Showing posts with label Scrapbooking Class. Show all posts
Showing posts with label Scrapbooking Class. Show all posts

Wednesday, December 08, 2010

Kelas lagi..



Ucapkan selamat datang 2011 dengan sebuah kalendar yang manis dan personal; sebuah album kecil yang menyimpan memori indahmu; sebuah jurnal yang menceritakan perjalanan hidupmu; sebuah buku untuk azam dan impian.

Kalendar yang menghebatkan meja kerja atau hiasan almari yang menggembirakan pandangan. Mengingatkan tarikh-tarikh istimewa dan juga sebagai Jurnal peribadi kenangan sepanjang tahun 2011. Atau boleh saja dihiasi dengan gambar-gambar atau kata-kata inspirasi pada setiap bulan. Misalnya keinginan untuk memiliki kereta baru pada hari lahirmu? atau rancangan majlis pertunangan dan cincin yang kamu inginkan?! Biar imaginasi mu berkreasi dan jadikan ia satu realiti.

Luangkan masa, ikuti kelas ini: pelajari asasnya dan luahkan kreativitimu :D

Kalendar 2011

Saiz 6x6 inci
Masa 2 jam
Harga $30.00 (kit+kelas)

Kit mengandungi:
2 keping cardboard 6x6
2 keping cardstock 12x12
2 keping kertas corak 2-sided 12x12
Transparency - Kalendar 2011 (bulan/halaman) 6x6
Reben
Ring\spiral binding
#tidak termasuk hiasan (embellishment)

Sila bawa:
Gunting kraf yang tajam
Gam kraf dan 2-sided tape
*Embellishment:~ stickers, rub-ons, flowers, alphas dll.
*Gambar
*kertas corak
Nota: * pilihan

~$15.00 bayaran bagi yang ingin mengikuti kelas sahaja, sila bawa bahan~bahan kit di atas
~50% diskaun untuk pelajar berumur 18 tahun dan ke bawah

~bagi yang berminat, sila email klavuqt@hotmail.com atau pm fb.

Tarikh/Masa:
Jumat 10 Disember 2010 = 3-5 petang; atau
Sabtu 11 Disember 2010 = 7-9 malam

Salam Maal hijrah semua

Sunday, December 02, 2007

Scrapbooking Class for your Kids




17hb Disember 2007 dan 18hb Disember 2007
Sessi pagi
8:30am - 11.30am
Sessi petang
2:00pm - 5:00pm

1 sessi - BND25.00 seorang
Umur: 6tahun hingga 16tahun sahaja.

Projek: Mini Book
Tajuk buku: My Cuppy Cakes
Materials: Di sediakan
4 resipi 'Cuppies Camp'
Kertas dan aksesori
Foto Kek cawan

*Kami tidak menghadkan bagi tajuk Buku Mini ini. Anak-anak awda bebas memilih untuk membuat projek sendiri. Cuma mereka perlulah membawa foto masing-masing.

Nota YAGAN:

1 sessi cuma 10 orang sahaja. Jika berminat sila hubungi Sinah Bisc +6738778280. Tempahlah dari sekarang sebelum terlambat. Tarikh tutup pendaftaran pada 7hb Disember 2007

Bagi anak-anak yang mengikuti 'Cuppies Camp' mereka cuma dikenakan bayaran yang paling minima BND10.00 sahaja.

Jangan tunggu lagi, hubungi kami sekarang.