Sunday, January 10, 2010

Dari desa ke kota

Selepas bersarapan, kami meninggalkan desa permai bonda saudara bang Mat menuju kesempadan Lawas Sarawak; iaitu Sindumin Sabah, yang cuma enam minit memandu dari rumahnya.




Suasana di checkpoint Sindumin pagi itu tenang aja. Kami cuma mengambil beberapa minit saja untuk mencop passport dan seterusnya memasuki negara di bawah bayu itu dengan aman.

Dengan berpandukan peta perjalanan, kami terus menyusur dari sebuah desa kesebuah desa yang lain.






Perjalanan yang menyeronokan dengan pemandangan yang hijau seluas mata memandang. Apalagi bagi Leyn dan Lutfan yang pertamakali baru melihat sawah terbentang nan luas, tersusun rapi di depan mata, kelihatan cantik bagai dalam lukisan kanvas sahaja rasanya.








Tika sampai di jambatan besi di pekan Beufort, anak-anak pada riuh bagai jakun, dengan mata yang bulat melihat di seberang sana ada papan tanda, laluan keretapi...









Tiba di bandar KK jam baru menunjukkan pukul 9:30 pagi. Kami menyusuri bandaraya KK dengan mengimbau kembali sepuluh tahun yang lalu. Memang pembangunan bandaraya itu cukup pesat. Gerai-gerai makan di sepanjang jalan di tepi laut  itu sudah digantikan tempat riadah yang baru.





Singgah ke Burger King mengalas perut sebelum checkin kehotel.





Selepas membalun burger yang tak sebesar mana kami meronda gerai-gerai kecil yang ada dekat-dekat situ sehingga hampir masuk waktu tengahari. Dan... aku terjumpa MURAL di celah-celah bangunan di kotaraya KK. Jari amai siapakah ini???



Sampai di hotel, kami disambut denga pakcik Santa. Baru teringat hari ini adalah Hari Natal. Patutpun.. patutpun..







Kamar kami menghadap kelaut. Dari jauh nampak berbalam-balam pulau Menukan dan Memutik. Indah sekali kelihatannya. Hati semakin bergetar.



Sementara mereka yang laki-laki mencari masjid untuk solat jumaat, kami yang perempuan ini terus saja landing, beradu. Sedar tak sedar.. bang Mat sudah berkicau menyuruh kami cepat bersiap untuk mengisi perut yang sudah semakin kuat menjerit.

Setengah jam putar-putar di kotaraya mencari parkir, akhirnya kami dapat satu petak tidak jauh dari restoran 'Resispi Rahsia'. Dengan tidak berfikir panjang lagi kami terus saja masuk kesitu. Ruangan benar-benar padat, banyak yang menunggu.

Minuman dan aiskerim sudah hampir habis kami balun, namun hidangan belum jua sampai sepenuhnya. Cuma ada nasi ayam kakak dan lamb shank stew. Jam sudah menunjukan hampir pukul 3:00 petang. Bang Mat sudah 'merajuk'. Akhirnya kami tinggalkan restoran itu setelah membalun apa yang ada dimeja. BATAL. Wrong timing dear...








Cukup disini dulu yah, nanti... kalau ada waktu kakmOn sambung kembali cerita di pulau itu secepatnya.

Saturday, January 09, 2010

Bayu desa

Aku tidak tahu hendak mula dari mana yah... Sesungguhnya 'percutian sempoi' enam hari kami itu benar-benar sangat manis untuk dikenang.

Kami baru terlepas menyebarang sungai dengan sebuah feri untuk menuju Kuala Lawas setelah masuk waktu maghrib.



Setelah melepasi kawasan bandar menuju ke Kampung Dato yang gelap, jalan kecil itu samakin menggerunkan. Apalagi bila tiada sebuah rumah pun nampak di tepi jalan. Hanya sebuah-dua saja kereta kami temui berselisih di jalanan.

Hingga satu saat kami tersesat sampai kehujung jalan mati. Dengan bantuan orang kampung akhirnya kami sampai jua kerumah bonda saudara bang Mat tika azan Isyak sudah kedengaran berkumandang di udara. Alhamdulillah.



Bonda saudara bang Mat sudah siap menyambut kami di muka pintu dengan hidangan yang sudah semakin dingin kerna lama menunggu.



Wani sepupu kecil bang Mat menghiburkan Leyn dan Lutfan dengan memutarkan cerita cartoon dari VCD.







Pertamakali bermalam di sebuah desa terpencil yang damai sudah membuat hati kami melekat disitu. Sebelum matahari terjaga bang Mat dan anak-anak sudah teruja keluar rumah menuju kejalan aspal di depan yang baru saja siap dibena. Bayu dingin laut dari arah belakang rumah cukup menyeggarkan.







Tidak jauh dari rumah, penanaman anak-anak kelapa sawit sedang giat diungkayahkan.. Memang hijau perkampungan bonda saudara bang Mat itu, cukup membuat kami ingin ziarah lagi kesitu.





Sampai jumpa lagi Wani...

Saturday, January 02, 2010

Selamat tinggal 2009



Tahun 2009 ini sudah terlalu cepat meninggalkan kita... Yah! Aku tidak punya cukup waktu untuk seluruh penjuru.. Oh Tuhannnn.. Berikan ku kelonggaran waktu sedikit lagi agar aku bisa melunasi segala hutang-hutang yang terbeban dipundakku.


Dan terimakasih pada teman-teman yang rajin berkicau di jendela kecil ku. Jua pada yang mereka-mereka yang tidak jemu-jemu meninggalkan kata-kata yang manis di kotak komenku. Aku cukup bahagia membaca kembali walau cuma segaris ayat yang anda tinggalkan.


Aku tinggalkan anda dengan projek terakhir dari toko kecilku sebagai penutup lembaran cerita  2009. Moga dia dapat meniupkan semangat untuk ku kembali berkarya di dekad yang semakin mencabar ini.



Salam maju-jaya 2010 untuk semua.

Thursday, December 24, 2009

Bergumbira

Sekembali ku dari cuti sakit seminggu yang lalu, aku bagai tak cukup oxygen menyiapkan tugas-tugas yang masih tercicir  yang menghimpit pundak ku.. Alhamdulillah.. pagi ini aku sudah siap menghantar kerja-kerja yang ku lutani tiga hari yang lalu.. Cuma masih ada lagi sedikit perkara yang terpaksa ku kemaskinikan petang ini sebelum aku meninggalkan Bandar Seri Begawan.

Insya Allah selepas waktu bekerja kami akan menyusur sungai Berunai menuju ke Sarawak dan seterusnya menyeberang kenegeri di bawah bayu. Harap-harap bang Mat tak akan menukar fikiran disaat anak-anak sudah teruja sangat nak bermain dengan  batu karang dan anak-anak ikan yang berwarna warni di Pulau Manukan.



Dan aku... rasanya aku ingin terus saja terebang kekaki Gunung Kinabalu apalagi bila melihat kembang belakang rumahku sedang berwarna-warni...





Akhir kalam, salam keceriaan semua. Moga anda jua dapat bergumbira dihujung minggu yang panjang ini.

Ooops terlupa pulak..





Aku tinggalkan di sini hasil jari amai ku sewaktu cuti Maal Hijrah yang lalu. Nanti kakmOn sambung ceritanya yah. Daaaaaaaaah... KakmOn pergi dulu.

xoxo
kakmOn

Sunday, December 20, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Hari berganti minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bersalin tahun. Kini... kita sudah di dalam dakapan tahun baru Hijrah 1431. Sebentar lagi tahun baru Masehi 2010 pula akan mengetuk kehidupan kita. Dan nombor-nombor usia jua akan pasti bertukar angka... seperti lembar-lembar angka 'kalender cina' yang dicarik setelah sang mentari pagi menyapa.

Awal-awal pagi lagi anak-anak ku sudah pergi keluar rumah menuju kesebuah pulau kecil untuk meredah hutan daranya dan bermain dengan ikan-ikan di dalam sungainya.. Aku tidak menyertai mereka kerna ingin bermalas-malasan aja di rumah bersama si Jentayuku Leyinah yang teruja dengan mainan yang baru dibelikan semalam untuk ditest-drive pagi ini.



Duduk bertafakur di bawah Rain tree ini adalah sesuatu yang sangat mendamaikan. Bersatu dengan nafas alam dengan aroma pagi yang menyegarkan, kicauan burung-burung meninggalkan sarang, keriuhan ayam-ayam hutan mencari makan. desingan caterpillar bee yang rakus menyedut nectar Jacaranda yang sedang lebat berbunga dibawah pergola.




Salam kedamaian dari kebun belakang.

XOXO
kakmOn

Friday, December 04, 2009

Sedihnya

Dia yang selalu bernyanyi merdu di atas Rain tree itu telah....







Angkara...



Bencinya... rasa nak cekik-cekik aja si meow ni... Uwaaaaaaa