Thursday, February 14, 2008

Blooming day


Kek Cawan Kembang Setaman
250g mentega
250g krim keju(suhu bilik dan di dadu)
250g gula perang(light brown sugar)
125ml butter milk(whole milk pun ok)
5 biji telur
*1 sudu makan bicarbonate of soda
*1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk badam(ground almond)
1 biji epal di parut kasar
1/2 biji lobak di parut kasar
1 biji oren(ambil zest dulu kemudian baru ambil juice nya)
mangkuk kertas muffin secukupnya
Nota: Satu dan ayakan bersama bahan [*].

1. Mentega dan gula perang di pukul hingga gula hancur.
2. Masukkan krim keju dan pukul hingga sebati dan licin. Turunkan kelajuan mesin.
3. Masukkan kuning telur satu-satu.
4. Masukkan bahan kering dan butter milk berselang seli hingga habis.
5. Masukkan buah-buahan dan zest oren, kaup dan balik-balikkan hingga rata.
6. Isikan mangkuk kertas muffin dengan adunan kek 3/4 penuh. Bakar 12minit dengan api 180celcius.

Hiasan krim:
100g keju (suhu bilik dan di dadu)
2 cawan whip cream
1 biji lemon
4 sudu makan gula aising(jika tidak suka manis buangkan)
1. Pukul keju, jus lemon dan gula aising hingga lembut.
2. Masukkan whip cream, kaup dan balik-balikkan hingga rata.
3. Masukkan dalam piping bag, guna nozzle yang rata muncungnya (seperti ini [=]).


Sementara menunggu kek itu masak, kakmOn biasanya akan pergi kebelakang melihat bunga kakmOn yang semakin tak menjadi. Duh! Bunga ini terpaksa kakmOn pindah kan di sebabkan projek bang Mat. Bunga ros kakmOn pun tak berapa menjadi. Cuma 2 - 3 puput saja bunganya. Tapi bunga T-Rose lebat berbunga dann harumnya memenuhi taman belakang.




Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sepenuhnya barulah dihiaskan dengan whip cream tadi di atasnya. Ikutlah daya kreatif masing-masing. Yang paling senang kakmOn pusing-pusingkan aja piping bag itu membentuk lukisan bunga anak-anak tadika. Hahaha.. Kemudian letak mashmallow di tengah-tengahnya. Mudah dan meriah kan???


Orkid ini bukan dari kebun belakang kakmOn tau, ini adik kakmOn yang beri... Petalnya besar dan warnanya sangat cantek.




Ros ini hidup segan mati tak mahu. Tapi kakmOn pun degil jugak. Sayang nak di lepaskan. Dalam sebulan cuma ada sekali saja dia berbunga. Itu pun 2 -3 kuntum sahaja. Namun tetap membahagiakan kakmOn dengan warna dan baunya yang harum menggoda.


4dozen kek cawan dah siap dan 2 dozen daripadanya dah selamat pun kena angkat... Malam ni kakmOn nak tidur awal, esok kakmOn stori. Faizah! Insya Allah kakmOn akan tempek resepi kek cawan mudah dan meriah itu sebelum subuh. Sekarang dah tak larat lagi dah... Selamat malam.

Dah tempek pun resipinya, Faizah kalau dah melahirkan pasti baby tu pun rajin masak jugak, kan???

4 comments:

Faizah said...

Kak mOn..
Kalau saya xda self-raising flour tu boleh ganti x dgn tepung lain?Kat sini byk jenis tepung tapi sampai sekarang tepung naik sendiri x jumpa2..dah la bahasa pun lainkan..

anyway..thanks for the recipe..
mmg nak masak cake ni..x kira sarat2 pun nak masak jugak..hehehe

Nina Suria said...

faizah bole ganti self rising tu ngan all purpose flour + 1 sudu makan baking powder.. atau tepung kek yg lain.

u welcome dear, hope u suka kek tu bila dah buat nanti ;)

MamaFaMi said...

Cantiklah bunga orkid tu... memang kembang setaman pun. Haha..entry Kak Mon yang ini memang sesuwaiii sungguh tajuknya BLOOMING DAY. Ini yang buat kita terpikir dua tiga kali nak cuba resipi kek Kak Mon ni.. takut kek tu kembang setaman, kita yang kembang dua taman! hahaha...

Nina Suria said...

mamafami kalo ko kembang dua taman, kakmOn lagi lah kembang sepadang bola hikhikhik :p