Pages

Tuesday, December 26, 2017

Angin monsoon


Musim hujan ini banyak aktiviti di luar rumah terpaksa ditunda. Kebun belakang sudah semakin semak dan haru biru. Sudah lebih dua purnama aku duduk diam-diam di ruang kamar. BERISTIREHAT. Kata Dr.Htwee jangan buat kerja rumah. Kata orang itu; "Jaga badan, nak kena pakai lama". Titik!



Jadi setiap kali hati resah kita akan mengintip dari jandela dapur dan kadang-kadang curi-curi keluar mengambil udara segar. Konon. Tapi mata menjadi sakit bila melihat kebun yang tak terbela. Bunga mawar sudah banyak yang mati. Bunga Telang pun jua semakin rontok. Kering. Rumput pula yang tumbuh subur. Adusss..



Jadi hari ini cuba menarik semangat sakti. Mencantas bunga-bunga yang telah mati. Menyapu daun-daun kering yang tebal bagai permaidani. Harap-harap esok matahari keluar. Laundri kita sudah penuh dua bakol tak bercuci sejak semalam.


Hanya bunga kuning ini saja yang tinggal hidup subur. Tak apalah. Moga kudrat kita akan kembali sedia kala. Rindu pula pada pasar bunga. Agak-agak.. Ada lagi kah cik Marigold dan cik Zinia di sana?


Tiba-tiba mata terpaku kepada buah mulberi yang tiga ketul. Alhamdulillah.. Ada juga rezki buat burung-burung. SUKA.




1 comment:

  1. Pelanggan yang dihormati,

    Apakah keperluan kewangan anda?
    Kami memberi pinjaman kepada individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan dan Idea perniagaan tetapi sukar untuk bermula kerana kekurangan modal permulaan. ( Tawaran dari $5,000 hingga $250,000 atau lebih )

    Dapatkan pinjaman jangka pendek dan panjang segera untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

    Di bawah adalah beberapa idea perniagaan dengan pelaburan rendah dan keuntungan tinggi yang anda boleh melabur.

    Pasaraya
    Perancang perkahwinan
    Jualan/bekalan haiwan peliharaan
    Pereka dalaman
    Rekaan Barang Kemas
    Restoran makanan segera
    Gim atau Pusat Kecergasan
    Salon Kecantikan/Butik Fesyen dll.

    Dengan kadar faedah 2% yang berpatutan dan tempoh 1 hingga 15 tahun
    Untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com

    ReplyDelete