Thursday, March 08, 2012

Keajaiban


Salam pagi khamis yang barakah. Lelah belum lagi usai, tapi hati terlalu bahagia untuk berkongsi cerita di sini.. Acara Walkaton MERDEKA yang telah diungkayahkan oleh Mukim Kilanas di Masjid Kampong Bunut, pada hari ahad lepas, telah berjaya mengutip derma lebih BND$2,000.00 untuk Tabung Anak Yatim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan hasil jualan kek cawan sebanyak 1500 biji, atas rahmat dan izin-NYA jua.. Alhamdulillah Ya Rahman..


Menjunjung kasih yang tidak terhingga buat penduduk mukim Kilanas, kaum kerabat dan sahabat handai, berkat doa abiskita projek ini telah terhasil dengan jayanya..








Anekdot ~

Alhamdulillah syukur di atas limpah kasih sayang-NYA yang telah menganugerahkan keajaiban kudrat untukku memikul tanggung jawab yang teramat berat itu..

Saat aku memerlukan kekuatan mental dan fizikal, cabaran demi cabaran menghambat diri.. hanya mampuku lakukan berzikir dan bermohon pada-NYA.. agar DIA mempermudahkan pekerjaan itu. Dan akhirnya projek mega bersama Badan Muslimah Masjid Kampung Bunut terhasil jua dengan kasih sayang-NYA.

Dan aku benar-benar bersyukur kepada-NYA kerana telah mengirimkanku jurutera, ahli metametik, tukang kayu dan segala nama tukang untuk membantu meringankan bebanku..

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Wallahuakbar..









Akhir kalam, terima kasih seluas langit biru pada Yang Mulia Penghulu Mukim Kilanas dan Ketua Kampong Bunut yang telah memberi kepercayaan penuh untuk menghasilkan projek itu. Juga terima kasih setinggi langit ke tujuh buat Dayang Hajah Zaleha Awang Haji Momin, yang bertungkus lumus, bekerja dan membantuku, ke hulu ke hilir untuk menghasilkan yang TERBAIK, juuga pada pasukan Muslimah Masjid Kampong Bunut, yang berganding bahu menghias kek cawan dari petang ke malam dan sambung lagi hingga ke esokan paginya. Moga penat lelah abiskita mendapat ganjaran berlipat ganda dari-NYA jua. Amin Ya Rabbalallamin.

Barakahu fiikum