Monday, February 11, 2008

Famili 'gede-gede'


Resipi? nanti kita kongsi yah!


Tengok ni. Tangah Milah buat dengan kreatifnya. Kuih koci biasa di olah menjadi luar biasa. Comel kan dengan cucuk sanggol kak Melah... Ceh!


Kek buah Tangah Jauyah lembab dan sedap. Sekelip mata dah hilang. Masuk tupperware, tapau... Kwang kwang kwang kwang. Memengz, tadi pagi licin hahahaha


Atas meja ini terhidang kuih Mor(Makmor), Puteri Mandi, Kuih Koci, kek cawan, buah jambu dan kek buah itu.


Bahan-bahan untuk steam boat. KakmOn paling suka cendawan itu, sedap...



Ni power puff gal...


Shidah, ko gerammm???


Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil bagi Ninda yang dah pergi kemudian doa kesyukuran di panjangkan umur.


Cuti CNY dipenuhi dengan aktiviti 'mengayam karan'. Sudah menjadi tradisi famili kakmOn akan membawa hidangan yang menjadi 'trademark' masing-masing. Walaupun tuan rumah sudah menyediakan makanan penuh meja, namun rasa tidak sah bila datang dengan tangan kosong. Diatas itu adalah 1/4 daripada hidangan yang sempat kakmOn snap untuk dikongsikan bersama teman-teman kakmOn di sini.

Memandangkan bang Mat ke luar pantai dua minggu maka harijadi anak dara kakmOn kami sambut 5 hari awal dari tarikh sepatutnya. Maka kakak cuma tumpang sekaki di majlis harijadi mak saudaranya iaitu Tua Shidah(oooops jangan marah nanti kena jual Shidah.. ngeh ngeh ngeh)



Dah lupa dah, tapi minuman ni best. Campuran honey dew, lemon, soda dan aiskrim

Kari Kepala Ikan Nyonya kaw-kaw


Sotong goreng rangup


Ayam Kerabu Mangga

No comments: