Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

KREATIF

Salam, apa khabar semua? Harap anda di luar sana sehat ceria saja yah. Sudah begitu lama juga aku membisu. Kepala pun senget sebelah dek kerja rumah yang bertambun.

Dan nak kongsi cerita... Aku baru saja dikirimkan sebiji tong oksigen. Alhamdulillah.. P.A. kakmOn yang baharu sudah sampai minggu lepas. Masih huru-hara dibuatnya. Banyak benda yang kena tunjuk ajar, gosok baju yang paling parah. Hal-hal dapur masih boleh maaf lagi. Sabar kakmOn, SABAR.

Dan pada tetamu tegar kakmOn, terima kasih masih sudi menjenguk rumah kakmOn yang dah berhabuk ni. Insya Allah, kakmOn akan cuba menjawab bicara di jendela sebelah itu satu demi satu. Memang kakmOn ni TIDAK patut kan? Membiarkan salam tak berjawab. Ampunkan daku. Memang waktu tidak mahu bersahabat.

Oh yah, pagi ini kakmOn cuma berceritera benda yang dah lama BASI. Maaf yah cik Notie, entri ni lama terkambus dalam safe draft. Dan terimakasih jua atas pengiktirafan Creative Blogger itu. Hikhikhikhikhik kakmOn SUKA banyak. Dan terimakasih seluas langit biru atas kiriman snek yang rangup lagi sedap itu. Susah-susah aja.. *mode malu tapi mau*. Ngeeeeeeeh



PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-


PENCIL Yang Besar

Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti

Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip

Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.


Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.

-THE END-

Notie, tak tahu nak 'turunkan' pada siapa award ni. Semua kengkawan kakmOn, kreatif-kreatif belaka. Kita ambil random aja yah..

Blog-blog yang tersenarai di  bawah ini adalah mereka yang berkongsi hobi yang sama.. Jadi kakmOn rasa mereka adalah blogger yang kreatif jugak, kan? Salam kreatif semua..

1. Merah Samar Cottage
2. Cikgu Sue
3. Ayu Lil Cottage
4. Zures
5. Azlina Deko
6. Nizie

Akhir kalam, kakmOn tinggalkan kerja-kerja kreatif yang kakmOn dapat siapkan minggu lepas. Tapi tak sempat nak snap gambar yang siap sepenuhnya, dah kita hadiahkan pada mereka yang jauh di Seberang.









Sampai ketemu lagi di lain cerita

Saturday, April 10, 2010

Sapa nak???




Award ni dianugerahkan oleh Nina @ Sweet Lily Kitchen pada kakmOn. Terimakasih iktiraf kakmOn sebagai TOP BLOGGER 2010. Tanpa anda siapalah kakmOn di sini. I lap u guyz....  *versi cik Melah menang AF*.

Tapi kan...  bila sonok-sonok dapat award ni, kita kena panjangkan pulak.. Ni yang kakmOn tengah pening lalat, nak cari blogger yang da bom...

Sekarang ni.. kita kena ikut kata penaja dulu...

A :-Say thanks and link the person who gave you the award. 
Terimakasih sebanyak bintang di langit Nina, ingat juga engkau kat kakmOn yg pemalas update blog ni eik :p

B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
KakmOn ingat, blogger yang makin UP sekarang ni.. ramai sangatlah makngah.. KakmOn cuba dulu eik..

Ehmmm...


1 - JID
2 - DAYANG KEK LAPIS
3 - ABBOT
4 - WAN
5 - ULAT BUKU
6 - SOFFIEYA
7 - MAMAFAMI
8 - Alahai... pening la kakmOn nak pikir-pikir. Nak kasi Encik Mat Gebu, dia dah dapat dah... Nak kasi cik Ummi yang fofular tu... pun dah dapat dah... sapa lagi eik..


Tolun... Tolun kakmon carikan yang 8 orang lagi tu eik. Atau cam gini ja lah eik, sapa-sapa yang belum dapat award tu.. korang ambillah seorang satu.. tempel aja kat dapur ker.. kat cottage ker.. kat sungai ker... 


Ampun ya Nina.. kakmOn dah... dah nak tumbang nih.. *black out*

C :-Contact said blogs and let them know they've won the award..
Mak aiiiiiii... KakmOn kena buat bloggathon la gamaknya ni.. Ninaaaaaaaaaaaaaa...

,,~@~@~,,



Dan award yang satu ni pula, kakmOn dapat dari nenek di sebelah tu... Apa khabar nek? Nenek sehat?  Terimakasih kasi tiara ni. kalau lah dapat tiara yang asli kan, kan, kan??? Eh boleh kayo sekelip mata kakmon dibuatnya. 


p/s Nenek, kakmOn tak nak tamak. KakmOn amik satu aja ye... Tiara merah delima ni nampak terangkat bila kakmOn pakai tau.. awwwwwww :p



Sunday, September 07, 2008

Award

Dari Mamafami

Dari Ummi Kuantan

These are the rules of the award ~

1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)

2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.

3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.

4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “
Ini pun Ummi jugak
Ummi Lagi..


Dari Cik Mat Gebu kita yang sangat rajin berkemas mengalahkan anak dara pingitan kakmOn
Salam Ramadan. KakmOn benar-benar lelah tahap kucing beranak 12. Eh! Betulkah kucing nih.

Ini adalah diantara award-award yang dah bekurun lama dianugerahkan oleh saudara-saudara dan suku-sakat kita. Maaf jika ada award adik-adik yang tertinggal lagi.. KakmOn benar-benar perlukan tong oxygen sekarang...

Nanti kita sembang lagi yah, kakmOn nak masuk makmal sepagi ni. Banyak tugasan yang perlu saya siapkan dengan kadar SEGERA. Insya Allah kakmOn akan cuba mencari sedetik waktu untuk berkongsi hidangan Aidilfitri yang tak lama lagi menjelang.

Sayang setambun dari KakmOn.

Thursday, July 03, 2008

Pemenang PIF(Pay It Forward)





Salam semua. Sudah lama saya tidak berkicau disini. Kerja yang menggunung membuat saya semakin semput. Ditambah lagi semenjak kehilangan ekstra tangan dan kaki. Pembantu saya bercuti 3minggu yang lepas dan dia akan melapur kembali pertengahan julai ini. Bang Mat pula dua minggu outstation. Maka lengkaplah penderitaan saya. Saya kena buat semua benda, dari menghantar dan mengambil anak sekolah hinggalah kerja yang remeh-temeh. Mana lagi projek Gayah Enterprise yang semakin kencang. Saya benar-benar lelah. Penat ya ampun. Akhirnya saya mengambil keputusan menutup Gayah Enterprise buat sementara waktu. Maafkan saya dari hati yang paling dalam.

Kita lupakan sekejap cerita kakmOn diatas itu. Ingat tak permainan yang saya poskan di entri dua bulan yang lalu. Klik PIF supaya lebih jelas. Hah! ini lah pemenang nya :
1. Sharulia dari Mukah Sarawak
2. Notie dari Johor
3. Ummi dari Kuantan


Saya ingin melunaskan hutang-hutang saya ini sebelum saya 'berpergian'. Pada Sharulia tolong berikan alamat saudara di kotak komen ini atau emelkan kepada ninasuria@gmail.com

Insya Allah sebelum Syawal menjelma saya ingin hadiah-hadiah itu sudah sampai ketangan pemenang. Dan jangan lupa ' YOU WERE BOUNDED BY PIF'S RULE'. Dan terimakasih kerana sudi memeriahkan blog ini. Sayang dari kakmOn.

Monday, February 11, 2008

Hari Award Sedunia

Award yang bajanjar(bersusun) tiga ini di hadiahkan oleh Umi-e. Walaupun baru saja berkenal mesra namun ada rasa halus yang melekat di kalbu. Secara peribadi saya memang kagum dengan keunikkan entry yang di tulisnya. Setiap entry-entry nya itu di bingkaikan dengan serangkap pantun seloka. Inisiatif beliau mengenalkan budaya pantun ini ke alam siber amat-amatlah saya sanjung. Memang patutpun di contohi. Takkan melayu hilang di dunia. You are lovable, too.. dear.



Award kek fondant beriben biru ini pulak datangnya dari Puan Norzailina Nordin penulis prolifik Alaf21 dan juga Chef celebrity tersohor. Anugerah ini adalah penghargaan beliau kepada teman-teman bloggers yang sudi meletakkan url mereka kedalam novel terbaru beliau. Hati semakin melonjak-lonjak nak tahu apa lagi kelainan yang ingin di ketengahkan oleh beliau. Sama-samalah kita nantikan novel terbarunya yang akan di keluarkan di pesta buku ICC Berakas Negara Brunei Darussalam pada 25hb feb - 8hb mac nanti. Ada angin yang menderu membawa berita.. Saya mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi yang ke__ ? (hanya tuan badan aje yang dapat menjawab). KakmOn dah tak tahu, anaknya bersusun bantal. Cewah!


SENARAI PENERIMA AWARD putramahkota.blogspot.com / tiffinbiru.blogspot.com / aimandanialafiq.blogspot.com / nadspov.blogspot.com / nurrainaafsana.blogspot.com / mydewisukma.blogspot.com / ernisuhana.blogspot.com / xhansx.blogspot.com / yummylicious-jun.blogspot.com / ninasayu.blogspot.com / hanieliza.blogspot.com / msjbox.com / junaidix.net / intanrosnitta2210.blogspot.com / duniabudin.blogspot.com / rantingperkasa.blogspot.com / dill-cakes.blogspot.com / ruszia.blogspot.com / mersik.blogspot.com / sismimi.blogspot.com / kamelyaemine.blogspot.com / carneyz.blogspot.com / kunadzri.blogspot.com / zawahil-nor.blogspot.com / syimasyawal72.blogspot.com / food-research.blogspot.com / persismutiara.blogspot.com / nulifenusya.blogspot.com / flowerpower7879.blogspot.com / edazman.blogspot.com / sahrulia-partofme.blogspot.com / tiraihidup.blogspot.com / mamafami.fotopages.com / angrianiworld.blogspot.com / kujie2.blogspot.com / umi-e.blogspot.com / bubble-a.blogspot.com / amrani.fotopages.com