Thursday, December 20, 2012

20.12.2012

Selamat malam semua. Hari ini angka 'emas' tercatat lagi di kalender 2012 seluruh dunia. 20122012. Cantik bukan? Dan pasti ada lagi pasangan-pasangan yang mengabadikan angka ini sebagai kenangan terindah. Diucapakn selamat pengantin baharu, moga bahagia hingga ke anak cucu.


Dua tiga hari ini idea datang mencurah-curah dengan cukup gemilang. Rasanya aku ingin duduk saja di rumah  menyiapkan projek yang baru saja dimulai. Tup-tup si adik jatuh terseliuh ketika sedang giat bermain bola bersama kawan-kawannya di laman rumah. Akibatnya kaki sebelah kirinya digantung tidak boleh lagi bergerak. Adusssss..



Dan esok 21.12.2012 si abang pula akan menyambut hari lahirnya. Nak buat apa yah? Syusssssss....



Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Salam semua. Apa khabar anda? Sudah lama aku tidak mengongsi rasa di sini. Tetiba hembusan bayu pagi 12 disember 2012 ini memanggil ku untuk mencatat sesuatu yang manis di sini.

Oooops MANIS? Ohoho.. apa yang manis yah? Angka duabelas itu yang manis. Kan???? Dan hari ini juga adalah angka bertuah buat saudara sepusat sepusingku yang menyambut hari lahirnya yang KE... ehem.. ehem.. tak payah lah disebut. Yang pastinya.. lilin penuh tercacak di atas permukaan kek hari lahirnya. *signel*. Selamat hari lahir adikku, moga engkau dan familimu dalam rahmah ILLAHI.. Hanya sekalung doa itu yang termampu ku hulurkan(setereo type, tak apa, janji IKHLAS)

Lupakan cerita angka bertuah itu, sekarang kita sudah di penghujung tahun 2012 dan tidak lama lagi 2013 akan mengetuk kita. Bermakna sudah SETAHUN aku menjadi suri rumah sepenuh masa. Rasanya.. baru semalam aku meletakan jawatan 'itu'. Benar waktu begitu pantas berlari, semakin dikejar semakin aku tertinggal di belakang. Adusssss...

Dan HARAPANku moga 2013 akan lebih baik dan cemerlang lagi. Moga DIA merestui dan merahmati perjalananku.. Amin Ya Rabb.

Oh yah! Pada yang gemar pada dekorasi DESA, sekarang ini sedang berlangsung PESTA BUAH-BUAHAN DAN SATU KAMPUNG SATU PRODUK  di lapangan parkir ALAT-ALAT KEBESAR di pusat Bandar Seri Begawan. Bermacam-macam kraftangan hasil orang kampung sedang dijual di sana, dan kami dari wakil MPK Bunut Perpindah jua turut serta menjual dan mempamerkan beberapa dekorasi rumah ala DESA dan kraft tangan yang manis sekali.. Pada yang berminat silalah berkunjung ke booth 41.


Maaf sesangat aku keburu waktu.. Insya Allah jika waktu mahu bersahabat aku akan mencatat sesuatu lagi di sin, sampai ketemu lagi. Salam sayang semua. Mwaaaaah..