Thursday, January 15, 2009

Cheezy Vege Cake

Ini adalah salah satu hidangan semasa famili kakmOn buat parti dekorasi singkat hujung minggu lepas. Dalam masa kecederaan, tak tahu apa nak hidangkan. Jadi kakmOn pun gali lah peti es dua pintu dan kotak Doraemon kakmOn tu, dapatlah hidangan yang langsung tak ada plan induk. KakmOn cuma labok aja benda-benda yang ada dalam stok. Harap pada sesiapa yang sudi tu, silakanlah ye.. Salam sayang dari kakmOn. Rindu pada semua.



1 kg ubi kentang (rebus dan dihiris 1cm bulat)
150gm mentega
1/2 cawan tepung serbaguna
500ml susu segar
500gm keju mozarella
1 sudu teh herba Itali
1 cawan udang
1 sudu makan stok ayam/ikan bilis
1 cawan cendawan butang Australia segar
2 biji lobak merah diparut panjang
1 pohon daun saderi dimayang
6 biji tomato merah dihiris bulat
4 biji cili merah dimayang
Garam secukup rasa

1. Ambil Mangkok casserole dan sapukan mentega dipermukaannya dan susun ubi kentang rapat-rapat diatasnya.Ketepikan.
2. Panaskan mentega didalam kuali non-stick. Masukkan tepung dan masak 30 saat.
3. Masukkan susu segar dan gaul rata hingga licin.
4. Tambahkan garam dan stok ayam/ikan bilis. Gaul lagi hingga mesra.
5. Masukkan keju mozzarella dan gaul hingga rata.
6. Tuangkan krim kedalam mangkok ubi kentang tadi.
7. Taburkan lobak merah, udang, cendawan, tomato, cili merah, herba itali dan daun sederi.
8. Bakar hingga kuning keemasan.
9. Hidangkan sementara panas.

Saturday, January 03, 2009

Kurma Madinah barakah



Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tamarNYA sebagai pelindung dan perisai dari racun dan sihir. Jika kita makan tujuh biji tamar-tamar itu sekaligus diwaktu pagi maka dengan izinNYA tiadalah kita terkena racun ataupun sihir pada hari itu.

Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Barangsiapa makan tujuh biji tamar dari yang terdapat diantara dua gunungnya(Madinah) ketika waktu pagi, racun tidak akan memudaratkannya hinggalah ke petang hari."


-Suasana dikaki Gunung Uhud-

Friday, November 07, 2008

Salam Wida


RestQ Biscuit
1 kotak biskut mini crackers
250g krim keju(suhu bilik)
250g krim putar
1 paket cheese slice(optional), 1 slice dipotong 8
100g keju parut Cheese Cheddar
1 tin Black Cherry filling(optional/boleh diganti filling kegamaran)
1. Susun biskut crackers diatas dulang. Letakkan slice cheese diatasnya. Ketepikan.
2. Pukul krim keju hingga lembut(1-2minit)
3. Masukkan krim putar dan pukul lagi hingga gebu(3minit)
4. Paipkan krim keju keatas biskut diatas dengan membuat lingkaran dan lubang ditengahnya.
5. Istikan lubang ditengah itu bersam black cherry.
6. Hiaskan dengan parutan keju. Hidangkan serta merta.
Nota Yagan:
Salam buat pembaca semua. Dari lubuk hati yang paling dalam, saya memohon kemaafan kepada kakak-kakak, adik-adik, teman-teman dan tetamu blog ini semua. Saya memang tidak dapat melunaskan janji-janji saya disini. Emel-emel sahabat-sahabat yang menunggu jawapan dari saya, ampunkan saya eena, Tun Zareda, Ellieze de Heart, kak Narzalina Othman, Vivian, Ally, Ida dan nama yang tak sempat saya catatkan disini. Insya Allah ada waktu saya akan berkongsi resepi Sinah Bisc disini.

Pada yang bertamu dijendela, terimakasih seluas langit yang terbentang kerna masih sudi lagi memeriahkan rumah saya walau saya tidak sempat ber'hai-hai' dan ber'bai-bai' seperti biasa. Terimakasih Aishah-UmiAqil, Ummi, Jun, Hana, Mamazieza, Mamasya, Zuhri, Sapurah, Sayang79, diva hantu, Natrah, Zaiful, Mat Gebu dan pada semua tetamu sepiku.

Saya dalam keburu waktu. Tekanan kerja rumah dan kantor yang menggunung membuat nafas saya semakin singkat. Langkah saya tersekat-sekat. Ampunkanlah saya. Mungkin inilah entri terakhir dari saya pada musim 2008 ini. Doakan semoga Allah memberi kelapangan urusan saya, dunia dan akhirat.

Saya terpaksa pergi dulu, ada cerita yang saya kongsikan
disebelah. Pergilah kesana. Moga Allah melapangkan dan merahmati perjalananku. Amin Ya Raballalamin.

Tuesday, October 21, 2008

October birthday

17.10 - Hakeem, Ogy dan Aqil
19.10 - Haji Zaki
21.10 - Leyinah dan Ikwan
24.10 - Aunty Kiah
31.10 - Bungsu Nonong








Hari ini si jentayu ku Leyinah genap lima tahun usianya. Dia sudah menghitung hari sejak berbulan-bulan yang lalu. Setiap kali saya membuat kek fondant yang ditempah pelanggan pasti dia seksokseksok dibalakang nak sebiji macam tu. Dream cakenya jadi berubah-ubah setiap masa.

Terakhir, saya membuat kek tiga tingkat untuk sepupu saya yang bertemaka Hari Raya. Saya tambahkan tiga anak dara ceomel bergaya dengan baju raya untuk menampilkan sausana raya pada kek tersebut. Salah seorang dari mereka sempat saya sisipkan sampul hijau di tapak tangannya. Kek tiga dara itu benar-benar memikat Leyinah. "Babu... Leyn mau kek besdey camani.. Bulih???" Sambil menarik-narik tangan ku. Saya cuma angguk saja. Matanya mula berkelip-kelip kegirangan.

Akhirnya pada jumaat itu dia merengek nak kek hari jadinya 5 tingkat serba berdiri. Hahahahaha si kecil ku itu semakin tinggi fantasinya. Manalah saya mampu menyiapkan kek setinggi itu. Sedangkan hari jumaat itu ada dua biji kek hari jadi bersama 200biji kek cawan lagi yang mesti saya siapkan dengan kadar SEGERA.

Dengan masa kecederaan itu saya cuma sempat membuat tiga tingkat kek fondant biru air laut untuk dikongsikan kepada saudara sepusat sepusing dan sepupu sepapat yang menyambut puja usia bulan oktober ini.



Maaf sayang, tunggu babah balik babu buatkan satu lagi untuk Leyinah seorang. Selamat hari lahir moga menjadi anak yang solehah dan mengembirakan babu-babah dunia dan akhirat.