Tuesday, November 30, 2010

Minggu yang mendung

Kepala berserabut. Otak tetiba tepu. Semua kerjaku menemui jalan buntu. Akhirnya kerja DIY yang baru ingin ku mulakan terhenti di situ.



Di luar burung murai sedang riang bernyanyi. Budu-budu sedang rakus menghisap nektar Jacaranda yang sedang lebat mekar di pergola. Ulat gonggong sedang berpesta selepas musim hujan.



Akhirnya aku mengalah terus mengeluarkan tepung dan mentega. Dan 20minit kemudian aroma lemak masin dari mentega dan harum susu  segar bergabung dengan keju parmesan serta herba segala bagai memenuhi ruang dapur.



Selepas usai solat Asar sedulang skon dan seteko teh lemon licin tak bersisa. Kami seisi rumah kenyang bersama ulat-ulat gonggong yan membalun daun-daun bunga hingga gondol.



Monday, November 22, 2010

Aidiladha



Aidiladha sudah beberapa hari berlalu. Namun aku masih tenggelam dalam 'alam merepekku'. Terlalu banyak cerita yang ingin ku kongsikan di sini. Tapi waktu tidak mahu menyebelahiku. Akhirnya inilah saja yang mampu ku tititpkan, di sini.



Dan sepanjang hari Tasyrik, aktiviti ku cuma mengadun gula aising disamping berkunjung kerumah bapa di kampung dan bonda saudara yang membuat majlis korban.



Dan selama tiga hari itu juga aku cuma membawa buah tangan, kek yang mudah itu saja.



Dan di makmal kecilku, aku sedang tekun menhamparkan idea yang datang cukup gemilang.



Dan yang paling mengujakan, sepersalin cara melayu itu dapat ku siapkan dalam waktu yang paling singkat. Alhamdulillah.



Dan kek kahwin tiga tingkat itu benar-benar membuat kejutan yang tidak terjangkakakan.



Akhir kalam, cuti sekolah anda pergi kemana yah?

Thursday, November 11, 2010

Nak. Tak nak. NAKKK











Salam pagi khamis yang barakah. Mood menjahit dah datang, tapi buku-buku setambun kiriman sepupu-sepapat membuat ku teruja berganda-ganda. Apa nak buat ek?

Tuesday, November 02, 2010

Buntu



Selamat malam semua. Sudah lama benda-benda ini ku simpan. Otak tetiba tepu. Bantal dan buku itu... Belek kiri. Belek kanan. SERUPA. Jadi kena buat riadah dulu lah agaknya ek..



Cuba perhatikan buku kat bawah tu. Macam semacam jer. Mula ingat nak pasang butang-butang kat spine. Tapi macam tak sekata pula dengan corak cover buku tu.. Adehhhhhh...



Mungkin aku kena rombak balik cover buku, buat sesuatu yang indah dan nyaman.. Tapi apa yah?



Ada sesiapa yan boleh bantu?

Wednesday, October 27, 2010

Kek Ulang Tahun Leynah



Red Velvet

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.



Filling:
500gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).

Topping:
30biji coklat feraro



Semudah A B C kan? Sekarang pergilah ke dapur, buatlah dengan rasa cinta. Insya Allah kek anda pasti akan lebih sedap dari apa yang aku letakkan di sini.

Sementara anda pergi ke dapur, aku ngopi dulu yah! Daaaaaaaah...



Friday, October 22, 2010

Leyn humble birthday party



21hb Oktober genaplah si-Jentayu ku ini tujuh tahun. Kalau boleh aku tak ingin dia dewasa. Sebabnya? Suka dengan keletahnya yang selalu menghiburkanku. Dialah teman ku bermain tatkala saat-saat bosanku bertandang. Dia juga teman ku bergaduh saat dia degil tak mau turut kata. Dia juga penglipurlara tatkala aku tengah berdukacita. Aduhai anakku, Kaulah racun dan kau jualah penawar. Selamat ulang tahun sayang. Moga jadi anak solehah dan menyenangkan hati ibu dan abah.



Dan semalam aku cuma sempat meraikan ulang tahunnya dengan membuatkan dia sebiji kek velvet berintikan bluberry dan bersalutkan krim keju perisa stroberi. Di atasnya aku susunkan selonggok coklat Feraro kegemarannya. Simple seadanya. Kesian anakku.



Akhir kalam, salam petang jumaat yang barakah. Nanti aku kongsikan resipinya yah!

Wednesday, October 20, 2010

Riuh Pagi Rabu



Sekarang kita sudah berada di bulan Zulkaedah. Sekejap laji rombongan Jemaah Haji Brunei akan berangkat ke Tanah Suci Makkah. Pembantu bang Mat yang ditunggu tidak juga nampak batang hidung. Akibatnya, aku terpaksa jua turun padang membersihkan kebun belakang ini.



Sebelum matahari naik, aku sudah siap mengerjakan tempat kami bersantai yang tidak santai lagi ini. Segala nyamuk, siput, kerangga, balingkasa, katak, nenek cicak, ul... tak payah sebut lah.  Semua mahluk Allah yang merayap itu sudah pun menghuni tempat ini. Adeeeeeeh...



Aku letak garam, belerang, ubat serangga segala bagai jadi pengguris. Harap-harap selepas ni.. tetamu yang tak diundang itu tak datang lagi.TOLONG LAH. Penat.



Akhir kalam, salam riuh pagi rabu.

Tuesday, October 19, 2010

Tolong yah...

Sedang mengumpul koleksi Kek Kahwin Sinah Bisc Brunei. Jika ada yang MASBUK dalam projek ini... Dialu-alukan pada abiskita mengongsikan saat-saat yang manis itu.

Di atas kesudian abiskita itu jua tidak lupa diucapkan jutaan terimakasih.

email me:
ninasuria@gmail.com
or
sinahbisc@yahoo.com









Salam berkreasi dari Rimba Cottage

Sunday, October 17, 2010

Bos! Tunggu. Kasut mu...

Beberapa hari sudah aku demam, tahan-tahan larat. Otakku tepu. Tekakku perit. Hidungku tersumbat. Bang Mat sudah tiga hari ke pelantar minyak sana. Dan tiga hari juga aku madam bagai gasing mengantar dan mengambil anak-anak sekolah, pagi dan petang.  Pak supir yang ditunggu belum jua kunjung tiba. BENCI.

Hari sabtu ada majlis farewell buat bos aku yang akan berpencen hujung tahun ini. Persediaan? Kutipan? NIL. Hingga saat-saat akhir baru terbuka mulut untuk bersuara.   Nasib baik ada teman-teman yang bekerja pantas, memikirkan apa yang patut.

Dan petang khamis itu aku terpaksa manyukat kadai dengan kepala weng semacam. Dua buah pasaraya sudah habis ku selongkar, namun mahluk  yang dicari itu tidak juga ditemui. Hanya tinggal satu harapanku. Hua Ho Manggis Mall.

Sampai saja di bahagian kitchenware, dah ternampak bayang mahluk anak beranak itu. Tapi HALAGANYA? Bikin aku kapih tahap keluar anak poket seluar. Adeeeeeh… 

Dalam keadaan yang masih TIDAK SEHAT itu, ku gagahi jua membuat sebiji kek yang masih tidak tahu apa jadinya.  Aku membuat dengan gerakkan hati dan inspirasi yang diturunkan-NYA jua. 



Akhirnya inilah yang mampu ku bawa untuk majlis yang terhumble di dunia. Sebiji kek replika buku. Messagenya jelas. Bos aku itu adalah pelopor PC-EDIT di kantur ku. Sistem perisian yang pada awal pengenalannya terlalu AMAT memeningkan kepala. Tapi bila sudah digali, perisian itulah yang menyelamatkan 'nyawa' orang-orang yang tengah 'nazak'. Alhamdulillah.

Satu yang mencuit hati ingin ku kongsikan di sini. Bilamana foto-foto kek itu ku pos di FB, seorang teman menggur,

"kakmOn.. everything abt him is nice.. cuma mana pergi dia punya kaki?


Hahahaha.. Aku baru perasan yang bos aku tidak sempat ku pasangkan stocking dan kasutnya. Adeeeeeh..





Akhir kalam, salam petang minggu.

Thursday, October 14, 2010

Mengali Khazanah Jari Dang Amai

Salam pagi khamis. Aku kurang sehat sikit sejak kemarin lagi.. Menelan dua biji panadol dan ubat batuk Madu Gamat mengharapkan agar tekak lega sedikit. Di luar panorama sungguh menakjubkan.

Walau diserang panas-dingin tapi hati berkobar-kobar ingin membuat sesuatu yang lama terpendam. Jadi, aku  layan sahaja mood mengejar mimpiku itu. 

Khazanah-khazanaj ini adalah sumber inspirasi. Doakan aku mendapat idea melimpah ruah.




























Sampai ketemu lagi. Sayang semua.