2 cawan pulut hitam(direndam minima 1jam)
3-4 liter air
2 cawan santan pekat
Secubit garam
1 ketul gula Melaka dicencang halus(saya guna gula anau)
3 lembar daun pandan wangi(di mamar)
1. Masak pulut hitam bersama air hingga empuk (masukkan daun pandan bila pulut hitam setengah masak).
2. Masukkan gula Melaka dan garam.
3. Masukkan santan dan masak lagi sebentar.
4. Angkat hidangkan sementara panas.
Nota Yagan: Ampun, saya tak dapat berlama-lama disini. Masih ada lagi kek cawan yang kena siapkan malam ini. Rasanya, saya benar-benar kehilangan tenaga. Penat ya ampun :(
2 comments:
salam kakmon..mintak sikit bubur tu, saya datang bawak mangkuk besar nih...
walaikumsalam rozie, wah dah lama tak nampak bulu mata purple mu, dah abis bercuti ka??
Bubur tu kalo nak satu kawah pun boley, amik aje ler :p
Post a Comment