Saya membuat kek ini tiga hari. Bermula khamis malam dengan membuat cake topper iaitu pengantin lelaki dan sambung lagi pagi esoknya dengan pengantin perempuan. Di sebelah petang saya membuat 1.5kg rolled fondant bersama anak dara saya. Kami bergilir mengadun gula aising yang likat dan keras itu. 10 minit mengacau anak dara saya sudah angkat tangan. Saya mengambil tempatnya dan mula mengacau pantas, takut rolled fondant itu berketul. Bila sudah keras sangat, saya keluarkan dari kuali dan terus menguli diatas papan pencanai. 15 minit saya menguli rolled fondant itu baru terasa lembut dan elastik. Tangan dan bahu saya sudah terasa sakit amat.
Bila rolled fondant itu sudah nampak licin dengan Bismilah saya pun mula membungkus kek coklat yang pertama(kek tingkat atas). Sizenya cuma 3"x3"x3". Tangan saya mula 'kajar-kajar'(menggeletar). Takut sesangat. Alhamdulillah, akhirnya kek coklat itu kemas saya bungkuskan. Cuma ada sedikit kesilapan, saya menggeling terlalu nipis rolled fondant itu. Bayangan kek coklat dibawah lapisan fondant itu ketara jelas. Anda pasti nampakkan?
Kek yang kedua 8"x8"X3", saya sudah tahu tekniknya. Saya cuba tebalkan 1cm rolled fondant dari yang pertama tadi. Kek itu berjaya saya bungkuskan dengan lebih kemas dan halus.
Saat yang paling mendebarkan adalah bila saya meletakkan kek kecil itu diatas kek besar. Saya ngilu. Takut kek itu 'tarpariduk'(runtuh) seperti kek yang terdahulu saya buat. Alhamdulillah saya berbisik sekali lagi didalam hati bila melihat kek itu cantek berdiri.
Kini cuma tinggal meletakkan sepasang pengantin itu. Oleh kerana saya tidak mempunyai CMC glue, saya tusukkan cucuk sate didalam badan pengantin itu supaya dia tegap duduk diatas kek itu. Setelah pengantin itu siap saya dudukkan, saya membuat sebuah buku lagi untuk menulis message si penempah. Sedar tak sedar rupanya sudah tengah malam. Saya berhenti dan memasukkan kek 90% siap itu kedalam almari kaca yang tertutup rapat.
Pagi sabtu saya keluarkan kembali. Ya Allah! pengantin lelakinya tumbang sedikit kekiri. Pengantin itu belum cukup kering dan berat sangat untuk sebatang cucuk sate. Pelajaran yang ketiga yang wajib ku perbaiki; keringkan dulu cake topper sebelum diletakkan keatas kek.
Sementara menunggu anak-anak bersiap untuk kesekolah, saya sempat meletakkan bunga-bunga fondant untuk menambah-serikan hiasan kek tersebut. Saya tinggalkan kek tersebut diatas meja dengan menumpukan hembusan angin air-conditioner tepat kearah kek tersebut. Saya ingin kek itu cepat-cepat kering dan keras.
Tengahari saya balik kerja saya terus menyambung lagi mendandan kek tersebut untuk final touch. Pukul satu petang kek itu siap 100%. Alhamdulillah, saya bersyukur kepadaNYA telah memperkenankan doa ku.

11 comments:
alahai..lawanya pasangan tu..
akak buat ke kek tu..?comelnya..
comelnya pasangan pengantin k.mon bersanding....serba putih temanya..
macam pinang dibelah dua pengantinnya.
penat gak mak andam nak siapkan pengantin dgn pelamin....tabiklah kat mak andam...hasilnya cantik sekali.
psst; k.mon, lepas nguli fondant kena cari tukang urut tangan tu..he..he..
Uwaaaaaaaa.. Kak MOnnnnnn!!! nak atu.. nak atu... KakMonnnn... cantik bangat... Jid nak curi letak kat forum 'masakan' Jid boleh?
Kak Monnn.. pengantin lelaki tu mcm senget ke kiri macam nak jauhkan diri dari bini popeye tu la...depa kena kawin paksa ke?opssss.. hehehe..
Faizah
Kek tu memang dari jari amai kakmOn, Alhamdulillah berhasil jua akhirnya. Tapi bahu dan tangan kakmOn masih sakit sampai hari ini :D
mamasya
terimakasih sayang, kakmOn buat dengan penuh jiwa dan rasa supaya nanti empunya kek dapat mersakan kasih sayang anak2 beliau hehehe
walau sakit bahu dan tangan namun rasa puas dan bahagia sarat dlm diri kakmOn, apalagi bila sipenempah berpuas hati, Alhamduillah semua atas kehendakNYA jua :)
AkuP
betul la tu, pengantin lakinya dikawin paksa gitu muahahaha
I lap U hundred thousand million :p
p/s ko amik aje la bawak balik
very nicelah, kak mon! looks so professional! lawa! Bisai! :)
kak mon, menjawab soalan kak mon:
kediaku lahir di brunei. mama ku org tutong. bapa ku org perak. dulu my parents mengajar di brunei - my dad di PTE/Maktab Duli, my mum di Maktab Sains. some time in 1991, my family returned to m'sia.
lihat di sini:
http://zufayri.fotopages.com/?entry=1412087
salam, kak mon. saya jarang-jarang masuk ke sini tapi sekali dapat masuk, terpukau pada kek sesuci kasih ini... suka baca pengalaman mencabar menyiapkan kek ini. tahniah kak mon
http://zatidhati.fotopages.com
ummi zufayri
salam jumaat terimkasih dtg bedudun kemari, patut tah lastip skiping bonai :D
btw bapa ummi yg mana satu, entah2 dia guru kakmOn taim diPTE dulu tak?? kakmOn nampak nama DP Wahab jek
zati dihati
terimakasih jugak sudi singgah, kakmOn ni budak baru belajar,manalah dpt nak tanding jemari zati :)
pssst kalau ada yang salah tolong tunjukkan, salam perkenalan kakmOn hulurkan ;)
kak mon, bapaku Cikgu Hj Baharum Alang Yaakub. mamaku Cikgu Hjh Saedah. Familiar kah?
Post a Comment