Tuesday, February 23, 2010

Salam seantero

  

Hari ini 23hb Febnruari 2010, negaraku tercinta menyambut hari kebangsaannya yang ke 26. Bermakna sudah 26tahun sejarah itu bersemayam di lubuk hati.

Pertamakali meraikan hari kebangsaan yang gilang gemilang cukup membuat hati kecilku menjadi kembang. Di perut stadium Sultan Hassanal Bolkiah tercipta sejarah. Aku bersama puluhan ribu belia dengan megah membuat persembahan padang yang penuh warna-warni saat itu. Semangat kami meletup-letup bersama bunyi ledakkan bedil diudara. Cukup mengkagumkan.

Kenangan terindah itu tetap jadi satu ristaan zaman berzaman.

[poster.jpg]

...dan subuh tadi anak teruna ku sudah meredah gelap jalan mengulangi sejarah silam itu, mewarnai padang Paduka Seri Begawan pula.



Akhir kalam, salam Hari Kebangsaan buat warga Berunai dimana jua berada. UTARA-TIMUR-SELATAN-BARAT.


p/s Marilah kita bernyanyi bersama-sama...


Brunei tanah air kita
Warisan berkurun lamanya
Budaya Melayu teras bangsa
Islam cara hidup kita

Kita purih pancir mulia
Tabah gagah berhemah tinggi
Bermaruah dan berperibadi
Bersopan sedar harga diri

Masa depan penuh cabaran
Kita ungkayahkan dengan iman
Dengan ilmu bakti setia
Ikhlas amanah kerana Allah

Bangunkan kemakmuran
pelihara keamanan
Teguhkan kedaulatan
Tegakkan keadilan

Junjunglah kebenaran
Hidupkan kerohanian
Ajaran Allah kita turutkan

Tegak bersatu mendukung negara
Brunei sejahtera bumi tercinta
Taat setia rakyat bahagia
Di bawah naungan Sultan kita


Tajik: PURIH BANGSA
Lirik: Shukri Zain
Muzik: Manaf Hj Khamis

Saturday, February 20, 2010

Yang mencuit hati

Salam petang sabtu yang aman. Aku terlupa akan entri yang sudah lama ku simpan dalam draftku ini.

Ingat tak? Perjalanan pulang kami dari Pulau Sapi dalam hujan lebat dan angin kencang. Sehingga boat yang kami naiki mengalami kerosakan. Nasib baik kami sudah selamat sampai kejeti.

Sementara menanti bang Mat melunasi bayaran pada Tuan boat, kami sempat masuk kegerai seni, letaknya betul-betul sebelah tandas awam, di Jesselton Point itu.


Anak muda berkacamata hitam inilah tuan empunya gerai lukisan ini. Aku terkaku sekejap melihat hasil karyanya. Sungguh indah dan menakjubkan.



Aku sempat menyelongkar beberapa buah lukisan still life di atas meja pameran yang dijualnya. Sebuah lukisan kanvas anggerik Borneo dari cat minyak benar-benar mencuri hatiku. Otak kanan ku cepat mengira-ngira RM yang tinggal di dalam dompetku. Ehmmm...



Pun... jari ku masih lagi rancak menyelak selembar demi selembar lukisan yang bertindih-tindih itu. Tetiba gelakku pecah terburai, mengejutkan Tuan gerai itu. Seekor anak orang hutan memandangku dengan mulut terbuka luas, tertawa dengan gigi yang rumpang di tengah, benar-benar hidup, comel terlakar di atas lukisan kanvasnya. Tapi sayang seribu kali sayang... Aku tak sempat mengambil fotonya. Kalau tidak.. pasti kita boleh sama-sama ketawa di sini. Lucu banget.





Hujan makin turun lebat. Aku masih lagi hayal memerhatikan jari pemuda itu menari-nari lembut di atas kain kanvas itu.




Leyn sudah mengiggil kesejukan. Bang Mat masih lagi di dalam kapal bersama Tuan boat itu. Entah apa saja yang mereka bincangkan.



Akhirnya aku cuma mampu membawa pulang lukisan anggerik dari water color aja. Ala Kasssim...

Wednesday, February 17, 2010

Petang isnin yang nyaman



Tahun baru cina bermakna cuti sekolah percuma bagi ketiga-tiga anakku. Kebetulan tahun baru cina itu jatuh pada hujung minggu. Jadi.. bertambah-tambah panjanglah cuti mereka dirumah.

Petang isnin Leyn sudah menjerit kebosanan. Lalu ide 'diyamon' ku datang lagi.

"Jom.. tani picnic n crafting patang ani. Mau?" Aku memujuk.

Mata Leyn sudah berkilau keriangan. "Babu.. tani kepantai mana?" Leyn bertanya tidak sabar.

"Belakang rumah". Aku menjawab spontan.

"Alaaaaaaaa...". Leyn menarik muncung Klavu panjang.



Jadi aku pun kerah kakak menyediakan semua ini. Kebetulan peti es dua pintu kakmOn masih penuh lagi.. Jom kita picnic bersama..




























     新年快樂

Saturday, February 13, 2010

Kebun mimpi

Salam pagi sabtu yang indah. Aku keburu waktu. Tidak sempat beramah mesra dengan anda. Disini ku tinggalkan foto-foto yang indah. Biar mereka yang bicara yah..


















p/s- Ampun kakmOn tak sempat nak berbalas pantun ditingkap itu.


Kepada Kak Azah, kedai Ahpek lama memang spesis yang dah lama pupus :(


Abbot, sungguh bijak tuan hamba berperi, hamba cuma tersandung CAT6 yang berselirat huhuhuhu :(


Ampunkan hamba

Tuesday, January 26, 2010

Pulau Sapi



Salam semua.. Harap anda semua dalam keadaan baik-baik saja yah. Aku sambung lagi cerita 'Ziarah' kami yang tergendala beberapa hari lalu.

Aku tersangat sibuk kebelakangan ini. Terlalu banyak kerja yang perlu ku siapkan dengan kadar SEGERA. Dan aku mahu sebelum tibanya Februari, aku sudah siap untuk satu 'Mega Projek' yang sudah lama kurangkakan. Harap-harap... waktu mahu bersahabat dengan ku. Moga dipermudahkanNYA.

Di sini, aku titipkan foto-foto kami di Pulau Sapi seperti yang aku janjikan. Pulau ini adalah pulau yang tercantik diantara ketiga-tiga pulau yang telah kami singgahi. Anda boleh menilainya sendiri...

Di seberang itu adalah Pulau Gaya Besar. Nampak cantik persekitarannya. Khabarnya di dasar laut diantara kedua buah pulau ini terdapat hutan batu karang yang penuh berwarna-warni. Tidak hairan kalau kita lihat dari Pulau Sapi ini banyak boat mewah yang berlabuh di situ. Mereka sedang menyelam dan bermain-main dengan mahluk Tuhan yang cantik di dasarnya.



Sebenarnya.. kita boleh menyeberang dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya dengan hanya berjalan kaki sahaja. Bayangkan??? Ajaib bukan???

Lihat di bawah ini... anda pasti nampak seperti jambatan di antara dua buah pulau itu kan??Sebenarnya itu adalah kawasan yang tercetik. Di kala air surut, pasir itu bagaikan satu jambatan untuk kita berhubung diantara satu pulau dengan satu pulau yang lain. Sungguh hebat bukan??? Maha besar Tuhan, yang mencipta sekalian alam.



Padahal, hujan turun menyelubungi pulau ini, tapi kami terlalu ghairah dengan penghuni di dasar laut Pulau Sapi ini... cukup memukau.





Lihat... anak-anak ikan berebut-rebut mengambil roti paun yang kami taburkan.. Sungguh mesra alam rakyat jelatanya...








Cuaca semakin buruk. Awan gemawan berkumpal-kumpal hitam. Langit seperti akan mahu runtuh. Akhirnya kami beralah. Dengan langkah yang berat kami tinggalkan segala keindahan ciptaan Tuhan ini dengan rasa bercampur-campur.




Memori indah ini ku lipat, lalu ku bungkus kemas di dalam sanubari. Moga satu waktu... aku bisa bertandang lagi kesini. Yah! Satu waktu...