Selamat puja usia yah. Moga Dia memberimu Ilham yang banyak. Dan selamat menulis yang manis-manis.
Dan kek unggu ini untuk mu, kerna ku tahu, unggu ini warna mu. Sayang dari adinda Amai mu.
Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Tagging rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
Aku TERkena tag lagi. Bukan satu. Malah dua cik Bedah oiii..
1. Princessyatti
2. Faizabelle79
Tapi yang seronoknya, assignment nih dah buat lama dah. Jadi kakmOn copy and paste aje yah. Nasib baik, nasib baik *urut dada* .
7 FAKTA TENTANG DIRI SAYA
1. Saya sangat cerewet dalam bekerja. Saya lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. Saya ingin orang akan menghargai hasil itu dan akan mengingatinya sampai bila-bila.
2. Dalam bisnes saya tidak suka meniru produk orang yang tengah laris. Saya lebih suka menghasilkan produk sendiri dengan gaya kreatif yang tersendiri. Seboleh-bolehnya saya ingin memberikan sesuatu yang terbaik dan unik pada pelanggan saya.
3. Blog adalah dunia ketiga saya. Saya banyak mengarut di situ. Realitinya saya bukanlah orang yang pandai berkominikasi dengan orang. Saya lebih banyak memerhati dan mendengar. Dan setengah orang yang tidak mengenali diri saya akan mencopkan saya seorang yang sombong.
4. Dalam usia yang sudah di kategorikan majalah MIDI ini saya masih merangkak di bawah. Saya sangat iri melihat kejayaan suami saya yang mencapai wawasan 40 gilang-gemilang. Saat ini impian saya cuma satu… sebuah kedai bakery yang bernama SINAH BISC berdiri. Cewah. Entah bila saya akan dapat memilikinya??? Duit duitttttt di mana kau duit???
5. Saya sangat memandang tinggi orang yang telah berbudi pada saya. Saya akan berusaha untuk membalasnya. Jika saya tidak dapat melakukannya, rasanya sayalah orang yang paling hina. Kalau boleh saya tidak ingin terhutang budi pada sesiapa.
6. Saya tidak suka mensterika pakaian, hatta sehelai sapu tangan sekali pun. Jika aku diberi pilihan, aku lebih rela menyuci dapur 'kapal pecah'.
7. Saya cair bila melihat pinggan mangkuk yang cantek. Apalagi kalau yang bermotifkan bunga mawar merah jambu. Saya lebih rela ikat perut untuk mendapatkannya.
Sekarang aku nak tag orang kat bawah nih:
1. Siti Azma
2. Meen Zulaikha
3. Norzailina
4. Nurdia
5. Mamasya
6. Penyulawa
7. Aishah
Jangan marah eeeeeeik. Nanti kena jual..
Dan dua link yang saya fikirkan tersangat rajin mengemaskinikan web mereka untuk di letakkan di cookingbookmark.com adalah
Semoga hasrat dan tujuan ini dapat lagi mengeratkan ukhuwah yang mesra alam seantero dunia. Dunia masakan tanpa sempadan. Salam sayang dari bumi Darussalam.
Burung Kenyalang hanya terdapat di kepulauan Borneo sahaja khususnya di Sarawak.
Pua Kumbu pula di perkenalkan oleh Masyarakat majoriti - Iban di Sarawak. Pua kumbu mempunyai pelbagai jenis & mutu kain tertentu.
Orang Sarawak tidak lari dari Kedua mercu tanda ini - Burung Kenyalang (Hornbill) & Pua Kumbu atau dlm bahasa Melayu Kain pua.
AGI IDUP AGI NGELABAN - SELAGI HIDUP SELAGI ITU KITA BERJUANG
Terimakasih Dayangku beri tandahati ini. Ampun lama sangat nak gantung. Kerja menggunung. Tak runtuh-runtuh. Pada teman-teman bloggers yang rajin berkicau di jendela Mr.Oggix itu, nah! ini untuk kamu jugak. KakmOn kongsikan bersama. Salam sayang dari bumi Darussalam.


Award kek fondant beriben biru ini pulak datangnya dari Puan Norzailina Nordin penulis prolifik Alaf21 dan juga Chef celebrity tersohor. Anugerah ini adalah penghargaan beliau kepada teman-teman bloggers yang sudi meletakkan url mereka kedalam novel terbaru beliau. Hati semakin melonjak-lonjak nak tahu apa lagi kelainan yang ingin di ketengahkan oleh beliau. Sama-samalah kita nantikan novel terbarunya yang akan di keluarkan di pesta buku ICC Berakas Negara Brunei Darussalam pada 25hb feb - 8hb mac nanti. Ada angin yang menderu membawa berita.. Saya mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi yang ke__ ? (hanya tuan badan aje yang dapat menjawab). KakmOn dah tak tahu, anaknya bersusun bantal. Cewah!



Eh! betul ke laman kakmOn ni 'mesra alam'??? Alahai.. Ok lah kakmOn pun tak nak merapu panjang-panjang, sebab ikan Kurapu dah naik halega bersempena Tawoon Balu Cina ni..
KakmOn nak kongsikan Anugerah Laman Mesra Alam ini kepada.. Tengok screen anda..
1. Dayangku Nurfaridah
2. Wabbit
3. Cek De Sam
4. Rozzan
Award yang ketiga pulak di anugerahkan oleh adik nakal kakmOn; Cik Mat Gebus. Kau memang tetap pu.. ja.. an ha.. ti.. ku. Ceh!

Ok award kau dekat di hati ku ini pulak kakmOn nak beri pada.. Errrrr.. Siapa yah?? Oh untuk semua pengunjung kakmOn yang rajin berkicau di tingkap cik Oggix sebelah ni.
Kau kunci cinta ku di dalam hati mu.. lalalalala aku lupa lirik kak Melah ni.. Award ni memang seswai..
p/s kakmOn baru aje balik dari rumah Ummi Zaihadi, dia kasi lagi kakmOn Award My Heart biru itu. Cehwah.. Rasa macam kak Melah pulak naik ke pentas pakai baju Lip-Lap kau kunci hati..
Nak istiharkan, malam ini adalah hari award sedunia. I Lap U guysssssssss...
Errrrk.. ade lagi tak orang nak tambahkan award kat kakmOn???

Alahai macam dapat AIM pula rasanya. Terimakasih Ummi Zaihadi yang menganugerahkan 'Nice Matters Award' ini kepada kakmOn. Macam tau saja kakmOn suka sesangat pada ribbon embroidery nih. So sweet of you.
Yang kakmOn pikir sekarang ni siapa pulak nak kamOn turunkan anugerah ini yah!. Rasa-rasanya semua sudah dapat kan??
Ok lah, kakmOn panjangkang aja pada.. errrr
Calon-calonnya adalaaaaaaah.. tenining.. ning.. *sound efek kuali dan sudip besi menari*
1. Box House Studio
2. Majidah
3. Mamasya
4. Mamazieza
5. Pink Jambu (kakmOn tingat nak kasi anugerah ni sebab pink itu warna mu.. )
Sila angkut piala kaler pink tu kat umah masing-masing ek..
Terimakasih pada Mamasya yang bermurah hati mendapatkan saya 'Guling Tangan'(Alpha Biscuit Cutter) dan novel Kopi Susu Sepatu Biru tulisan Ruby Hazri ini. Sehingga saya tidak sabar-sabar test drive menggunakan cutter itu. Dan juga Ole-Ole cuti-cuti Mesia itu. Keropok pisang itu sekali ngap dah habis daaaah *tayang muka tak malu*. Dan dodol yang dibungkus dengan daun palas itu sungguh authentic rasanya. Sedap. Tas tangan unik itu sayang nak di pakai, kakmOn gantung aje buat perhiasan kat muzium kakmOn yah. Kini koleksi barang anyaman saya sudah bertambah. Terimakasih daun keladi, lain kali kakmOn mengusut lagi. Hehehehehe
Saya menerima SMS ucapan selamat tahun baru dari tengah malam hinggalah ke pagi ini. Di antara SMS yang banyak itu, saya amat tertarik dengan SMS yang diatas itu. SMS di kirim oleh kawan sekantor ku yang telah dua tahun menjadi surirumah sepenuh masa. Memang benar apa yang dikata. Terimakasih jua masih lagi mengingati saya disini dan memberi pesanan yang tembus ke jiwa. Sama-samalah kita ingat meningati, kerna kita manusia... Selalu lupa.