Sunday, May 04, 2008

Donut-TATA








Nak Resipi??? Percaya tak kalau saya kata, roti ni donut. Betul! Sumpah. Wallah. Dengan mata bercahaya dan melambai-lambaikan roti baru diangkat dari atas api. (Hikhikhik ada tokoh tak ganti cik Joyah pitpotpitpot tuh *jeling makcik Norlia Ramli kat rumah Opah*)

Memang itu donut. Sebenarnya macam ni, khamis lepas saya TERsibuk banyak siapkan projek GAYAH ENTERPRISE. Demam kek cawan belum kebah-kebah lagi. Tetiba sms kekanda masuk, "malam ani bertahlil rah Acai". Jadi masa yang ciput itu mana sempat nak buat juadah 'melatop'. Nak bawa kek cawan pun belum lagi cukup. Saya selongkar peti Doraemon dapatlah sekotak tepung DONUT NAGO yang sudah lama tak berusik. Tapi belum expired tau!

Baca arahan Mr.Nago. Kemudian campak semua bahan-bahan yang telah disarankan Mr.Nago kedalam mixer. Dan saya biarkan aje Mr.Kenwood menguli. Bila sudah siap menguli, saya rehatkan sebentar doh donut itu untuk memberi ruang dia naik. 30minit kemudian doh itu masih begitu juga. Tak kuasa nak tunggu lama-lama, saya cepat terapkan doh tu dengan pemotong donut. Dapatlah 3dozen donut. Saya tinggalkan sementara saya pergi kerja petang itu. Balik kerja, saya teruja sangat nak tengok DONUT Mr. Nago itu. Lorrrrr. Tak berganjak pun dia. Masih macam tengahari tadi. Aku pun test-try, goreng sebiji dulu. Ehmmmmmm buang karan betul.. Hampes.

Nak dibuang donut tu, terasa sayang pulak. Jadi datanglah akal 'diyamon' kakmOn, lalu donut itu saya gelek dan leperkan. Jadi lah donut-tata. Yah! Donut-tata. Tata donut.. Tataaaa

My confession: Donut Tata ni sedap macam roti Nan India. Kami makan bersama kari rendang udang. Cuma dia terasa manis sedikit. Sebab tepung NAGO itu telah dicampur dengan gula. Selamat mencuba.

No comments: