Monday, March 10, 2008

Buku Untuk Masa Depan


Pada hari penutup itu banyak booth yang melelong buku-buku stok lama mereka. Paul Elizabeth menjual buku-buku hard cover nya dengan harga yang terendah. Di antaranya; buku Enid Blyton, Foods, Decorations, Arts, Plants dan bermacam-macam lagi. Apalagi aku yang memang suka dengan cerita Enid Blyton ni terus menyabar semua buku-buku tersebut. Begitu juga booth DBP, PDI, Muzium dan Pusat Sejarah menawarkan pelbagai buku-buku ilmiah yang cukup menarik untuk di buat koleksi. Angkut punya angkut, tak sedar dompet ku kempis.. Ceh!


Diantara buku yang di jual dengan harga serendah BND2.00


Bilakah agaknya saya dapat menghabiskan membaca buku-buku ini. Buku-buku yang ku beli di Pesta Buku tahun lepas pun belum lagi khatam ku baca.

No comments: