Thursday, December 13, 2007

Nasi Briyani Oren



Aidiladha tidak lama lagi menjelang. Walau di Brunei Aidiladha ini tidak disambut dengan warna warni seperti Aidilfitri, namun masih ada yang meraikannya dengan ibadah korban. Di mana sanak-saudara yang jauh dan dekat bermucang-mucang(bergotong royong) menyiang daging kerbau/lembu yang baru disembelih sambil menjamu selera yang disediakan tuan rumah.

Jika masih kelabu nak masak apa di pagi Aidiladha ini, saya berikan sedikit idea untuk abiskita(anda) mencubanya. Kita masak nasi dulu ye..

1kg - 2kg beras Basmati rendam sejam dan toskan
Stok ayam/daging (air rebusan yang panas) secukupnya

Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5" halia muda

Bahan Tumis:
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
7 kuntum bunga cengkeh
3 kuntum bunga lawang
1oogm/1 paket rempah Briyani SHAN
2 sudu makan rempah kari ikan ADABI(optional)
5 lembar daun limau purut dimayang
2 biji jus oren sunkist(atau yang sewaktu dengan nya)

2 biji buah pala ditumbuk halus
1 cawan minyak sapi(GHEE)
1 tin susu cair

Bahan Tabur:
1 cawan kismis hitam
1 cawan kacang jagus digoreng atau bakar dalam oven tanpa minyak
3 biji oren sunkist dihiris bulat atau ikut selera
10 biji Tangerine
1 biji capsicum merah di potong dadu
3 biji tomato di hiris bulat
1 biji lobak merah di parut panjang(guna pisau peeler)
1 pohon daun saderi

Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan rempah hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan rempah briyani, kari, jus oren dan buah pala. Masak lagi 2minit.
Masukkan beras basmati dan gaul hingga rata. Masak lagi sebentar.
Masukkan stok ayam/daging dan tudungkan periuk kemas. Biarkan hingga airnya kering tapi jaga hangus.
Masukkan susu cair dan taburkan kismis tutpkan kembali tudung periuk kemas-kemas. Perlahankan api, sekecil-kecilnya. Kalau boleh alas api dengan tudung belanga yanng sudah pencen. Baru diletakkan periuk nasi diatasnya. Supaya nasi kita tidak hangus.
Bila masak susunkan dengan bahan tabur mengikut selera. Nah! hidangan ini sudah pun tersedia. Walah.

Nota Yagan:

Sukatan beras dan stok mestilah sama atau lebihkan sedikit mengikut citarasa. Umpamanya 4cawan beras dan 4cawan air stok.

Abiskita boleh juga menggunakan rice cooker, step menumis gunakan kaedah biasa iaitu memasak dalam kuali dan diatas api. Kemudian pindah beras dalam rice cooker dan masukkan air stok. Dan masaklah seperti biasa. Kita tak khuatir lagi nasi akan terlebih hangus.

Sebenarnya resipi ini kakmOn beri nama Nasi Briyani Kapitan Cina. Tapi tak sesuai pulak di bulan Haji ini kan???. Mungkin kakmOn terpaksa tunggu Gong Xi Fa Cai kut.

3 comments:

Leyla Shuri said...

salam nina,
cantik, cantik, senang aje masakan bryani ini. Saya yang serba nak senang ini memang suka lambungkan semua dlm rice cooker isk.

umi_e said...

ermmmmm mengancam sungguh masakan kakMoN eekkkk kalau gi Brunei leh ke singgah umah kakMoN;)

Nina Suria said...

wa'alaikumsalam klela
a'ah memang sonang, kita pong selalu campak2 aje dlm rice cooker.. apalagi taim bulan mengembang penuh.. 1001 hormon yg pelik2 membuat kita bertambah mim alif lam sin :D

btw comment box klela mcm biskut gitu, nak ikut berkicau pun tak boley

umi_e
boley kecik tapak tangan padang futsal bakang umah kakmOn tadahkan, psssttt kalo sampei bonai koling2 la ek, kang tak pasai2 kakmOn idang aing tehi(air teh bujang)saja :D