Saturday, April 18, 2009

15minit Vietnamese Spring Roll berinti Salmon



Inti
1 bungkus Salmon with dill (yang siap sedia, ada dijual dipasar raya)
1 biji tomato segar (dihiris nipis)
1 pohon daun saderi (dimayang)
50 gram cendawan butang segar (yang kecil)
1 bungkus suhon (dicelur dengan air garam mendidih 2minit kemudian rendam dalam air sejuk)
1 biji lobak merah (di parut)
2 biji cili merah segar (dicencang)

Kulit
1 bungkus rice paper (di rendam dengan air suam hingga lembut)

Cara-caranya:
Campur semua bahan sayuran diatas. Kemudian ambil rice paper dan gulung seperti kita membuat popia.







Sos
Chicken Rice Thailand cilli sauce (atau yang sewaktu dengan nya)
Mayonaise
Thousand Island

Homemade Thousand island sauce
2 sudu besar mayonaise
1 sudu kecil sos cili
1 sudu teh daun bawang cencang
1/2 biji jus limau nipis(optional)
Campur semua dan gaul hingga mesra.



Hidangan yang rengkas dan mudah. Sesuai untuk majlis kecil dirumah. Awda boleh menyediakan hidangan ini beberapa jam awal sebelum tetamu datang. Silakan

Wednesday, April 08, 2009

Rahsia Banana-berry




Sudah lama kakmOn berkenan dengan dulang kek ajaib cik Mat Gebu satu waktu dulu. Hari ini kakmOn dah tak menelan air liur lagi.

Psssttttt cik Matttttt! kakmOn pun ada satu tau.. hikhikhikhikhik.. *sembunyikan tanduk tumbuh atas kepala*

Bake to normal



Banana-berry

8 biji telur
3 cawan mentega
3 cawan gula perang(kisar hingga halus)

Ayak bersama-sama:
4 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan serbuk koko

1 cawan buttermilk *susu segar pun boleh
1 cawan stroberi dlm kaleng(dilecek halus) *jem pun boleh
15 biji pisang emas(dilecek halus)
1 sudu makan stroberi emulco

1. Panaskan ketuhar 170degree celcius.
2. Pukul mentega dengan gula perang dengan mesin kek hingga lembut.
3. Masukkan telur, susu dan tepung berselangseli hingga habis (mesin kek diperlahankan kelajuannya). Kemudian pukul lagi tahap maksima dua minit.
4. Masukkan pisang, stroberi dan stroberi emulco. Kaup rata dengan sudip kayu.
5. Tuang adunan kek kedalam dulang khas kek yang bercorak bunga.
6. Bakar dalam masa 35minit atau sehingga kek masak. Tertakluk pada ketuhar masing-masing.
7. Ayakkan serbuk koko diatas kek sebelum menghidangkan.



Maaf lama menunggu. Tiba-tiba kakmOn ada kerja yang kena siapkan dengan kadar SEGERA. Ampunkan kakmOn yah!

Silakan....

Thursday, January 15, 2009

Cheezy Vege Cake

Ini adalah salah satu hidangan semasa famili kakmOn buat parti dekorasi singkat hujung minggu lepas. Dalam masa kecederaan, tak tahu apa nak hidangkan. Jadi kakmOn pun gali lah peti es dua pintu dan kotak Doraemon kakmOn tu, dapatlah hidangan yang langsung tak ada plan induk. KakmOn cuma labok aja benda-benda yang ada dalam stok. Harap pada sesiapa yang sudi tu, silakanlah ye.. Salam sayang dari kakmOn. Rindu pada semua.



1 kg ubi kentang (rebus dan dihiris 1cm bulat)
150gm mentega
1/2 cawan tepung serbaguna
500ml susu segar
500gm keju mozarella
1 sudu teh herba Itali
1 cawan udang
1 sudu makan stok ayam/ikan bilis
1 cawan cendawan butang Australia segar
2 biji lobak merah diparut panjang
1 pohon daun saderi dimayang
6 biji tomato merah dihiris bulat
4 biji cili merah dimayang
Garam secukup rasa

1. Ambil Mangkok casserole dan sapukan mentega dipermukaannya dan susun ubi kentang rapat-rapat diatasnya.Ketepikan.
2. Panaskan mentega didalam kuali non-stick. Masukkan tepung dan masak 30 saat.
3. Masukkan susu segar dan gaul rata hingga licin.
4. Tambahkan garam dan stok ayam/ikan bilis. Gaul lagi hingga mesra.
5. Masukkan keju mozzarella dan gaul hingga rata.
6. Tuangkan krim kedalam mangkok ubi kentang tadi.
7. Taburkan lobak merah, udang, cendawan, tomato, cili merah, herba itali dan daun sederi.
8. Bakar hingga kuning keemasan.
9. Hidangkan sementara panas.