Hujung minggu lalu penuh dengan aktiviti di belakang rumah. Hari jumaat bang Mat mengetam rumput. Aku membaja bunga dan bertanam bawang merah yang damal. Sayang nak dibuang. Jadi, bawang yang terendam air itu kami tanam di dalam sebiji planter yang panjang.
Kemudian membaiki wind chime ku yang jatuh itu... Mungkin ada kucing yang geram sangat pada kulit-kulit siput itu.
~ Hari Ahad ~
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato
1cawan air
1 - Tumis bahan kisar bersama 5 sudu makan kari ikan Adabi.
2 - Masukkan sos cili nasi ayam Thailand. Goreng hingga pecah minyak.
3 - Masukkan 4 biji ubi kentang yang di belah empat dan 1kg ayam yang telah di potong 12. Masak 10 minit.
4 - Masukkan 2 cawan air, 1 sudu makan garam dan 4 sudu makan air asam jawa.
5 - Masukkan 3 tangkai daun kari. Masak lagi 10 minit atau sehingga daging ayam dan kentang empuk.
6 - Hidangkan bersama roti canai atau yang sewaktu dengannya.
Subuh-subuh lagi bang Mat menyuruhku membuat kari ayam dan roti canai. Perutku rasa sakit yang amat akibat menstruasi yang datang bukan pada waktunya. Dengan rasa malasnya aku akur jua turun ke dapur, memasak makanan yang menjadi kegemaran seisi keluarga.
Belum pukul lapan bang Mat dan anak kemanakannya sudah siap dengan tukul dan gergaji, membena pintu stor yang baharu, menggantikan 'pintu Abu Nawas' yang mengundang tetamu yang tak diundang.

Siap aku memasak ayam kari dan roti canai, di luar jendela kelihatan abang sudah mula menyidai pakaian di ampaian bersama Leynah. Alhamdulillah... ada jua orang menggantikan tempatku. Rasanya aku tidak larat lagi untuk menjenguk mereka keluar. Lalu 2 biji ponston ku telan untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian perut dan belakang.

Pukul 9:30pagi bang Mat mengejutkan dari belakang, "Bah! Basiap tah rah orang kawin kitani". Allahuakbar.. malasnya aku... Jadi dalam hati yang berbelah dua tiga.. aku menurut lagi kata enche roommate itu walau hati menjerit.. TIDAKKKKKKKK
Sampai di Kota Minyak sana, hati mula berbunga daisy.. dahlia.. dandilion.. bila melihat sesuatu yang membahagiakan. Alhamdulillah.. rasa yang malas itu sudah pergi meninggalkanku. Terimakasih abang..
Dan untuk menceriakan lagi hariku seterusnya... aku terus menyambung lakaran yang belum siap-siap ini...

Dan tiba-tiba hari ini sudah minggu ketiga bulan jun. Pantasnya waktu berlalu. Hingga kita bertemu lagi di lain waktu. Sayang semua

p/s - buat si budak kenit itu
leyn: babu... kenapa kalau mengupas bawang, kita menangis?
babu: garu kepala.. di dalam hati mencari sesuatu..
kakak: tersengih-sengih, tangan sibuk menyuci pinggan mangkuk di singki.
babu: *tetiba dapat idea yang cemerlang* Pada zaman dahulu, ada seorang puteri telah dipancung kepalanya oleh ayahandanya sendiri, kerana tidak menurut perintah. Kemudian kepala puteri itu ditanam di belakang istana. Tiba-tiba di tempat perkuburan kepalanya itu ditumbuhi bawang berwarna merah darah. Rupa-rupanya, puteri itu telah bersumpah, sesiapa yang mengupas bawang akan menangis dan mengeluarkan airmata pedih. Puteri itu mahu semua orang di dunia tahu bahawa dia telah mati dibunuh kejam oleh ayahandanya sendiri :p
leyn: tadi leynah nampak kaka inda jua menangis..
babu: tertelan putik durghian..
kakak: kihkihkih ketawa gulek-gulek...
babu: OH! Pesan puteri itu sesiapa yang mengupas bawang tidak mengeluarkan airmata, itu tandanya dia seorang yang kejam, serupa dengan ayahandanya. *jeling maut kakak*
kakak: oh nooooooo... babu.. :O
The End



