Friday, July 15, 2005


Selamat Puja Usia yang ke-59. (Baginda bersama pemimpin masa depan).

Friday, July 08, 2005

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik

Sejarah Indah negeri Brunei
Hassanal Bolkiah diputerakan
Lima belas haribulan Julai
Sembilan belas empat puloh enam

Selamat diputerakan
Paduka Seri Sultan
Pada Tuhan dipohonkan
Usia Baginda dilanjutkan

Putera tertua lagi gahara
Sultan Omar Ali Saifuddien
Diasuh jadi tampuk negara
Menuntut ilmu tekun dan rajin

Dirgahayu Baginda
Hidup aman bahagia
Selamat puja usia
Kekal memerintah negara

Hassanal Bolkiah dimashurkan
Jadi Pengiran Muda Mahkota
Pada Baginda puncak harapan
Negara makmur rakyat bahagia

Hassanal Bolkiah menaiki tahta
Ganti Paduka Seri Begawan
Rakyat jelata taat setia
Mendoakan kebahagiaan

Lagu: Dirgahayu
Pencipta: Haji Idris Haji Muhammad

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

5hb Oktober 1992 Baginda diarak disekeliling Bandar Seri Begawan dengan menaiki 'Usungan Diraja' semasa acara kemuncak Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Tahta

Mahkota Perpuspaan pada 1hb Ogos 1968

Baginda diarak menaiki 'Usongan Diraja' berangkat ke Lapau untuk menjalani 'Istiadat Perpuspaan'

Paduka ayanda Baginda memahkotakan pada 1hb Ogos 1968

Setelah Baginda dimahkotakan.

Monday, July 04, 2005


Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama-sama ayahnda, bonda serta adinda-adinda Baginda dalam tahun 1960an

Menuntut di Akedemi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dalam tahun 1966

Semasa Baginda menuntut di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS), Bandar Brunei pada tahun 1964

Baginda dengan adinda-adinda Baginda membuat private tution di Surau, Istana Darul Hana, Bandar Brunei dalam tahun 1950an

Pada tahun 1964 Baginda menuntut di Victoria Institution, Kuala Lumpur.