Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Sunday, May 04, 2008

Tumpi cacah rendang kari udang








Rendang Kari Udang

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

1/2 biji bawang besar

1 inci halia

Kisar semua bahan diatas.


4 sudu makan serbuk kari(saya guna ADABI kari ikan)

1 sudu makan puri tomato

4 sudu makan cili kisar

6 sudu makan kerisik

2 biji jus limau nipis

1-2 sudu teh gula melaka

1 cawan air

Garam secukup rasa

Daun kari secukupnya

Minyak untuk menumis


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan daun kari.
2. Masukkan serbuk kari, sedikit air, cili kisar, puri tomato dan gula melaka. Kacau-kacau selalu supaya kari tidak hangus.

3. Bila sudah nampak garing masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan kerisik, jus limau nipis dan udang. Masak sebentar dan angkat.

4. Hidangkan panas-panas bersama tumpi NAGO :D

Donut-TATA








Nak Resipi??? Percaya tak kalau saya kata, roti ni donut. Betul! Sumpah. Wallah. Dengan mata bercahaya dan melambai-lambaikan roti baru diangkat dari atas api. (Hikhikhik ada tokoh tak ganti cik Joyah pitpotpitpot tuh *jeling makcik Norlia Ramli kat rumah Opah*)

Memang itu donut. Sebenarnya macam ni, khamis lepas saya TERsibuk banyak siapkan projek GAYAH ENTERPRISE. Demam kek cawan belum kebah-kebah lagi. Tetiba sms kekanda masuk, "malam ani bertahlil rah Acai". Jadi masa yang ciput itu mana sempat nak buat juadah 'melatop'. Nak bawa kek cawan pun belum lagi cukup. Saya selongkar peti Doraemon dapatlah sekotak tepung DONUT NAGO yang sudah lama tak berusik. Tapi belum expired tau!

Baca arahan Mr.Nago. Kemudian campak semua bahan-bahan yang telah disarankan Mr.Nago kedalam mixer. Dan saya biarkan aje Mr.Kenwood menguli. Bila sudah siap menguli, saya rehatkan sebentar doh donut itu untuk memberi ruang dia naik. 30minit kemudian doh itu masih begitu juga. Tak kuasa nak tunggu lama-lama, saya cepat terapkan doh tu dengan pemotong donut. Dapatlah 3dozen donut. Saya tinggalkan sementara saya pergi kerja petang itu. Balik kerja, saya teruja sangat nak tengok DONUT Mr. Nago itu. Lorrrrr. Tak berganjak pun dia. Masih macam tengahari tadi. Aku pun test-try, goreng sebiji dulu. Ehmmmmmm buang karan betul.. Hampes.

Nak dibuang donut tu, terasa sayang pulak. Jadi datanglah akal 'diyamon' kakmOn, lalu donut itu saya gelek dan leperkan. Jadi lah donut-tata. Yah! Donut-tata. Tata donut.. Tataaaa

My confession: Donut Tata ni sedap macam roti Nan India. Kami makan bersama kari rendang udang. Cuma dia terasa manis sedikit. Sebab tepung NAGO itu telah dicampur dengan gula. Selamat mencuba.

Sunday, January 08, 2006


Shape dough into a ball. Place dough in a lightly greased bowl. Turning once to grease surface of the dough.
Roll dough into 20"X12" rectangle onto lightly floured on a flat cleaned surface.


Brush with fruit juice or water. Or you can even use tea(be adventurous lah...
tapi kalo korang kena masuk bilik termenung acap kali...
please.. please.. please.. lah.. dont blame on me ahak)

Spread chopped almonds, raisins, brown sugar ang ground cinnamon.
Roll up rectange into a spiral.

Slice the roll about 2" length. Arrange the roll in the 12"X8"X2" buttered baking pan.


Cover the baking pan and let them rise until nearly double in size
(about 45min in warm temperature room - 30celcius ) then bake 25min with 180Celcius.


Walah..... Its more yummy.. when you're topping with cheese cream.