Tuesday, March 09, 2010

Almari Antik

Ingat tak almari kayu yang kakmOn janji satu waktu dulu? Ingat lagi, kan?

Almari kayu ni sebenarnya warna coklat gelap. Reyma meninggalkannya padaku setahun yang lalu. Almari tua  ini kalau aku tidak mempertahankannya, pasti sudah lama menjadi abu. Aku berkeras menyuruh bang Mat membaikpulih. Tapi bang Mat sudah 'patah hati' bila melihat lantai dan kaki almari itu sudah reput.

Kerna terlalu sayang akan ukiran ala-ala cokmar yang terdapat di kiri-kanan bingkai almari itu, aku terus 'mengusut' bang Mat menukar saja bahagian tulang dan kaki almari yang telah reput itu. Tapi bang Mat tetap menolak. Katanya, "Buang karan saja. Mengasuh anai-anai ada pulang tu.." (~,~)

Tiga bulan..

Empat bulan..

Lima bulan..  

Almari kayu yang berusia hampir empat dekad itu masih 'sangsang-sangsang' disudut patio.

Hinggalah satu oktober yang sepi, bang Mat kerja out-station, lalu penyakit amai pun datang menjengah...

Aku memberus meja makan lama kami dengan kertas pasir dan mencatkannya warna putih polos. Dan kursi-kursi nya juga aku berus menjadi putih semuanya.

Dan...

Persepsi bang Mat pada Almari tua itu pun mula berubah...

Dengan ide cemerlang, bang Mat menukarkan kaki  almari itu dengan bekas pagar tangga kayu yang sudah lama terbiar di bangsal belakang. Tulang lantai yang reput itu pula digantikan dengan tulang frem kayu Nyatoh(lebihan skirting lantai rumah kami). Dan handlenya bekas almari yang sudah lupus(almari soft-board).

Lihat, inilah hasilnya..



Renda chrochet ini hasil jari mak mertua, menambahserikan almari kayu antik ini...



Koleksi set teh comel ini macam sekata saja dengan almari ini..



Dan selepas itu... bang Mat semakin teruja... Kursi kayu yang ingin dibuangnya dulu ini pun sudah bertukar wajah.



Dan lihat lantai patio di bawah ini...




Ajaib bukan??? Hingga satu saat,  mak mertua(mama bang Mat) menegur ku, sungguh pandai bang Mat  'bertukang'. Rahangku jatuh keperut. 


Awwwwww  (@_@)

Salam Hari Wanita sedunia..

Sunday, March 07, 2010

Cucur Bubuk



3 cawan tepung serbaguna
2 cawan air

Adun bahan di atas hingga licin. Kemudian masukkan bahan dibawah ini.

1 kg bubuk



1 sudu makan serbuk kari
3 sudu cili kisar
1 biji bawang besar dicencang
1 pohon daun saderi dimayang
3 biji cili merah dimayang
1 sudu teh serbuk perasa
Garam secukup rasa



Gaul hingga mesra. Jika terlalu pekat tambahkan lagi sedikit air mengikut citarasa. Kemudian goreng dalam minyak yang dalam bersama segengam daun kari, seperti kita mengoreng cokodok. Hidangkan sementara masih panas bersama cili sos.



Anekdot

Salam senua. Sekarang musim bubuk naik. Pasti ada yang sudah beroperasi membuat cencalu dan belacan, kan? Minggu lepas ipar kakmOn memberi sekantung plastik bubuk idup-idup(segar). Oleh kerana masa yang teramat sibuk, aku jadi lupa. 

Lalu tadi petang... aku jadikan hidangan 'malatop' untuk minum petang bersama keluarga. Benar-benar meriah dibuatnya.




  
Himgga ketemu lagi dilain waktu... Selamat menjamu selera. Daaaaaa....

Sunday, February 28, 2010

Pesta Kebun Mimpi



Akhirnya... atas izinNYA pesta Kebun Mimpi menjadi nyata. Terimakasih bang Mat, kakak, abang, adik dan saudara sepusat sepusing yang bersama merealisasikan impian ku, impian kita.. Dan terimakasih semua ayanda dan bonda saudara turut bersama mewarnai Kebun Mimpi. Jua pada sepupu sepapat yang sporting habis.. Aku sayang kamu...














































































Aku benar-benar bahagia. Hadiah hari lahir yang termanis untuk dikenang hingga kehujung nyawa...

p/s - Terimakasih Bro G untuk foto-foto yang indah ini.
Kaksu, Kebun Mimpimu... Kebun Mimpiku jua.. 
Pada semua yang menghantar sms ucap selamat 'itu'  terimakasih sebanyak buih di laut. Sayang semua...