Thursday, June 07, 2007

Boun appetito

Catatan Yagan:-

Risotto adalah hidangan tradisi orang Itali iaitu sejenis nasi. Sama seperti hidangan nasi orang-orang melayu kita jua. Cuma cara penyediaan dan rempah ratus didalamnya membezakan kita. Begitu juga tekstur risotto dengan nasi putih kita sangat ketara perbezaannya. Risotto lebih berkanji dan berkrim. Manakala nasi putih kita kering dan lembut. Tapi walaupun dia agak lembab, tekstur nasi itu masih terasa mengkal dikunyah. Inilah kelebian beras Itali(Aroborio).

Memasak risotto banyak mengambil masa kita. Kita tidak bolih meninggalkan seperti mana memasak nasi putih kita. Dari mula kita menumis berasnya hingga ia menjadi empok dan berkrim. Kita terpaksa tekun menanganinya sehingga proses memasak selesai. Namun kelelahan itu berbaloi apabila menikmati hidangan yang memang ternyata lazat itu.

Kajayaan memasak risotto itu bergantung pada bahan-bahan dan cara kita menyediakanya. Ini adalah beberapa tips yang di perturunkan oleh sebuah article yang telah saya baca dan praktikan.

Pastikan suhu air stok sangat panas(suhu mendidih), sepanas beras yang kita tumis itu.
Gunakan heavy pot untuk menumis bawang dengan mentega mengelakan dari bahan-bahan itu tidak hangus.

Biasanya orang Itali akan menambahkan cognaq(liquor) atau dry white wine pada peringkat permulaan menambahkan cecair kedalam beras yang ditumis. Anda bolih menukar bahan ini dengan jus buah-buahan(jus anggur misalnya) atau dibuang langsung.

Menambahkan air stok sedikit demi sedikit; sama paras air stok dengan beras . Kacau selalu supaya dia tidak melekat dan hangus. Bila sudah sedikit kering baru menambah lagi air stoknya. Selalunya proses ini akan memakan masa 8-10minit, tertakluk berapa banyak bahagian yang kita masak.

Masukkan bahan-bahan sampingan; herba, sayuran, makanan laut, ayam ataupun daging pada proses akhir memasak. Biasanya 5minit sebelum kita mengangkat periok itu dari dapor.

Menambahkan mentega dan keju pada saat akhir memasak juga akan menambahkan perisa risotto kita. Disinilah kejayaan penyediaan risotto yang lazat, lembab dan berkrim.

Risotto sama dengan menyediakan pasta. Kita hendaklah menyajikan terus ke meja hidangan setelah diangkat dari dapor. Kalau kita lambat, risotto itu akan menyerap kandungan air mengakibatkan hidangan kita akan menjadi lembik dan tidak berkrim. Atau lebih tepat lagi; bagaikan nasi telah menjadi bubur.


Brodetto, resipinya ada dirumah sebelah.


Bake Mushroom Risotto versi melayu


4 cawan Arobio rice
5 cawan stok seafood(yang panas mendidih)
1 cawan fresh grape juice(saya guna Royal Select brand)

1 cawan keju Romano
1/2 cawan double cream(bolih gunakan krim nestle)
1 cawan mushroom(dihiris nipis)
15 ulas bawang putih di cencang

2 sudu besar minyak zaiton
4 sudu besar mentega(saya guna Lurpak)


Cendawan

1. Tumis separuh bawang putih dengan 1 sudu besar minyak zaiton hingga kekuningan.

2. Masukkan cendawan(oyster) dan tumis sebentar sehingga keluar jusnya.

3. Masukkan double cream dan renihkan sebentar.

4. Masukkan lada hitam, masak lagi sebentar dan angkat.


Risotto

1. Panaskan mentega dan minyak zaiton dan tumis separuh bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan beras, goreng hingga beras meresap minyak(kira-kira 3-4minit).

3. Perlahankan api dan masukkan air stok + jus anggur kedalam beras sedikit-sedikit. Pastikan beras tidak kering dan hangus.

4. Masakklah sehingga air stok habis(kira-kira 15minit) dan angkat terus.

5. Tuang nasi kedalam mangkok casserole dan ratakan.

6. Taburkan diatasnya cendawan yang dimasak awal tadi dan taburkan keju Romano.

7. Bakar 6-8minit dengan suhu 250darjah celsius.

8. Hidang sementara panas.


Nota: Hidangan ini cukup untuk 10-12 orang. Rasanya lembab dan penuh berkrim. Makanlah bersama brodetto atau ayam panggang. Anak-anak anda pasti menyukainya.

4 comments:

NURAZZAH8 said...

alahai kakmOn, geramnya saya tengok semua masakan kakmOn ni, saya kalah lah ... sbb saya kurang sikit dalam bab masak-memasak nih...
tapi tgk sulaman tu pun saya geram...mmg saya minat sangat tapi tak de masa....

Nina Suria said...

nurazzah8;
selamat dtg kak, a'ah memang masa membuat kita tersangkut dimana2..

rasa nak layang surat cinta aje pd bos..:(

sonok tinggal kat umah aje :D

Faizah said...

Salam kenal Nina...
Waa..best blog ni..byk resepi..
Awak org Brunei ke?

Saya pernah ke Brunei dan bakal ke sana pada 25 julai nanti..my parents in law tinggal di sana...

Nina Suria said...

salam kenal gak faiz, a'ah betul la tu org barunai :)

kenapa inda time perkahwinan diraja ani.. esok ade perarakan besar pengantin diraja dijalan tutung hingga menuju bandar seri begawan