Showing posts with label Selapon Trip. Show all posts
Showing posts with label Selapon Trip. Show all posts

Friday, February 18, 2005

Menyusuri Sungai Selapon

Baru hari ini Nina dapat kongsikan bersama gambar-gambar Nina semasa menyusuri Sungai Selapon.Tempat ini sungguh tenang dan nyaman. Memang satu tempat untuk merehatkan minda kita yang kusut. Berbaloi dengan perjalanan yang lama kami lalui untuk sampai kemari. Walaupun pada tengah hari hujan lebat mencurah-curah, tetapi itu bukan satu penghalang untuk kami meneruskan kegilaan kami dengan air sungainya yang nyaman dan menyeggarkan.

Dan setelah 9 hari meninggalkan sungai mu yang penuh dengan memori indah... dalam hati aku bertekad; akan ku jejaki kembali sungai mu yang menghantui tidur ku...

Oh Selapon.. pulangkan lah jiwa ku yang kau rantai dalam lubuk sungai mu...

Sungai Selapon memanggil-manggil Nina untuk datang menjenguknya kembali..

Sungai Selapon dipenuhi oleh pengunjung dari Bandar Seri Begawan.

Dang Ayang melepas geram.. menjelma ikan duyung di Sg. Selapon. Dulur saja tia rasanya atu, kesian jua masa di Belalong inda ia ampit begalau...

Lutfan suka sangat dapat berenang bebas dari pengawasan babahnya. Sorry babah.. break the rules.. janji kita tak buat lagi.. ampun babah!!!

Lutfi dan Liyana seronok bermain, lupa adeknya Lutfan maseh diseberang sungai.

Selepon ga Selapon.. nya si kawan atu. Yang bermaksud kebulur di Selapon. Memang pun tengah kebulur. Lihatlah anak kite yang hanya makan crackers saja untuk mengalas perut. Padan muka kita...

Lutfi dan Liyana sedang kebas biskut selepas penat berenang.

Diatas bukit dibelakang Ryn tu.. terdapat banyak buah Limpaung hidup subur.

Dibelakang Humairah ni adalah sebuah kebun buah-buahan orang Iban. Diatas bukit ini juga ada pokok durian. Bila musim durian, tetamu yang datang boleh kutip sendiri untuk dimakan(sumber dari kawan Nina).

Lutfan seronok mandi, tak mau naik-naik. Padahal bibirnya dah hijau kecut, kesejukan.

Humairah kesejukan menunggu Uminya menangkap ikan.

Inilah kawasan yang Nina dapati banyak ikan dan ketam. Tapi suasananya sunyi sikit dan gelap.

Ryn tengah tangkap ikan.. tapi satu ekorpun tak mahu masuk. Mana tidaknya.. melihat baldi merah tu dah menggerunkan mereka nak hampir hehehe..

Mambang air turun mandi selepas kenyang makan durian. Hujan yang maseh turun renyai-renyai pun tidak dihiraukan. Air sungai ini panas sedikit rasanya mungkin ada water heater kat hujung sungai tu, hehehe... sangat menyamankan.