Sunday, May 04, 2008

Donut-TATA








Nak Resipi??? Percaya tak kalau saya kata, roti ni donut. Betul! Sumpah. Wallah. Dengan mata bercahaya dan melambai-lambaikan roti baru diangkat dari atas api. (Hikhikhik ada tokoh tak ganti cik Joyah pitpotpitpot tuh *jeling makcik Norlia Ramli kat rumah Opah*)

Memang itu donut. Sebenarnya macam ni, khamis lepas saya TERsibuk banyak siapkan projek GAYAH ENTERPRISE. Demam kek cawan belum kebah-kebah lagi. Tetiba sms kekanda masuk, "malam ani bertahlil rah Acai". Jadi masa yang ciput itu mana sempat nak buat juadah 'melatop'. Nak bawa kek cawan pun belum lagi cukup. Saya selongkar peti Doraemon dapatlah sekotak tepung DONUT NAGO yang sudah lama tak berusik. Tapi belum expired tau!

Baca arahan Mr.Nago. Kemudian campak semua bahan-bahan yang telah disarankan Mr.Nago kedalam mixer. Dan saya biarkan aje Mr.Kenwood menguli. Bila sudah siap menguli, saya rehatkan sebentar doh donut itu untuk memberi ruang dia naik. 30minit kemudian doh itu masih begitu juga. Tak kuasa nak tunggu lama-lama, saya cepat terapkan doh tu dengan pemotong donut. Dapatlah 3dozen donut. Saya tinggalkan sementara saya pergi kerja petang itu. Balik kerja, saya teruja sangat nak tengok DONUT Mr. Nago itu. Lorrrrr. Tak berganjak pun dia. Masih macam tengahari tadi. Aku pun test-try, goreng sebiji dulu. Ehmmmmmm buang karan betul.. Hampes.

Nak dibuang donut tu, terasa sayang pulak. Jadi datanglah akal 'diyamon' kakmOn, lalu donut itu saya gelek dan leperkan. Jadi lah donut-tata. Yah! Donut-tata. Tata donut.. Tataaaa

My confession: Donut Tata ni sedap macam roti Nan India. Kami makan bersama kari rendang udang. Cuma dia terasa manis sedikit. Sebab tepung NAGO itu telah dicampur dengan gula. Selamat mencuba.

Saturday, May 03, 2008

Simply delicious - chicken puff



1 keping frozen pastry(readymade)
1 telur
6 keping keju sandwich
1 sudu teh mentega

Inti:
Semak resipi sotong sumbat gebu dibawah.



Letakkan inti diatas pastry dan ratakan diatas permukaannya.


Susunkan keju sandwich memanjang di hujung inti pastry. Taburkan daun bawang atau daun saderi. Gulung pastry, jangan terlalu ketat. Biarkan longgar supaya pastry mengembang cantek bila di bakar. Sapukan telur diatasnya. Bakar diatas dulang yang telah dilengsirkan mentega selama 30minit dengan api ketuhar 175celcius atau mengikut kepanasa ketuhar yang biasa anda gunakan.

Thursday, May 01, 2008

Tag Puteri Santubong

Burung Kenyalang hanya terdapat di kepulauan Borneo sahaja khususnya di Sarawak.


Pua Kumbu pula di perkenalkan oleh Masyarakat majoriti - Iban di Sarawak. Pua kumbu mempunyai pelbagai jenis & mutu kain tertentu.

Orang Sarawak tidak lari dari Kedua mercu tanda ini - Burung Kenyalang (Hornbill) & Pua Kumbu atau dlm bahasa Melayu Kain pua.

AGI IDUP AGI NGELABAN - SELAGI HIDUP SELAGI ITU KITA BERJUANG

Terimakasih Dayangku beri tandahati ini. Ampun lama sangat nak gantung. Kerja menggunung. Tak runtuh-runtuh. Pada teman-teman bloggers yang rajin berkicau di jendela Mr.Oggix itu, nah! ini untuk kamu jugak. KakmOn kongsikan bersama. Salam sayang dari bumi Darussalam.

Wednesday, April 30, 2008

TAG-to-TAG

Bunga Kantan ni di hadiahkan oleh Cek De Sam. Terimakasih sudi beri hadiah yang wangi ni. KakmOn memang suka spesis bunga halia yang satu ini. Cantek, harum dan sedap pulak tuh. Nak sajikan hidangan bungan kantan ni, kakmOn belum sempat lagi nak masak-masak. Hari-hari kita masak yang 'labok-labok' aje. Insya Allah ada waktu kakmOn akan usahakan yah..

Yang ini pula dapat dari cik Ummi Zaidi yang manis di Kuantan. Rose memang salah satu faveret bunga kakmOn. KakmOn cuma sempat copy and paste aje. Lain tahun kita kasi homework yang susah pulak pada Ummi.. Ingat tu.. :p
This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!
Do not delete any of the links and be honest to yourself! =p
************************************************************
BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,McTa ,manje ,nitta, yatt, ummi, kakmOn

So untuk memanjangkan permainan ini kakmOn berikan kepada penerima yang bernasib baik. Calon-calonnya hikhikhikhikhik :D

Aishah, Cik Wan, Cik Siti Wan Kembang Semangkuk, Mamfami, Mamazieza, Tun, Penyu Lawa, Ulam Pengagga, errrrr sapa lagi ek *garu kepala yang tak gatal*. Sambung balik, Ok , Shapurah, Cik Idah, dan pada semua yang rajin berkicau ditingkap kakmOn di sebelah. I LAP U guyzzzzz

p/s sudilah terima bunga kantan dan frame HomeSweetHome dari kakmOn ini yah, jika ada kesempatan mahu jugak kakmOn memberi hadiah yang beneren hikhikhikhik.. NAK ker?????

Friday, April 25, 2008

Sotong Sumbat Gebu


Cik Mat, kakmOn dedikasi sotong ni untuk awak. Dah lama tak berkicau, rindu lah pulak :p



4 ekor sotong bersaiz besar(bersihkan dan perap bersama sedikit garam dan jus limau nipis)
300gm daging ayam cencang
3 ulas bawang putih dicencang halus
1 biji cili merah dicencang halus
1 pohon daun saderi dimayang halus
1 pohon daun bawang dimayang halus
1-2 sudu makan kicap kikomon(kicap biasa pun boleh)
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan ubi kentang(dilecek halus)
Serbuk perasa secukup rasa
Sedikit minyak bijan untuk menumis

TUMIS bawang putih dengan minyak bijan hingga keemasan.
MASUKKAN sos tiram, kikomon dan serbuk perasa. Tumis lagi sebentar. Kemudian masukkan ayam dan masak 3minit. Angkat dan gaulkan dengan daun saderi dan daun bawang hingga mesra. Masukkan ubi gentang yang dilecek dan gaul lagi hingga rata.
SUMBATKAN isi ayam kedalam sotong dan sematkan dengan cucuk sate kemas-kemas.



Grill bersama sos lada hitam Sarawak(nak pedas) atau chicken rice chilli sauce(nak manis) dalam masa lima minit. Pastikan ketuhar cukup panas dengan menggunakan api yang kuat(max).




Resipi, nanti kakmOn kirimkan bila projek Gayah Entreprise ni selesai.


Tingkap Mr Oggix ni buat hal lagi, kakmOn tak bisa masuk kedalam. Nak berbalas pantun dengan korang pun azab sesangat. Sakit tekak kakmOn teriak-teriak atas bumbung, dia tak layan gak :( menci nyer...

NOTA YAGAN: Sotong akan menjadi keras dan liat bila terlalu lama memasaknya. So DONT over cook. Jika tidak mempunyai ketuhar, pangganglah sotong diatas kuali non-stick dengan api yang cukup kuat. Dan jika tidak punya non-stick pan, guna saja kuali biasa dengan meletak sedikit minyak supaya sotong tidak melekat bila di panggang nanti. Pastikan kuali itu sudah cukup panas ketika memanggang sotong tersebut. Sekian, selamat mencuba.

Wednesday, April 16, 2008

Layan


Saya benar-benar teruja untuk mencuba 'guling tangan' baru ini, tapi kerja yang wajib masih tinggi setinggi Gunung Pagon. Alahaiii


Kartu ini saya buat di hotel sementara menanti Leyn bangun.


Ingat tak ribbon embroidery scrapbook ini? Tanpa di sangka saya terjumpa beg comel yang sedondon dengan warna scrapbook ini semasa saya mencari hadiah untukole-ole Brunei. Lalu saya tidak berfikir panjang membelinya. Bila sampai dirumah, scrapbook ini terlalu panjang. Lalu saya ikat aje dengan riben hijau. Hasilnya??? Pas-pas aje. Ajaibkan???


Scrapbook ini sebenarnya untuk harijadi seorang gadis yang dekat di hati. Tapi saya terlupa, warna kegemarannya bukan hijau :(

Yum yum yum


Inilah hidangan yang saya makan ketika berada di Secret Recipe. Saya lupa namanya, pokoknya ada laksa perisa tom yam. Sedap!


Saya selalu terkecur melihat orang itu tayang udang galah yang baru dapat. Cik Mat! kakmOn pun ade lah :p


Ini adalah kek Hati Pari dan kek Pilih Kasih Dayang. Rasanya memang malatop, lima bintang. Dan dua lagi jenis kek lapis tak sempat saya ambil foto. Habis di balun anak-anak dirumah. Oh yah! kek coklat yang ada mawar kuning itu adalah dari adinda kakmOn, Dang Kalas namanya. Terimakasih berjuta lemon. Hanya Allah Ta'ala sahaja yang membalas *versi Sarimah dalam 3 Abdul*

Terimakasih daun keladi


Kek Dayang; Kek Hati pari, Kek Pilih Kasih, Kek Lapis Pandan dan Kek Lapis Kasih Abadi. Memang sesuai dengan rupaparas yang cantek dan rasa yang sedap banget.


Kek coklat lembab dibawa atas rasa kasih 8 Dang Bersaudara.. Terimakasih dinda.


Biskut Menanti Kasih Kak Norzailina, rangup dan ringan. Tak sangka dapat juga merasa air tangan chef selebreti tersohor ini.


Dari sepupu-sepapat di Seberang. Pink Jambu, Em dan Nurdia terimakasih atas ukhuwah yang manis.