Tuesday, September 09, 2008

Strawberry Truffles

Salam pagi Selasa. Seperti yang kakmOn janjikan, saya akan cuba menyusup masuk kedapur ini dicelah-celah kesibukkan tugas seharian yang tak pernah surut.

Nah! Ini adalah salah satu daripada hidangan yang mampu kakmOn siapkan untuk tetamu kakmOn disini untuk minggu ini. Jika ada kelapangan kita akan bertemu lagi dilain waktu. Ampun, saya terpaksa pergi dulu.

Pada yang berkicau dijendela kakmOn itu, terimakasih menceriakan rumah kakmOn yah!. Ada waktu pasti kakmOn turut bernyanyi sama. Sekarang Puan Normah lagi pulun siapkan sesuatu dibelakang. Selamat mencuba... Daaaaaar..



A

50 gram badam cencang

1 cawan air panas(mendidih)

1 cawan coklat cair(cadburry)

1 cawan puri stroberi

1/2 cawan golden syrup(madu)

Kek coklat secukupnya(di potong kecil-kecil)



B

1 paket Milk Chocolate Cadburry dicairkan

Serbuk koko secukupnya



1. Campurkan semua bahan A kedalam mangkuk dan gaul hingga rata. Jika masih kering tambahkan sedikit lagi puri stroberi dan air panas. Jika terlalu basah tambahkan kek.

2. Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 2jam.

3. Keluarkan kek dan bentukkan bebola kecil atau mengikut selera.

4. Masukkan kembali kedalam peti sejuk 2jam.

5. Keluarkan bebola kek tadi dan celupkan kedalam coklat cair. Keringkan.

6. Bedakkan dengan serbuk koko.


Nota Yagan: Pada adik-adik yang membuat kek tak menjadi atau yang TERbantat.. Jangan dibuang. Kita boleh gunakan kek tersebut untuk menjadi hidangan yang 'malatop'. Gunakanlah resipi truffle ini. Atau adik-adik boleh mengubah bahan-bahan cecair dengan bahan lain. Seperti kopi misalnya. Ataupun gunakan jus buah-buahan untuk mengadun kek tersebut.
Untuk tahan lama masukkan truffle ini kedalam balang yang kedap udara dan simpan di peti sejuk jika belum dihidangkan.

4 comments:

Sri Diah said...

Yeay... pasti ada hidangan tersedia di sini. Sungguh menyelerakan, apalagi menjengahnya di bulan puasa dan si syaitan tu dok menggoda-goda... kadang-kadang air kosong itu pun nampak sedap berselera... apalagi Strawberry Truffles yang sungguh ummppph ini!

Salam 10 Ramadan terakhir, semoga kita mendapat berkatNya. InsyaAllah.

sakurasa 2 said...

Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin

MamaFaMi said...

Sedapnya truffles ni Kak Mon... geram tengok. Rasa macam nak picit picittttt je...

AKuP said...

kakmon.. stoberi truffle dah masam ni.. bila nak hidang kuih raya baru nih... hehehe...