Wednesday, September 19, 2007

Juadah Sungkai - Apple Flan





Posted by Picasa

Kulit:
2 sudu besar mentega
2 cawan tepung naik sendiri
4 sudu makan serbuk cornflakes
1. Pukul mentega hingga lembut.
2. Uli dengan bahan kering hingga lembut.
3. Canaikan ke dalam mangkok pai.
4. Bakar 10minit - 180celcius.

Inti:
3 biji epal hijau(dadu)
1 cawan gula perang
1 cawan kismis
1 cawan kurma
1 sudu teh cinnamon
1 biji jus buah oren
100g mentega tanpa garam
100g badam panggang

Kastad:
3 biji telur
1 cawan susu segar.
(Pukul ringan telur dan susu itu. Kemudian tapiskan 3 kali barulah digunakan)

1. Panaskan fry pan.
2. Masukkan mentega.
3. Masukkan gula, gaul sebati.
4. Masukkan epal, masak 5 minit.
5. Masukkan kismis dan kurma. Masak lagi 1 minit.
6. Masukkan jus oren dan cinnamon.
7. Tuang kedalam kulit flan yang telah masak tadi.
8. Taburkan badam.
9. Bakar 5minit - 180celsius.
10. Keluarkan dan tuangkan kastad dan bakar lagi hingga masak.

Juadah Sungkai




Posted by Picasa

Pasta Bersumbat Ayam Keju

250g pasta(tube)

Mesin halus:
500g isi ayam cencang
7 ulas bawang putih
1/2 cawan keju parmesan
1 sudu teh lada hitam
1 cawan air

1 pohon daun saderi/parsley di cencang halus
3 biji lada hidup di cencang halus

Sos tomato
10 biji tomato segar (cencang)
3 sudu besar sos tomato(dalam kaleng)
1 sudu besar puri tomato
1 sudu besar lada mesin
1 sudu besar sos cili
10 biji bawang putih dicencang
1 biji bawang besar di cencang
1/2 liter air
1 sudu teh oregano
1 sudu besar gula perang
1 biji jus lemon
garam secukup rasa
1 cawan minyak zaiton

1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaiton hingga naik bau.
2. Masukkan lada mesin, puri tomato, sos tomato dan tomato segar. Masak 5minit.
3. Masukkan gula perang, jus lemon, oregano dan garam secukup rasa.
4. Tambahkan air. Renihkan lagi 5minit. Ketepikan

Topping
150g mentega
1 sudu besar tepung serbaguna
2 cawan susu segar
1 cawan parmessan
1 cawan mozarella
3 biji tomato di potong dadu
Daun saderi/bawang secukupnya

1. Cairkan mentega kedalam non-stick fry pan dengan api perlahan.
2. Masukkan tepung. Kacau hingga tepung mesra bersama mentega.
3. Tuangkan susu. Kacau, jangan berhenti.
4. Masukkan keju dan kacau lagi sebentar. Dan matikan api.
5. Pastikan sos keju itu tidak terlalu pekat.
(Membuat sos ini ketika dalam proses membakar pasta)

1. Masukkan bahan mesin di dalam sebiji mangkok.
2. Masukkan daun saderi dan lada hidup, gaul sebati.
3. Masukkan pes ayam kedalam kantung paip.
4. Picitkan kedalam pasta tube(lihat gambar)
5. Susun berlapis-lapis dengan sos tomato.
6. Bakar 180celsius 20minit.
7. Keluarkan dan tuangkan topping keatasnya.
8. Bakar lagi hingga kekuningan(8 minit)

Monday, September 17, 2007

Kuih Raya

K
Posted by Picasa


Kek Gulung Coklat Stroberi

A
5 biji putih
8 biji kuning telur
100g tepung naik sendiri
50g tepung jagung
150g gula kastor
1 sudu teh ovallete
1 sudu the vanilla

B
200g mentega cair(unsalted butter)
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu the pewarna merah jambu


C
150g icing sugar
500ml whip cream
1 sudu makan strawberry emulco
Chocolate rice secukupnya

1. Pukul whip cream dan icing sugar hingga naik dan gebu.
2. Masukkan strawberry emulco dan gaul sebati. Ketepikan.

Cara-caranya
1. Pukul semua bahan A hingga gebu dengan menggunakan mesin pengadun elektrik yang berkuasa tinggi(max speed).
2. Masukkan mentega cair perlahan sambil dikaup dan balik-balikkan hingga rata.
3. Ambil kira-kira 6 sudu besar adunan diatas dan bubuh pewarna merah jambu.
4. Tuang 4sudu besar(adunan tanpa pewarna) dan ratakan keatas dulang swis roll yang telah dilapiskan kertas minyak dan disapukan mentega(1cm tebal).
5. Picitkan warna merah jambu keatas lapisan awal tadi.
6. Bakar dengan api atas sahaja 180celsius selama 10minit atau hingga masak.
7. Oleskan dengan krim C setelah kek benar-benar sejuk.
8. Gulung kemas kek diatas dengan menggunakan plastic cling wrap.
9. Oleskan kek roll yang sudah di gulung dengan krim tadi.
10. Taburkan dengan chocolate rice. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di potong.

Kuih Raya


Kek Gulung Salju

A
5 biji putih
8 biji kuning telur
100g tepung naik sendiri
50g tepung jagung
150g gula kastor
1 sudu teh ovallete
1 sudu the vanilla

B
200g mentega cair(unsalted butter)

C
250g krim keju (lembutkan suhu bilik)
150g icing sugar
500ml whip cream
Keju parut secukupnya
Pukul keju krim dan icing sugar dengan mesin pengadun kek hingga lembut, ketepikan.
Pukul whip cream hingga naik dan gebu.
Masukkan krim keju dan gaul sebati.

Cara-caranya:
1. Pukul semua bahan A hingga gebu dengan menggunakan mesin pengadun elektrik yang berkuasa tinggi(max speed).
2. Masukkan mentega cair perlahan sambil dikaup dan balik-balikkan hingga rata.
3. Tuang keatas dulang swis roll yang telah dilapiskan kertas minyak dan disapukan mentega(1cm tebal)
4. Bakar dengan api atas sahaja 180celsius selama 10minit atau hingga masak.
5. Oleskan dengan krim C setelah kek benar-benar sejuk.
6. Gulung kemas kek diatas dengan menggunakan plastic cling wrap.
7. Oleskan kek roll yang sudah di gulung dengan lebihan krim tadi.
8. Taburkan dengan parutan keju. Simpan dalam peti sejuk sebelum memotong.
9. Hias dengan buah-buahan yang anda gemari sebelum di hidang.