Friday, November 07, 2008

Salam Wida


RestQ Biscuit
1 kotak biskut mini crackers
250g krim keju(suhu bilik)
250g krim putar
1 paket cheese slice(optional), 1 slice dipotong 8
100g keju parut Cheese Cheddar
1 tin Black Cherry filling(optional/boleh diganti filling kegamaran)
1. Susun biskut crackers diatas dulang. Letakkan slice cheese diatasnya. Ketepikan.
2. Pukul krim keju hingga lembut(1-2minit)
3. Masukkan krim putar dan pukul lagi hingga gebu(3minit)
4. Paipkan krim keju keatas biskut diatas dengan membuat lingkaran dan lubang ditengahnya.
5. Istikan lubang ditengah itu bersam black cherry.
6. Hiaskan dengan parutan keju. Hidangkan serta merta.
Nota Yagan:
Salam buat pembaca semua. Dari lubuk hati yang paling dalam, saya memohon kemaafan kepada kakak-kakak, adik-adik, teman-teman dan tetamu blog ini semua. Saya memang tidak dapat melunaskan janji-janji saya disini. Emel-emel sahabat-sahabat yang menunggu jawapan dari saya, ampunkan saya eena, Tun Zareda, Ellieze de Heart, kak Narzalina Othman, Vivian, Ally, Ida dan nama yang tak sempat saya catatkan disini. Insya Allah ada waktu saya akan berkongsi resepi Sinah Bisc disini.

Pada yang bertamu dijendela, terimakasih seluas langit yang terbentang kerna masih sudi lagi memeriahkan rumah saya walau saya tidak sempat ber'hai-hai' dan ber'bai-bai' seperti biasa. Terimakasih Aishah-UmiAqil, Ummi, Jun, Hana, Mamazieza, Mamasya, Zuhri, Sapurah, Sayang79, diva hantu, Natrah, Zaiful, Mat Gebu dan pada semua tetamu sepiku.

Saya dalam keburu waktu. Tekanan kerja rumah dan kantor yang menggunung membuat nafas saya semakin singkat. Langkah saya tersekat-sekat. Ampunkanlah saya. Mungkin inilah entri terakhir dari saya pada musim 2008 ini. Doakan semoga Allah memberi kelapangan urusan saya, dunia dan akhirat.

Saya terpaksa pergi dulu, ada cerita yang saya kongsikan
disebelah. Pergilah kesana. Moga Allah melapangkan dan merahmati perjalananku. Amin Ya Raballalamin.

Tuesday, October 21, 2008

October birthday

17.10 - Hakeem, Ogy dan Aqil
19.10 - Haji Zaki
21.10 - Leyinah dan Ikwan
24.10 - Aunty Kiah
31.10 - Bungsu Nonong








Hari ini si jentayu ku Leyinah genap lima tahun usianya. Dia sudah menghitung hari sejak berbulan-bulan yang lalu. Setiap kali saya membuat kek fondant yang ditempah pelanggan pasti dia seksokseksok dibalakang nak sebiji macam tu. Dream cakenya jadi berubah-ubah setiap masa.

Terakhir, saya membuat kek tiga tingkat untuk sepupu saya yang bertemaka Hari Raya. Saya tambahkan tiga anak dara ceomel bergaya dengan baju raya untuk menampilkan sausana raya pada kek tersebut. Salah seorang dari mereka sempat saya sisipkan sampul hijau di tapak tangannya. Kek tiga dara itu benar-benar memikat Leyinah. "Babu... Leyn mau kek besdey camani.. Bulih???" Sambil menarik-narik tangan ku. Saya cuma angguk saja. Matanya mula berkelip-kelip kegirangan.

Akhirnya pada jumaat itu dia merengek nak kek hari jadinya 5 tingkat serba berdiri. Hahahahaha si kecil ku itu semakin tinggi fantasinya. Manalah saya mampu menyiapkan kek setinggi itu. Sedangkan hari jumaat itu ada dua biji kek hari jadi bersama 200biji kek cawan lagi yang mesti saya siapkan dengan kadar SEGERA.

Dengan masa kecederaan itu saya cuma sempat membuat tiga tingkat kek fondant biru air laut untuk dikongsikan kepada saudara sepusat sepusing dan sepupu sepapat yang menyambut puja usia bulan oktober ini.



Maaf sayang, tunggu babah balik babu buatkan satu lagi untuk Leyinah seorang. Selamat hari lahir moga menjadi anak yang solehah dan mengembirakan babu-babah dunia dan akhirat.

Tuesday, October 14, 2008

Salam Lebaran

Jika ada langkah yang menoreh hati
ada tingkah membekas luka
ada kata yang tak terjaga
ada janji yang tak tertunai
ada hati yang berperasangka
serta ucapan berbunga dusta
mohon dibuka pintu kemaafan
Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin


~Pinjam teks dari dinda Dang Sari a.k.a Aida Adriani~

Salam Aidilfitri buat saudara-saudaraku yang jauh dan dekat, juga kepada semua pengunjung-pengunjung setia blog ini. Setelah mendengar khabar yang mendukacitakan, lidah jadi kelu. Perbendaharaan kataku juga hilang, terbang entah kemana. Padahal tadinya aku ingin berkongsi cerita yang sarat didalam dada. Hingga saat ini aku masih diburu rasa terkilan yang amat sangat. Moga roh adindaku Dang Inoi a.k.a Nur Khairiah Singka ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin Ya Rabalalamin.

Tuesday, September 09, 2008

Strawberry Truffles

Salam pagi Selasa. Seperti yang kakmOn janjikan, saya akan cuba menyusup masuk kedapur ini dicelah-celah kesibukkan tugas seharian yang tak pernah surut.

Nah! Ini adalah salah satu daripada hidangan yang mampu kakmOn siapkan untuk tetamu kakmOn disini untuk minggu ini. Jika ada kelapangan kita akan bertemu lagi dilain waktu. Ampun, saya terpaksa pergi dulu.

Pada yang berkicau dijendela kakmOn itu, terimakasih menceriakan rumah kakmOn yah!. Ada waktu pasti kakmOn turut bernyanyi sama. Sekarang Puan Normah lagi pulun siapkan sesuatu dibelakang. Selamat mencuba... Daaaaaar..



A

50 gram badam cencang

1 cawan air panas(mendidih)

1 cawan coklat cair(cadburry)

1 cawan puri stroberi

1/2 cawan golden syrup(madu)

Kek coklat secukupnya(di potong kecil-kecil)



B

1 paket Milk Chocolate Cadburry dicairkan

Serbuk koko secukupnya



1. Campurkan semua bahan A kedalam mangkuk dan gaul hingga rata. Jika masih kering tambahkan sedikit lagi puri stroberi dan air panas. Jika terlalu basah tambahkan kek.

2. Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 2jam.

3. Keluarkan kek dan bentukkan bebola kecil atau mengikut selera.

4. Masukkan kembali kedalam peti sejuk 2jam.

5. Keluarkan bebola kek tadi dan celupkan kedalam coklat cair. Keringkan.

6. Bedakkan dengan serbuk koko.


Nota Yagan: Pada adik-adik yang membuat kek tak menjadi atau yang TERbantat.. Jangan dibuang. Kita boleh gunakan kek tersebut untuk menjadi hidangan yang 'malatop'. Gunakanlah resipi truffle ini. Atau adik-adik boleh mengubah bahan-bahan cecair dengan bahan lain. Seperti kopi misalnya. Ataupun gunakan jus buah-buahan untuk mengadun kek tersebut.
Untuk tahan lama masukkan truffle ini kedalam balang yang kedap udara dan simpan di peti sejuk jika belum dihidangkan.

Sunday, September 07, 2008

Award

Dari Mamafami

Dari Ummi Kuantan

These are the rules of the award ~

1. Choose five blogs you consider deserving of this award. (Creativity, interesting material, etc.)

2. Each award includes the name of the owner of the blog and his/her link.

3. Each award winner has to show the award and put the name and link to the blog that has given her or him the award itself.

4. Award winner and the one who has given the prize have to show the link of “
Ini pun Ummi jugak
Ummi Lagi..


Dari Cik Mat Gebu kita yang sangat rajin berkemas mengalahkan anak dara pingitan kakmOn
Salam Ramadan. KakmOn benar-benar lelah tahap kucing beranak 12. Eh! Betulkah kucing nih.

Ini adalah diantara award-award yang dah bekurun lama dianugerahkan oleh saudara-saudara dan suku-sakat kita. Maaf jika ada award adik-adik yang tertinggal lagi.. KakmOn benar-benar perlukan tong oxygen sekarang...

Nanti kita sembang lagi yah, kakmOn nak masuk makmal sepagi ni. Banyak tugasan yang perlu saya siapkan dengan kadar SEGERA. Insya Allah kakmOn akan cuba mencari sedetik waktu untuk berkongsi hidangan Aidilfitri yang tak lama lagi menjelang.

Sayang setambun dari KakmOn.

Thursday, August 14, 2008

Salam Sya'ban

Terimakasih kerana masih sudi mengunjungi saya disini serta memeriahkan ruang anjung kakmOn. Walau saya tak mampu lagi berkicau dan menziarahi dapur kakak-kakak dan adik-adik semua namun kamu tetap dalam ingatan.

Juga terimakasih pada semua yang telah memberikan award-award yang belum sempat saya gantungkan disini. Juga pada e-mail yang belum mampu saya balas, harap sabar yah. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki saya memohon maaf pada semua. Maaf zahir dan batin.

Oh yah! Pada yang nak tahu apa kakmOn buat seminggu-dua ini.. Hah inilah diantara hasil pertapaan saya. Saya tidak dapat berlama-lama disini, ada waktu pasti saya akan berkicau kembali. Sampai ketemu lagi dan salam sayang semua...





Friday, August 01, 2008

Julai da buzzday

































My last-minute barbie doll birthday cake. Uuuuuuh *big sigh*






Birthday Buzz
11.07 - Waheeda
12.07 - Izzaty
13.07 - Humairah
14.07 - Syasya
15.07 - Minah
16.07 - Lutfan
28.07 - ALim
31.07 - Ryn

Monday, July 28, 2008

Brownies

Salam semua. Apa khabar? Harap semua sehat dan ceria. KakmOn masih lagi tanat(pulun) menyiapkan tempahan yang tak surut-surut.

Sudah lama kakmOn tak menghidangkan juadah untuk tetamu kakmOn disini. Masa terlalu cemburu dengan kakmOn agaknya ;)

Pada emel-emel kakak-kakak dan adik-adik yang belum sempat kakmOn balas, ampunkan kakmOn. Nanti jika ada kelapangan pasti kakmOn jawab, sabar yah

Ok hari ini kakmOn kongsikan brownies labok untuk tetamu kakmOn disini

5 biji telur(dipukul ringan)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh bicarbonate soda(optional - kakmOn tambahkan supaya dia ringan sedikit)
2 cawan gula perang(kisar halus)
1/4 cawan serbuk koko Hershey
1 cawan unsalted butter(cairkan)
1 cawan krim putar(1/2 susu segar pun ok)
1 cawan kacang badam cencang

1. Satukan bahan kering dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Mentega dan coklat cair disatukan didalam mangkuk lain.
3. Adun(gunakan garfu) sebati telur dan krim dalam mangkuk lain kemudian masukkan perlahan-lahan kedalam bahan kering(pukul 1 minit gunakan low speed cake mixer).
3. Masukkan adunan mentega dan coklat cair perlahan-lahan dan pukul lagi hingga licin(2minit).
4. Masukkan kacang badam dalam adunan kek dan kaup-balik-balikkan hingga rata.
5. Bakar 165celcius selama 40minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dan potong-potong mengikut suka dan bedakkan dengan gula aising sebelum menghidang :p

Monday, July 14, 2008

Kakak did a great job




Artikel kakak buat bersama dua orang lagi kawannya ini dikeluarkan oleh Borneo Bulletin pada AHAD semalam. Dari cerita hingga ke 'layout', mereka yang sendiri merekanya. Tahniah sayang.
Posted by Picasa

Sunday, July 06, 2008

Ku mohon restu...








Saya membuat kek ini tiga hari. Bermula khamis malam dengan membuat cake topper iaitu pengantin lelaki dan sambung lagi pagi esoknya dengan pengantin perempuan. Di sebelah petang saya membuat 1.5kg rolled fondant bersama anak dara saya. Kami bergilir mengadun gula aising yang likat dan keras itu. 10 minit mengacau anak dara saya sudah angkat tangan. Saya mengambil tempatnya dan mula mengacau pantas, takut rolled fondant itu berketul. Bila sudah keras sangat, saya keluarkan dari kuali dan terus menguli diatas papan pencanai. 15 minit saya menguli rolled fondant itu baru terasa lembut dan elastik. Tangan dan bahu saya sudah terasa sakit amat.

Bila rolled fondant itu sudah nampak licin dengan Bismilah saya pun mula membungkus kek coklat yang pertama(kek tingkat atas). Sizenya cuma 3"x3"x3". Tangan saya mula 'kajar-kajar'(menggeletar). Takut sesangat. Alhamdulillah, akhirnya kek coklat itu kemas saya bungkuskan. Cuma ada sedikit kesilapan, saya menggeling terlalu nipis rolled fondant itu. Bayangan kek coklat dibawah lapisan fondant itu ketara jelas. Anda pasti nampakkan?

Kek yang kedua 8"x8"X3", saya sudah tahu tekniknya. Saya cuba tebalkan 1cm rolled fondant dari yang pertama tadi. Kek itu berjaya saya bungkuskan dengan lebih kemas dan halus.

Saat yang paling mendebarkan adalah bila saya meletakkan kek kecil itu diatas kek besar. Saya ngilu. Takut kek itu 'tarpariduk'(runtuh) seperti kek yang terdahulu saya buat. Alhamdulillah saya berbisik sekali lagi didalam hati bila melihat kek itu cantek berdiri.

Kini cuma tinggal meletakkan sepasang pengantin itu. Oleh kerana saya tidak mempunyai CMC glue, saya tusukkan cucuk sate didalam badan pengantin itu supaya dia tegap duduk diatas kek itu. Setelah pengantin itu siap saya dudukkan, saya membuat sebuah buku lagi untuk menulis message si penempah. Sedar tak sedar rupanya sudah tengah malam. Saya berhenti dan memasukkan kek 90% siap itu kedalam almari kaca yang tertutup rapat.

Pagi sabtu saya keluarkan kembali. Ya Allah! pengantin lelakinya tumbang sedikit kekiri. Pengantin itu belum cukup kering dan berat sangat untuk sebatang cucuk sate. Pelajaran yang ketiga yang wajib ku perbaiki; keringkan dulu cake topper sebelum diletakkan keatas kek.

Sementara menunggu anak-anak bersiap untuk kesekolah, saya sempat meletakkan bunga-bunga fondant untuk menambah-serikan hiasan kek tersebut. Saya tinggalkan kek tersebut diatas meja dengan menumpukan hembusan angin air-conditioner tepat kearah kek tersebut. Saya ingin kek itu cepat-cepat kering dan keras.

Tengahari saya balik kerja saya terus menyambung lagi mendandan kek tersebut untuk final touch. Pukul satu petang kek itu siap 100%. Alhamdulillah, saya bersyukur kepadaNYA telah memperkenankan doa ku.

Thursday, July 03, 2008

Pemenang PIF(Pay It Forward)





Salam semua. Sudah lama saya tidak berkicau disini. Kerja yang menggunung membuat saya semakin semput. Ditambah lagi semenjak kehilangan ekstra tangan dan kaki. Pembantu saya bercuti 3minggu yang lepas dan dia akan melapur kembali pertengahan julai ini. Bang Mat pula dua minggu outstation. Maka lengkaplah penderitaan saya. Saya kena buat semua benda, dari menghantar dan mengambil anak sekolah hinggalah kerja yang remeh-temeh. Mana lagi projek Gayah Enterprise yang semakin kencang. Saya benar-benar lelah. Penat ya ampun. Akhirnya saya mengambil keputusan menutup Gayah Enterprise buat sementara waktu. Maafkan saya dari hati yang paling dalam.

Kita lupakan sekejap cerita kakmOn diatas itu. Ingat tak permainan yang saya poskan di entri dua bulan yang lalu. Klik PIF supaya lebih jelas. Hah! ini lah pemenang nya :
1. Sharulia dari Mukah Sarawak
2. Notie dari Johor
3. Ummi dari Kuantan


Saya ingin melunaskan hutang-hutang saya ini sebelum saya 'berpergian'. Pada Sharulia tolong berikan alamat saudara di kotak komen ini atau emelkan kepada ninasuria@gmail.com

Insya Allah sebelum Syawal menjelma saya ingin hadiah-hadiah itu sudah sampai ketangan pemenang. Dan jangan lupa ' YOU WERE BOUNDED BY PIF'S RULE'. Dan terimakasih kerana sudi memeriahkan blog ini. Sayang dari kakmOn.