Tuesday, January 31, 2023

Tersangkut di dalam kotak draft

Salam semua. Hari ini sudah tanggal 31hb Januari 2023. Bagai kita terhentuk di atas batu saja gamaknya. Dan... Waktu benar-benar tidak mahu menunggu kita lagi.

Posting ini sudah lama tersimpan di dalam kotak draft. Tidak sempat kita paparkan dulu. Yah! Dulu. Dulu itu tahun berapa ek??? (tersuging senyum). Bayangkan. Foto ini ambil waktu anakda sulong kita sedang bercuti menunggu keputusan A Levelnya. Dan dia lah penyelamat kita waktu cik Krisda kita pulang setelah menamatkan kontraknya.



Dan hidangan di bawah ini adalah disajikan untuk pasokan jurukamera INSAN SENI, Radio Televisyen Brunei yang sedang tekun menyiapkan pengambaran Majalah RTB petang itu. Masyaa Allah kenangan yang TAK akan terlupakan.






Sekian untuk hari ini, pembuka tirai Tahun 2023.

p/s - Anak sulong kita itu sudah masuk tiga tahun mendirikan rumahtangga(tarik segaris senyuman).

Friday, January 15, 2021

Hello 2021




Sudah di pertengahan Januari, 2021... Pun masih tiada semangat. Tadi pagi sudah siap pasang niat, nak turun berkebun petang ini. Tapi. Aini... Angkat jemuran, hujan dah turun.

Begitu lah kita, ada-ada sahaja aral melintang.


Jadi petang ini dengan alunan hujan turun, kita kongsikan sahaja sulaman kita yang baharu, untuk 2021 ini. Inspirasi dari buku Hara; SURAT-SURAT DARI NAGASAKI. Moga ada sesuatu yang dapat meniup kembali semangat sakti kita yang telah ghaib.





 CINTA itu, sebuah perjalanan tanpa noktah...

Saturday, July 25, 2020

Rindu pada Musim Luruh Van orenje



Pejamkan mata. Musim Luruh di Van orenje. Daun-daun bertukar jadi merah tembaga. Ada feel perkampungan Belanda tak??? Hish.. Hish.. Hish.. Bermimpi itu gratis... ☺️😆

Orait. I stori U now!

Bunga Alternanthera Dentata atau Red Marble sudah naik  tinggi dan daunnya sudah semakin jarang di bahagian bawahnya. Kita terpaksa memotong separuh untuk mengembalikan kecantikan asalnya.


Jadi bahagian atas yang lebat daunnya kita ‘propogate’ terus ke dalam pasu-pasu kecil. Harap-harap bulan Ogos nanti mereka semua akan kembali rimbun ♥️



Manakala Althernanthera Red Ruby atau Purple Knight yang kita campak Syawal lalu, kini sudah tinggi melebihi dua kaki, di ‘planter box’ di ruang berwudhu itu. Juga kita cantas dan tanam balik di dalam pasu kecil-kecil. Musim hujan ini mungkin dia akan cepat tumbuh lagi. Harap-harap laaaah...



Cuba tengok! Warna nya berkilau merah bagai batu permata rubi dipancar matahari. Sesuai lah dia dinamakan Althernanthera Red Ruby. Tapi ada jua yang menamakannya Purple Knight. Bila dia ditanam diruang terbuka, warnanya yang ungu gelap menjadi warna merah kehitaman.




Ok, sampai di sini dulu. Jika ada waktu lengang, kita kongsi cerita yang lain pula. Selamat berhujung minggu semua xoxo - Nina Suria

Thursday, July 23, 2020

Baby July


Julai adalah bulan keraian buat rakyat Brunei. Tahun ini akibat #covid19 Hari Perhimpunan yang biasa dilakukan pada Hari Keputeraan Baginda Sultan ditiadakan untuk tahun 2020 ini.

Manakala keluarga besar kita YUSSOF & JANTEK mengalu-alukan ahli keluarga baharu dengan membuat majlis kesyukuran kecil, diselajurkan meraikan ‘Baby July’ yang bukan lagi ‘baby’. Pasti ada yang masih ingat kek keretapi untuk meraikan 'Baby July - 2009', satu waktu dulu. ðŸ˜„

Naaah.. Di bawah ini kita kongsikan wajah baharu Baby July - 2020. Supa-manis kan???Begitulah meriahnya majlis kecil kita ❤️❤️❤️


Sekian. Moga tidur lena..












Wednesday, July 22, 2020

Parcel Pasta



Selamat malam. Apa khabar semua. Malam ini kita terpanggil untuk mengongsikan resipi Parcel Pasta kita yang sudah lama tersimpan di dalam draft. Maaf yah! Kita seperti biskut. Sekejap ada, sekejap tak ada.. Nanti kita cerita bab hilang tu.

Ok! Bahan-bahan nya mudah saja. 5biji telur. 3 cawan tepung serbaguna. 4 sudu makan extra virgin olive oil. 4 sudu air. Secubit garam. Uli semua bahan sehingga menjadi sebiji doh. Rehatkan 20minit.





Kemudian uli lagi sehingga doh licin dan elastik. Rehatkan lagi 30minit.



Sementara itu kita sediakan intinya. Cendawan dan keju mascarpone. Tumis 5 ulas bawang putih yang dicincang hingga naik bau. Masukan cendawan segar yang telah dihiris nipis. Tambahkan 1 sudu teh oregano dan 5 lembar daun basil ungu. Jika inginkan pedas, tambahkan cili atau lada hitam. Secubit garam. Masak 3 minit. Ketepikan dan biarkan sejuk. 250gm keju  mascarpone dan 2 biji kuning telur dipukul hingga licin. Masukan cendawan dan gaul sebati. Sejukan di dalam peti sejuk sejam.


Doh digiling nipis dan potong panjang seperti dalam gambar. Isikan inti dan bungkus kemas seperti parcel. Gunakan putih telur untuk pelekat.




Masak 2 cawan air dan 2 sudu makan minyak zaiton di dalam kuali hingga mendidih. Masukan parcel pasta, masak lima minit. Kemuadian masukan scallop atau makanan laut, tomato, daun basil, setengah cawan susu segar, 3ulas bawang putih(ditumbuk halus), 1 sudu teh mixed herbs, garam secukup rasa dan emping cili. Masak lagi sebentar sehingga scallop dan makanan laut masak. Matikan api. Hidangkan sementara panas bersama lemon dan parmesan/keju cheddar.


Sekian dari kita malam ini, selamat mencuba xoxo



Saturday, January 04, 2020

Seni Pidangan

Setelah kita duduk diam di rumah, rasa bosan memenuhi ruang jasad. Jadi kita selongkar kembali kerja-kerja tangan yang pernah kita ‘lutani’ satu waktu dulu.

Dan selama tiga bulan ini, kita telah berhasil menyulam beberapa projek kecil yang begitu mengujakan. Sekali gus mencetuskan sumber inspirasi untuk menyulam lagi, perjalanan' ýang kita lalui kini dan yang mendatang.

Kita kongsikan semua sulaman tiga bulan kita di bawah ini.















Sampai jumpa lagi
Nina Suria

Friday, January 03, 2020

Salam 2020

Selamat malam semua. Setelah beberapa kali cuba memasuki blog ini, GAGAL. Akhirnya kita terpaksa dapatkan anak kunci dari Enche Google. Dan malam ini baru kita diterima masuk setelah beberapa hari mencuba. Alhamdulillah



Ok kita tinggalkan dulu satu projek kecil kita, Seni Sulaman yang baru saja kita 'lutani' dalam tiga bulan yang lalu.

Salam sayang 
Nina Suria

Thursday, December 28, 2017

Demam Miang Kham


Sejak beberapa bulan yang lalu orang sibuk memburu sirih Kaduk. Padahal mahluk Allah itu sudah lama duduk diam-diam di belakang rumah. Tiada siapa yang sudi mengambilnya menjadi keluarga angkat. Tiba-tiba hari ini bagai bom atom, meledak, keseluruh alam. Sirih Kaduk jadi bual-bicara di mana-mana. Adihhhh..

Jadi di sini kita kongsikan sekali lagi hidangan sihat lagi menyegarkan ini setelah tiga tahun senyap, tidur di bawah rumah.

Bahan-bahan asas nya:
Sirih Kaduk
Bawang merah
Limau nipis
Halia muda
Cili Thai merah/hijau
Kacang digoreng tanpa minyak
Isi kelapa dipotong kecil dan digoreng tanpa minyak(sangrai)
Udang kering
Potong dadu semua bahan kecuali daun sirih. Anda juga boleh menambahkan buah-buahan lain, seperti guava, jambu, mangga, tomato dan sebagainya.





















Bahan sos nya:
3biji bawang merah
3ulas bawang putih
2batang serai
2inci halia muda
10biji cili Thai merah/hijau
sedikit kacang digoreng tanpa minyak
segenggam udang kering
sesudu besar kelapa goreng(seperti di atas)
Kisar kering semuanya. Ketepikan.
1ketul gula melaka/apong(dihiris nipis)
Sedikit air
1/4 cawan sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu makan kicap cair
Masak di atas api sehingga cair. Masukan bahan kisar dan masak lagi sehingga pekat. Angkat dari atas api dan sejukan.

Nota: Sos ini bukan autentik Siam yah! Kita dah 'derhakakannya'. Ampun.

























Cara menghidangkan, ambil selembar daun sirih, letakan semua bahan yang dipotong dadu tadi dan tambahkan sos di atasnya. Bungkus dengan kemas dan sajikan untuk buat kudapan.

Tuesday, December 26, 2017

Angin monsoon


Musim hujan ini banyak aktiviti di luar rumah terpaksa ditunda. Kebun belakang sudah semakin semak dan haru biru. Sudah lebih dua purnama aku duduk diam-diam di ruang kamar. BERISTIREHAT. Kata Dr.Htwee jangan buat kerja rumah. Kata orang itu; "Jaga badan, nak kena pakai lama". Titik!



Jadi setiap kali hati resah kita akan mengintip dari jandela dapur dan kadang-kadang curi-curi keluar mengambil udara segar. Konon. Tapi mata menjadi sakit bila melihat kebun yang tak terbela. Bunga mawar sudah banyak yang mati. Bunga Telang pun jua semakin rontok. Kering. Rumput pula yang tumbuh subur. Adusss..



Jadi hari ini cuba menarik semangat sakti. Mencantas bunga-bunga yang telah mati. Menyapu daun-daun kering yang tebal bagai permaidani. Harap-harap esok matahari keluar. Laundri kita sudah penuh dua bakol tak bercuci sejak semalam.


Hanya bunga kuning ini saja yang tinggal hidup subur. Tak apalah. Moga kudrat kita akan kembali sedia kala. Rindu pula pada pasar bunga. Agak-agak.. Ada lagi kah cik Marigold dan cik Zinia di sana?


Tiba-tiba mata terpaku kepada buah mulberi yang tiga ketul. Alhamdulillah.. Ada juga rezki buat burung-burung. SUKA.