Alas meja benang sungkit itu di anyam mak mertua. Dulu-dulu wanita Berunai rajin membuat kerja tangan seperti ini. Saya masih ingat di waktu kecil arwah mak sanggup melabur demi mendapatkan benang berkualiti hingga ke Labuan. Bahkan beliau jugak sanggup membeli buku panduan menyungkit yang cuma ada bahasa cina atau pun Jepun. Dengan melihat rajah sahaja tanpa memahami step yang di tulis bahasa asing itu beliau dapat meniru dan mereka corak-corak yang pelbagai.
Bila tiba Hari Raya keluarlah hasil tangan beliau ini untuk memeriahkan bilik tamu kami. Bukan rumah kami saja, bahkan semua di rumah-rumah jiran kami mempunyai alas yang hampir serupa.
Kain merah yang bertekat kain warna emas itu di sulam dengan tangan. Sulamannya sungguh kemas dan teliti. Seolah-olah di jahit dengan mesin jahit 'edging' yang sekarang ini. Sebenarnya banyak 'embalisment' kain itu telah jatuh. Misalnya cermin bulat dan manik-manik yang di perbuat dari kertas parda dan biji-bijian tiada lagi. Kain ini telah di pasang di atas pelamin mak mertua saya ketika dia bersanding. Nostalgikkan???
Saya memang menghargai warisan lama orang tua kita. Mungkin anak-anak remaja kita masih belum dapat menilai erti warisan sebenar. Sebab itu lah mereka cepat melepaskan barang-barang lama kepunyaan keluarga. Saya memang tidak pernah malu memohon benda yang tidak lagi di gunakan oleh mak mertua saya. Misalnya bakul yang sudah bocor itu. Kalau di lihat dari mata kasar memang tiada keistemewaannya. Tapi saya melihat bakul ini dari pandangan yang berbeza. Pertama cerita di sebalik bakul itu dan kedua jangka waktu bakul itu. Saya memang suka melihat kebelakang. Sebab itu saya sangat suka dengan sejarah. Sejarah membuatkan saya tidak lupa diri...
9 comments:
salam nina,
jahrera duduk kat lantai kalau nina bentangkan kain kait itu.
aiiiik??? klela takut kena antu kain merah tu ka??? adik nina pun ngeri nak sentuh benda antik tu.. dia seram semacam hahaha :D
salam kakmon,lamer dahhhhh baru dapat leave msg kat sinehh....x taw ler naper,,hepi new year to akak sefamily k.
Nina; Kak Sri dulu-dulu masa anak dara memang ada belajar kait mengit benang bulu kambing. Kemudian belajar juga jahit smoking. Kak Sri dulu guru sementara kelas orang dewasa - mengajar menyulam, jahitan tangan untuk leher baju kurung dan lain-lain. Sekarang ni dah kekok sikit - pelan-pelan bolehlah, tapi dah tak secantik dulu.
Oh ya, salam tahun baru untuk Nina sekeluarga.
Selamat Tahun Baru utk KakmOn & famili. Semoga sentiasa diberi kesihatan, keceriaan dan sentiasa berada dlm perlindunganNya, Insya'allah.
cik wan
testing??? hahaha cik wan pandai sediakan payung sebelum ujan ;)blog-blog skang nih dah meroyan smcm, ntah bumbu cacing apa lg yg kena tambah, naik muak kakmOn dibuatnya..
kadang taim kita tulis n3 panjang2 ngan idea meletop2, bila siap publish tetiba dia ilang lak.. huis buang karan tul.
alamak panjang lak kakmOn.. ampon. Salam 2008 semoga membawa keceriaan seisi keluarga
wah kak sri memang perempuan melayu terakhir, bukan saja pandai menulis, memasak.. menjahit dan menyulam pun terror jugak. Tabik spring nina.
kita bab mengait ni cuma pandai buat rantai aje, yg pattern bunga-bungaan tu tak pandai menjadi sebab nina tak pandai metik2, salah itung -ahak-
salam 2008 kak sri semoga semakin meletop2 idea menulis ;)
bro rozzan terimakasih jugak atas doa yang syahdu itu ;) kakmOn pun harapkan yang baik2 aje buat rozzan dan keluarga..
psssttt 2008 ni tak nak berkunjung ke berunai ke??? tahun ni tahun melawat Brunei tau.. Dazzling Light Festival kat Jerudong Park sungguh memukau, jom arrr sebelum tarikh tutup 6 jan 2008(mcm tiket nik bas aje kakmOn wat promo kan??)
hisssy terpaksa jawab satu-satu takun comment kena telan ulat gonggong lagi..
Alhamdulillah smua dah selamat. Harap 2008 blogspot ni dapat meningkatkan perkhidmatan yg gemilang lagi terebang.. ooops maaf kita cilok budin nya quote
Post a Comment