Showing posts with label Decoration Cupcakes Class. Show all posts
Showing posts with label Decoration Cupcakes Class. Show all posts

Wednesday, November 02, 2011

Yuhuuuuuu

Salam pagi rabu yang indah. Apa khabar abiskita di luar sana? Raya Haji cuma tinggal kurang dari 5 hari saja lagi. Sudahkah abiskita bersedia? Pasti ada sudah siap merancang untuk membuat majlis ibadah korban nanti, kan?

Oh yah! aku ingin berkongsi cerita di sini.. Sinah Bisc kembali aktif seperti sedia kala. Dan sekarang sedang giat mengadadakan aktiviti yang mengujakan di MukaBukunya. Hadiah-hadiah yang mengecurkan sedang menanti abiskita.. Jika inginkan hadiah manis di bawah ini jangan tunggu lama lagi.. Cepatlah kesana dan jangan lupa tekan butang LIKE untuk menyertai permainan yang sedang berlangsung sekarang ini.














Tunggu apa lagi.. cepat sebelum abiskita terlambat..



Dan sebelum aku berundur diri, ada satu lagi cerita yang ingin ku kongsikan bersama di sini. Hari ahad lepas Sinah Bisc sekali lagi mengadakan kelas deko kek cawan. Suasana cukup meriah dengan adik-adik kita yang sporting habis.. Masa 7 jam berlalu begitu pantas tidak terasa... Nak tahu cerita selanjutnya sila pergi ke Sinah Bisc Bakery sekarang.



Akhirnya mereka membawa pulang hasil kerja tangan mereka dengan senyuman lebar di muka dan rasa puas di dada. Mereka memang luar biasa HEBAT.



Akhir kalam,"Jika sesiapa menginginkan dunia, hendaklah berilmu. Jika sesiapa menginginkan akhirat, hendaklah berilmu. Dan jika sesiapa menginginkan kedua-duanya, hendaklah berilmu". Dan renung-renungkanlah kata-kata hikmah itu.

Salam sayang buat abiskita semua.

Monday, March 24, 2008

Salam Tahniah

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih pada sebelas peserta DEKORASI KEK CAWAN yang dapat menghadzirkan diri pada kelas semalam. Secara pribadi saya katakan disini, saya amat mengkagumi semua peserta-peserta tersebut. Masing-masing punya daya kreativi yang tinggi dan sentuhan seni yang tersendiri.

Saya mengharapkan pada adik-adik kita yang muda belia, agar dapat menfaatkan apa yang dapat kita pelajari bersama-sama semalam. Walau hanya sedikit tunjuk ajar dan panduan yang diberikan namun para peserta telah dapat menghasilkan sesuatu yang lebih menakjubkan. Semoga tips dan shorcut yang saya turunkan itu dapat membantu para peserta untuk melangkah setapak atau sepuluh tapak lagi kedepan. Syabas.

Pengalaman semalam banyak mengajar kita untuk menjadi lebih baik untuk hari esok. Practice makes perfect. Percayalah..

Salam manis dari saya, Dang Amai.



















































Wednesday, March 12, 2008

Kelas Dekoroasi Kek Cawan

Nota Yagan: Saya terpaksa menutup iklan ini, tempahan telah pun penuh dibuat. Pada mereka-mereka yang terlepas itu, janganlah kecewa sangat. Insya Allah kelas ini akan saya bukakan lagi di masa hadapan. Terimakasih semua yang telah menyokong saya. Jangan lupa tarikh temujanji kita. Jumpa di sana.

TARIKH: 23HB MAC 2008
MASA: 1:30 - 5:30 PETANG
TEMPAT: RIMBA
BAYARAN: $30.00
SUBJEK: BUTTERCREAM & MOULDED FONDANT FOR BEGINNER
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 19HB MAC 2008 - 8:30P.M

Tempat adalah terhad, kami hanya menerima 6 orang sahaja dari umur 15tahun ke atas. Hubungi kami sekarang - 8 778 280