Friday, March 30, 2007

Tat Coklat




Kulit:
2 biji telur(dipukul sekejap)
250 g mentega beku(didadu dan biarkan sebentar sehingga mencapai tahap suhu bilik)
150 g gula aising
350 g tepung naik sendiri/tepung gandum
50 g tepung jagung
50 g cornflakes dikisar halus

Inti:
250 g coklat masak(dicairkan dengan air mendidih)
60 g krim segar/nestle
30 g mentega
Masak semua bahan-bahan ini 5minit dengan cara double boiler.
Apabila coklat suam baharulah dituang kedalam kulit tat yang sudah masak.

Satukan bahan kering.
Pukul mentega hingga lembut didalam sebiji mangkuk.
Masukkan telur dan pukol lagi hingga sebati.
Masukkan bahan kering dan uli sehingga menjadi sebiji doh.
Canai dan terapkan mengikut size acuan tart.
Bakar 170celcius selama 15minit atau sehingga keemasan.
Sejukkan dan isikan dengan inti coklat.
Hias dengan krim, kacang badam dan parutan coklat.
Psssttt.. Mrs Tiara! macam tau-tau saja aku kan publish entri kuih tat. What a coincidense...

Monday, March 26, 2007

Kalender Kuih Brunei

Entri ini untuk lela, maaf Nina belum sempat tanya pada yang arif. Ini hasil dari kalender Jabatan Penerangan Brunei yang mempromokan kuih melayu Brunei. Harap berpuas hati.
Click picture to zoom the recipe.

Monday, March 19, 2007

Salam Sepotong Keju



Posted by Picasa


Kek Keju Oren

Bahan-bahannya:
10biji telur besar
300 g gula kastor
350 g mentega cair tanpa garam
350 g tepung naik sendiri
500 g krim keju
125 ml krim segar(optional)
1 biji buah oren(ambil kulitnya kemudian disari)

Toping
250 g gula aising
1 biji buah oren(ambil kulitnya kemudian disari)
Krim putar(optional)

  • Panaskan ketuhar kepada 200C.
  • Sediakan loyang pembakar kek 14X14. Lapiskan dengan kertas minyak dan sapukan mentega.
  • Krim keju dipukul hingga lembut didalam sebiji mangkuk(dua minit).
  • Masukkan krim segar perlahan-lahan, pukul hingga sebati. Ketepikan.
  • Telur dan gula dipukol hingga putih dan kental dengan pengadun kek elektrik yang berkuasa tinggi didalam sebiji mangkuk yang lain.
  • Turunkan kelajuan mesin ketahap sederhana. Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga habis. Matikan mesin pengadun kek.
  • Masukkan adunan krim keju, kaup dan balik-balikkan adunan hingga rata dengan sendok kayu.
  • Masukkan mentega cair, jus oren dan kulit oren. Kaup lagi hingga sebati.
  • Tuang adunan kek kedalam loyang dan bakar 170C selama 30minit atau hingga masak.
  • Sementara itu campurkan gula aising dan jus oren yang disari tadi.
  • Aduk sebati hingga pekat dan licin.
  • Tuangkan keatas kek yang sudah masak. Hias dengan krim putar dan kulit buah oren.

Wednesday, March 14, 2007

Disebalik Tabir Bagas Tangan Bu Apsah

Adik-adik kita yang bekerja keras??? hehehe..
no broken pixel please..
Time to ngap.. I cant hardly wait..

The chocolate really explode, fuhhhhhh...
Posted by Picasa

Thursday, March 08, 2007

Akhirnya pemburuan ku bernoktah..

Ibunda disaat menerima hadiah kemenangan di Pameran Urusan Rumahtangga Anjuran PERTIWI pada Julai 1989 yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Wednesday, March 07, 2007

Memoir of Bu Apsah

Satu-satunya foto beliau yang dapat ku jejaki di bahagian Arkib Jabatan Penerangan, semasa beliau menerima salah satu dari lebih dua puloh hadiah yang telah dibolot beliau di acara Pameran Urusan Rumahtanga anjuran PERTIWI 1993.
Terimakasih untuk kakitangan Arkib yang turut bersusah payah membantu saya dalam usaha menjejaki bagas tangan beliau.

Buku Bagas Tangan Bu Apsah, adalah resepi-resepi hasil ciptaan Dayang Hajah Halimah @ Hafsah binti Haji Yusof yang lebih dikenali dengan nama (Bu) Apsah dikalangan keluarga. Resepi-resepi yang terkandung di dalam ini hanyalah sebahagian, hasil putik-putikan(kutip) sepanjang hayat (58 tahun) Bu Apsah @ Dayang Hajah Halimah.

Bermula dengan menyertai peraduan-peraduan masakan peringkat Kampung, nama Bu Apsah @ Dayang Hajah Halimah semakin tersohor apabila beliau sering membolot hadiah-hadiah pertama dalam pertandingan masakan peringkat Negara yang diadakan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan pada setiap tahun.

Beliau semakin dikenali apabila muncul dalam program memasak kelolaan Radio Dan Televisyen Brunei (RTB). Dari Serikandi ke Mari Memasak dan akhirnya Rampai Pagi, nama beliau memang tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat rancangan memasak di kaca televisyen. Bahkan beliau juga dikenali di Singapura kerana rancangan Mari Memasak turut disiarkan sebagai salah satu program pertukaran RTB dan TV Singapura (Mediacorp TV12).

Resipi-resipi yang termuat di dalam buku ini, bukan sahaja bagas tangan(hasil ciptaan) beliau sendiri, terdapat juga resepi-resepi yang telah diubahsuai mengikut citarasa semasa dan juga makanan tradisi yang resipinya diwarisi turun temurun.

Sunday, March 04, 2007

Sweet indulgence




Rangup diluar lembut didalam. Emmmmmmmmm its soooooooooo nyaman.. Myrahhhhhhhhhh come join leynah's class :p
Posted by Picasa