telah menganugerahkan keajaiban kudrat untukku memikul tanggung jawab yang teramat berat itu..

Saat aku memerlukan kekuatan mental dan fizikal, cabaran demi cabaran menghambat diri.. hanya mampuku lakukan berzikir dan bermohon pada-NYA.. agar DIA mempermudahkan pekerjaan itu. Dan akhirnya projek mega bersama Badan Muslimah Masjid Kampung Bunut terhasil jua dengan kasih sayang-NYA.

Dan aku benar-benar bersyukur kepada-NYA kerana telah mengirimkanku jurutera, ahli metametik, tukang kayu dan segala nama tukang untuk membantu meringankan bebanku..

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Wallahuakbar..









Akhir kalam, terima kasih seluas langit biru pada Yang Mulia Penghulu Mukim Kilanas dan Ketua Kampong Bunut yang telah memberi kepercayaan penuh untuk menghasilkan projek itu. Juga terima kasih setinggi langit ke tujuh buat Dayang Hajah Zaleha Awang Haji Momin, yang bertungkus lumus, bekerja dan membantuku, ke hulu ke hilir untuk menghasilkan yang TERBAIK, juuga pada pasukan Muslimah Masjid Kampong Bunut, yang berganding bahu menghias kek cawan dari petang ke malam dan sambung lagi hingga ke esokan paginya. Moga penat lelah abiskita mendapat ganjaran berlipat ganda dari-NYA jua. Amin Ya Rabbalallamin.

Barakahu fiikum

Wednesday, February 29, 2012

Hari Kebangsaan ke-28


Selamat malam semua.. Apa khabar anda di luar sana? Aku di sini masih lagi tidak cukup lantai untuk menari, tidak cukup ruang untuk bernafas.. Tahun 2012 ini terlalu banyak aktiviti di luar kawalan. Ilham yang datang mencurah-curah dari-NYA.. di saat-saat akhir benar-benar menguji jiwa dan rasa. Harap-harap nanti semuanya akan berjalan lancar di bawah kasih sayang-NYA jua.






Di kesempatan ini aku ingin menggual canang ke pelusuk kampung dan desa.. Pada 4hb Mac 2012, di padang Sekolah Bendahara Sakam Bunut, Jalan Haji Halus, akan di adakan JUALAN AMAL KEK CAWAN HARI KEBANGSAAN KE-28 bermula pada 9:30pagi. Maka aku menyeru di sini.. marilah beramai-ramai berbelanja sambil menderma ke Tabung Anak Yatim Kebangsaan Brunei..


Thursday, February 23, 2012

Dua puluh lapan tahun sudah berlalu..



Salam Hari Kebangsaan warga Berunai. Hari ini genap kita menyambut 28tahun hari MERDEKA yang dilaungkan oleh Baginda Bagawan dengan laungan ALLAHU AKBAR. ALLAHU AKBAR. ALLAHUAKBAR... Subhanallah..

Saat itu.. meremang bulu roma, semangat JIWA BANGSA mengalir laju ke pembuluh darah, menerjah jiwarasa,  AKU cinta TANAH AIRku.. Bumi BRUNEI DARUSSALAM.

Dan 28tahun dulu aku masih di bangku sekolah dalam tingkatan lima di Maktab Sultan Omar Ali Shaiffudin. Aku dan persatuan IKERAB Kampung Bunut dan beribu-ribu warga Brunei yang turut menyumbangkan masa dan tenaga mewarnai padang Stadium Hassanal Bolkiah waktu itu dengan penuh JIWA purih pancir mulia, tabah gagah berhemah tinggi bermaruah dan berperibadi, bersopan sedar harga diri.

Kenang indah yang tetap terlipat kemas di sanubari..

Dan aku merasa SANGAT BERTUAH menjadi rakyat BAGINDA SULTAN. Baginda yang sentiasa melindungi dan menyayangi rakyatnya dalam susah.. dalam senang.. di laut.. di daratan.. kasih sayang BAGINDA tiada sempadan..

Moga negara BRUNEI DARUSSALAM yang diangkat BAGINDA sebagai negara ZIKIR akan sentiasa dalam rangkulan rahmah ILLAHI, aman LAILA BAHAGIA jua. DAULAT TUANKU..

Brunei tanah airku yang TERCINTA. ♥ . ♥



Wednesday, January 25, 2012

Sweet Garden Tea Party



Salam semua. Apa khabar awda di luar sana? Sudah lama aku tidak bernyanyi di sini. Kerja yang tak pernah sudah membuat aku kehilangan seluruh perbendaharaan kata untuk mencoret cerita di sini.

Tahun baharu sudah lama berlalu. Masih sempat lagikan untuk mengucapkan selamat datang 2012.. Bagaimana impian anda? Aku? Alhamdulillah.. Impian untuk bisa menjadi suri rumah sepenuh masa akhirnya terkabul jua. Rupanya.. tinggal di rumah menjaga makan-pakai suami dan anak-anak itu amatlah membahagiakan. Dan seperti kata saudara sepusat sepusingku, baru terasa hidup kembali normal ~ahak~

Oh yah! Aku ingin berkongsi aktivitiku hujung minggu ini. Sinah Bisc akan mengadakan majlis minum teh bertema 'Sweet Garden'. Jika awda tidak tahu hendak kemana hujung minggu ini, marilah sertai pesta kami. Awda cuma perlu mengeluarkan sedikit saja bajetmu untuk beriadah bersama-sama sambil menikmati hidangan Sinah Bisc yang pasti mengecurkan. Ayam BBQ Dijon, Pasta Keju mewah Mozarella, aneka kek cawan, cookies pelbagai dekorasi dan citarasa, coklat marble-ous yang memukau, minuman punch yang menyeggarkan dan banyak lagi hidangan yang akan disediakan.






























Jika awda berminat silalah hubungi Sinah Bisc 8 778 280 untuk mendapatkan tiketnya.



Sweet Garden By Sinah Bisc. Bakery
Food Taster Day
Sunday, 29th. January, 2012. 3:00 pm - 6:00pm
PROMOTION $5.00 only
Ticket value: $18.00.