Salam pagi khamis yang barakah. Lelah belum lagi usai, tapi hati terlalu bahagia untuk berkongsi cerita di sini.. Acara Walkaton MERDEKA yang telah diungkayahkan oleh Mukim Kilanas di Masjid Kampong Bunut, pada hari ahad lepas, telah berjaya mengutip derma lebih BND$2,000.00 untuk Tabung Anak Yatim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan hasil jualan kek cawan sebanyak 1500 biji, atas rahmat dan izin-NYA jua.. Alhamdulillah Ya Rahman..
Menjunjung kasih yang tidak terhingga buat penduduk mukim Kilanas, kaum kerabat dan sahabat handai, berkat doa abiskita projek ini telah terhasil dengan jayanya..
Anekdot ~
Alhamdulillah syukur di atas limpah kasih sayang-NYA yang telah menganugerahkan keajaiban kudrat untukku memikul tanggung jawab yang teramat berat itu..
Saat aku memerlukan kekuatan mental dan fizikal, cabaran demi cabaran menghambat diri.. hanya mampuku lakukan berzikir dan bermohon pada-NYA.. agar DIA mempermudahkan pekerjaan itu. Dan akhirnya projek mega bersama Badan Muslimah Masjid Kampung Bunut terhasil jua dengan kasih sayang-NYA.
Dan aku benar-benar bersyukur kepada-NYA kerana telah mengirimkanku jurutera, ahli metametik, tukang kayu dan segala nama tukang untuk membantu meringankan bebanku..
Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Wallahuakbar..
Akhir kalam, terima kasih seluas langit biru pada Yang Mulia Penghulu Mukim Kilanas dan Ketua Kampong Bunut yang telah memberi kepercayaan penuh untuk menghasilkan projek itu. Juga terima kasih setinggi langit ke tujuh buat Dayang Hajah Zaleha Awang Haji Momin, yang bertungkus lumus, bekerja dan membantuku, ke hulu ke hilir untuk menghasilkan yang TERBAIK, juuga pada pasukan Muslimah Masjid Kampong Bunut, yang berganding bahu menghias kek cawan dari petang ke malam dan sambung lagi hingga ke esokan paginya. Moga penat lelah abiskita mendapat ganjaran berlipat ganda dari-NYA jua. Amin Ya Rabbalallamin.
Barakahu fiikum
2 comments:
Salam sis....fuh syoknya dan teruja serta asyik melihat projek mega dijalankan. Apapun tahniah pada semua crew yang menjayakan. Terutamanya sekali pada chef nina suria. Alhamdulillah allah permudahkan.
Tapi sesekali jaga diri ya. Bikin kuih tu ya bikin juga tapi kesihatan kena jaga juga dong sebab kita sayang banget sama sis nina suria. Nanti kalau sakit sang suria tidak bersinar lagi dong. Apa pun semuga allah memberikah kesihatan yang baik buat semua warga brunei. amin. Muaaaahhhhh
Salam notieku sayang, terima kasih juga kerna masih sayang pada kakmOn, Insya Allah kesihatan pasti akan diutamakan.. jika kudrat masih bertahan di jasad, Insya Allah kita akan cuba sedaya upaya untuk menjadi yang lebih baik dari semalam..
dan doa kaum kerabat, jua doa sahabat jauh dan dekat adalah kunci kejayaan kakmOn selama ini.. tanpa kamu siapalah aku di sini..
tiba-tiba hati diruntun pilu.. jika nini laki(atok) dan mak masih ada, pasti mereka tersenyum bahagia.. Al-Fatihah buat ninda dan bonda yang terlalu menyanyangi kampong halaman itu.. ^_^
Post a Comment