Friday, August 28, 2009

Salam Ramadan



Salam pagi jumaat semua. Kabare? Rindunya nak berkongsi rasa di sini. Dah lama KakmOn tak berblog, kan? Waktu terlalu mengikat KakmOn kebelakangan ini. Terlalu banyak urusan famili yang kena 'betulkan'. Manalagi permasalahan supir Bang Mat yang memeningkan kepala. KakmOn yang dah kena virus low HgB(haemoglobin) ni... makin bertambah2 parah dibuatnya. Hingga berpusar-busar bintang kejora atas kepala... Adusss

Pagi ini sungguh indah dari luar jendela dapur kakmOn. Jasmin lebat berbunga, harum semerbak sampai masuk kedapur. Tetiba kakmOn jadi bertenaga kembali. Dan mula menulis entri pertama di Ramadan Al-Mubarak ini. Harap-harap tenaga yang luar biasa ini dapat menghasilkan sesuatu yang manis di makmal kecil kakmOn ini.

Salam sayang buat semua tetamu tegar kakmOn.

Udang Rimau Cili Madu Tiga



1 kilogram Udang Harimau

Kisar kasar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
5 biji lada hidup (cili merah)
1 biji buah pala

Sos:
3 sudu besar sos cili Nasi Ayam Thailand
3 sudu besar sos cili Lingham
5 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram

3 sudu makan madu
2 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya




TUMIS bahan kisar hingga garing.
MASUKKAN bahan sos. Masak lagi hingga pecah minyak.
MASUKKAN udang harimau, madu, jus limau nipis dan garam. Masak 5minit.
ANGKAT dan taburkan daun sadri.
HDANGKAN sementara panas.

Tuesday, August 18, 2009

Monday, August 10, 2009

Mrs.Pot



Melihat teko ini waktu sarapan pagi, tiba-tiba... aku teringat pada Mrs.Pot ku di Seberang sana. Hari ini tanggal sepuluh Augustus adalah hari lahirnya..

Selamat puja usia yah. Moga Dia memberimu Ilham yang banyak. Dan selamat menulis yang manis-manis.

Dan kek unggu ini untuk mu, kerna ku tahu, unggu ini warna mu. Sayang dari adinda Amai mu.

Wednesday, August 05, 2009

Salam Nisfu Syaaban



Kelmarin
hujan merintik basah
Jasmin mengembang penuh
aroma wangi memeluk tanah

Duha tadi
sang mentari merah menyala
Murka

Langit lemas
mengangkat dosa-dosa bumi

Lalu aku rindu lagi..
pada hujan..

Tuhan..
berilah ampunanMU
bumi perlukan rahmahMU

Astaghafirullah Al Azim..
Ya Haiyu..
Ya Qayum..