Tuesday, May 13, 2008

7 fakta

Ingatan sahabat

Selamat Hari Ibu

Kembang ini dihadiahkan oleh adik kita di Seberang yang 'fofular' tu... Siapa lagi kalau bukan chef yang tersohor dengan pelbagai bagas tangannya yang mengiurkan, berseni pulak tu.. Terimakasih ya Cik Mat. KakmOn benar-benar terkedu tau.

KakmOn juga ingin mengucapakan berjuta lemon kepada adik-adik di Seberang yang telah melayangkan SMS 'Selamat Hari Ibu' kepada kakmOn di bumi Darussalam ini. Dayang Kek, Infa, Izzul, Cik Idah, terimakasih atas ingatan yang tiada penghujung itu. Dan tidak lupa juga kepada teman-teman di sini Juliana, Tim, Dang Kasum, Ad dan beberapa nombor yang kakmOn tidak pasti siapa. Ampunkan kakmOn tidak sempat membalas SMS awda semua. Nya orang, inda lagi takain-kain.. Oooooops :D

Sunday, May 11, 2008

Terimakasih sayang


Tadi pagi aku dikejutkan dengan kedatangan jambangan bunga ini. Bang Mat mengiggau hape??? Dah lama tak dapat bunga setelah beranak empat ini. Top-top datang delivery man menghantar kiriman yang membuat hati ku runtuh. Bunga lili dan mawar kegemaran ku. Aku terasa muda 20tahun balik. Terimakasih kanda... (~_~)



Balik dari sekolah semalam, Leyinah berlari mendapatkan ku. Lalu memeluk dan mencium kedua-dua belah pipiku. "Happy mother's day, mom. This is for you" dengan loghat Puan Yue dalam siri Kampung Boy. "Ani leyinah buat love untuk babu, babu suka kah?" Leyinah 'gumbira' menunjukkan bagas tangannya. Dua potong roti paun berwarna ungu di potong dengan bentuk gajah dan hati. Metafora yang sungguh dalam dan tajam maknanya. Ehmmmmmmm


Selamat Hari Ibu pada tetamuku semua. Kasih ibu adalah segalanya. Hargailah mereka selagi dia masih bernyawa. Al-Fatihah buat bonda yang dah tiada..
Rasanya hari ini kakmOn tak cukup oxygen. Dari matahari belum lagi keluar hingga bulan menyapa, aku masih berulit dengan kek cawan. Maaf pada yang terpaksa menunggu lama. Dan terimakasih pada yang senantiasa menyokong saya. Salam Hari Ibu..

Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu...

Say it with flower




















Sinah Bisc sedang mempromosi kek cawan Hari Ibu - 1 set BND$35.00 dan kad ucapan Selamat Hari Ibu yang berharga dari BND$3.00 - BND$5.00. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi di talian 8778 280.

Wednesday, May 07, 2008

Terimakasih yang tak terucap

Kotak Doraemon



3 Hasrat 3 Tujuan




Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Anda cuma perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/. Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.

2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.

3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

Oleh yang demikian Dang Amai akan meneruskan hasrat Siti Azma ini kepada rakan blogger di 3 buah negara dari rumpun yang sama.


1. Bunda Nadine di Batam, Indonesia

2. Dayang di Malaysia

3. Rozzan di Singapura

Dan dua link yang saya fikirkan tersangat rajin mengemaskinikan web mereka untuk di letakkan di cookingbookmark.com adalah

1. Home Sweet Home

2. Food for Thought

Semoga hasrat dan tujuan ini dapat lagi mengeratkan ukhuwah yang mesra alam seantero dunia. Dunia masakan tanpa sempadan. Salam sayang dari bumi Darussalam.

Tuesday, May 06, 2008

Simply delicious - bake green mussel



If I could post the taste, too... :P

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 sudu mentega
Seafood Lemon and Dill Seasoning
Pizza Topper herbs
Daun saderi
Keju keping
Sos thousand island(jika tidak ada, ambil mayonaise campurkan bersama cili sos. Gaul sebati dan taburkan daun bawang yang dicencang halus)


mentega diramas bersama tepung gandum sehingga menjadi seperti serbuk roti.


Susunkan mussel diatas dulang pembakar. Taburkan serbuk tepung keatas mussel.


Tambahkan daun saderi.


Taburkan Seafood Lemon and Dill seasoning secukupnya. Kemudian bakar dengan api maximum 10minit. Keluarkan, taburkan pizza topper dan letakan keju sandwich diatasnya.

Bakar 2minit lagi.

Hidangkan bersama sos thousand island.

Sunday, May 04, 2008

Tumpi cacah rendang kari udang








Rendang Kari Udang

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

1/2 biji bawang besar

1 inci halia

Kisar semua bahan diatas.


4 sudu makan serbuk kari(saya guna ADABI kari ikan)

1 sudu makan puri tomato

4 sudu makan cili kisar

6 sudu makan kerisik

2 biji jus limau nipis

1-2 sudu teh gula melaka

1 cawan air

Garam secukup rasa

Daun kari secukupnya

Minyak untuk menumis


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan daun kari.
2. Masukkan serbuk kari, sedikit air, cili kisar, puri tomato dan gula melaka. Kacau-kacau selalu supaya kari tidak hangus.

3. Bila sudah nampak garing masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan kerisik, jus limau nipis dan udang. Masak sebentar dan angkat.

4. Hidangkan panas-panas bersama tumpi NAGO :D