Inti:
1/2 cawan keju Ricotta
1/4 cawan keju Parmesan
3 sudu makan daun saderi di cencang
1 biji telur
1/4 sudu teh lada hitam yang di tumbuk kasar
Parutan Nutmeg secukup rasa
Campur semua bahan diatas. Ketepikan
Bahan Pelekat:
1 biji telur + 1 sudu makan air
Bahan Pasta:
3 cawan tepung gandum bermutu tinggi + 1/2 sudu teh garam
2 biji telur gred A
3 sudu makan air
1 sudu makan minyak zaiton
1. Tuang tepung di atas permukaan yang rata.
2. Buatkan lubang di tengah-tengahnya.
3. Campurkan telur, air dan minyak zaitun hingga sebati.
4. Tuang bahan basah itu kedalam lubang tepung tadi.
5. Gaul tepung dan bahan basah dengan hujung jari perlahan hingga sebati.
6. Bungkus doh dan simpan di dalam peti sejuk sejam.
7. Keluarkan dan canai diatas permukaan yang ditaburi tepung.
8. Potong doh segi empat.
9. Isikan bahan inti ditengah-tengah doh segi empat.
10. Sapukan bahan pelekat dikeliling doh.
11. Lipatkan doh membentuk tiga segi.
12. Sambungkan kedua-dua hujung doh membentuk cincin(gunakan bahan pelekat)
13. Rebus di dalam periok yang telah mendidih airnya.
14. Angkat bila doh telah timbul.
15. Hidangkan bersama minyak zaiton dan parutan keju Parmesan sementara panas.
16. Atau awda bolih menggunakan sos tomato spaghetti untuk selera melayu kita.
Nota Yagan: Saya hidangkan tortellini ini bersama cendawan sumbat(bila senang nanti saya akan menyajikan awda resepinya) dan baby kailan. Atau awda bolih menambahkan sausage atau tuna mengikut citarasa sendiri. Sedap dimakan panas-panas. Jika malas membuat doh awda boleh mendapatkannya di pasaraya yang readymade.