Monday, September 17, 2007

Kuih Raya


Kek Gulung Salju

A
5 biji putih
8 biji kuning telur
100g tepung naik sendiri
50g tepung jagung
150g gula kastor
1 sudu teh ovallete
1 sudu the vanilla

B
200g mentega cair(unsalted butter)

C
250g krim keju (lembutkan suhu bilik)
150g icing sugar
500ml whip cream
Keju parut secukupnya
Pukul keju krim dan icing sugar dengan mesin pengadun kek hingga lembut, ketepikan.
Pukul whip cream hingga naik dan gebu.
Masukkan krim keju dan gaul sebati.

Cara-caranya:
1. Pukul semua bahan A hingga gebu dengan menggunakan mesin pengadun elektrik yang berkuasa tinggi(max speed).
2. Masukkan mentega cair perlahan sambil dikaup dan balik-balikkan hingga rata.
3. Tuang keatas dulang swis roll yang telah dilapiskan kertas minyak dan disapukan mentega(1cm tebal)
4. Bakar dengan api atas sahaja 180celsius selama 10minit atau hingga masak.
5. Oleskan dengan krim C setelah kek benar-benar sejuk.
6. Gulung kemas kek diatas dengan menggunakan plastic cling wrap.
7. Oleskan kek roll yang sudah di gulung dengan lebihan krim tadi.
8. Taburkan dengan parutan keju. Simpan dalam peti sejuk sebelum memotong.
9. Hias dengan buah-buahan yang anda gemari sebelum di hidang.

4 comments:

NURAZZAH8 said...

salam nina,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA.

Sinah Bisc. said...

Terimakasih kak azzah, selamat berpuasa semoga malem2 berkah ini menemukan satu malam yg menjanjikan kebahagiaan kita menemuiNYA.

Anonymous said...

ello... juz wonder apa "dulang swiss roll"?? how it look like? can u post the picture n which shop to buy in brunei?

Nina Suria said...

dulang swiss roll = takir kek roll(nya kitani org berunai), sizenya bermacam2 6X6 8X8 12X12, hiegthnya kadang 2cm ganya. Cari saja rah supermarket basar2, kadai jual bahan kuih pun banyak i.e Le Apple, tapi san mahal sangat.. Atau cuba di Sim Kim Huat gadong.