19.10 - Haji Zaki
21.10 - Leyinah dan Ikwan
24.10 - Aunty Kiah
31.10 - Bungsu Nonong
Hari ini si jentayu ku Leyinah genap lima tahun usianya. Dia sudah menghitung hari sejak berbulan-bulan yang lalu. Setiap kali saya membuat kek fondant yang ditempah pelanggan pasti dia seksokseksok dibalakang nak sebiji macam tu. Dream cakenya jadi berubah-ubah setiap masa.
Terakhir, saya membuat kek tiga tingkat untuk sepupu saya yang bertemaka Hari Raya. Saya tambahkan tiga anak dara ceomel bergaya dengan baju raya untuk menampilkan sausana raya pada kek tersebut. Salah seorang dari mereka sempat saya sisipkan sampul hijau di tapak tangannya. Kek tiga dara itu benar-benar memikat Leyinah. "Babu... Leyn mau kek besdey camani.. Bulih???" Sambil menarik-narik tangan ku. Saya cuma angguk saja. Matanya mula berkelip-kelip kegirangan.
Akhirnya pada jumaat itu dia merengek nak kek hari jadinya 5 tingkat serba berdiri. Hahahahaha si kecil ku itu semakin tinggi fantasinya. Manalah saya mampu menyiapkan kek setinggi itu. Sedangkan hari jumaat itu ada dua biji kek hari jadi bersama 200biji kek cawan lagi yang mesti saya siapkan dengan kadar SEGERA.
Dengan masa kecederaan itu saya cuma sempat membuat tiga tingkat kek fondant biru air laut untuk dikongsikan kepada saudara sepusat sepusing dan sepupu sepapat yang menyambut puja usia bulan oktober ini.

Maaf sayang, tunggu babah balik babu buatkan satu lagi untuk Leyinah seorang. Selamat hari lahir moga menjadi anak yang solehah dan mengembirakan babu-babah dunia dan akhirat.
3 comments:
Salamat hari lahir buat si Jentayu Cilik... Semoga menjadi anak solehah dan sentiasa dipayungi rahmat Ilahi.... Ameen...
-Salam penuh kasih peluk Shium-
Babu Jid
Salam K.Mon
Happy belated birthday Leyinah...semoga tetap comel...
Happy birthday jugak buat yg lain.
Cantik kek birthday K.mon buat ni...sure birthday boy and girl suka.
rasa baru aja Leyinah sambut birthday dgn kek princess...dah sambut birthday ke 5...sekejap aja masa berlalu...
psst; saya dah update citer beraya rumah K.Mon...
selamat berhujung minggu...
waaa...lawa sungguh kek2 nya..berkenan sgt sbb jrg tgk keknya bertingkat begitu..bagaimana ye buat tingkatnya begitu...saya ni br bljr dan suka benda baru..teruskan ye berkarya begini
Post a Comment