Saturday, April 28, 2007

Salam seketul Coklat



Booth No. Jemari Seni Publishing telah ditukar kepada 3155. Kepada yang berminat untuk memiliki buku resipi Bagas Tangan Bu Apsah silalah berkunjung ke tingkat 3, PWTC Kuala Lumpur. Kami menanti anda disana. Atau berhubung terus ke Jemari Seni Publishing untuk mendapatakan secara online.

Saya akan berada disana pada 5hb Mei 2007 pukol 3:00 petang - 8:00 malam. Jika anda bernasib baik pada hari tersebut pasti akan menerima tanda hati diatas ini. Terimakasih mengunjungi kami disana.

Nota untuk AANZ:

Pertama sekali saya hendak mungucapkan terimakasih dan tahniah menjadi orang yang pertama memiliki buku resipi Bagas Tangan Bu Apsah itu, saya sendiri pun belum lagi berkesempatan melihat rupa BTBA itu. Beruntunglah anda.

Maaf Tag Board(message shout box) didalam blog ini tidak berfungsi dengan sebaiknya. Dia dah jadi biskut, sekejap ada sekejap tak ada. Bukan saya yang membuang message anda di Tag Board tersebut. Maaf sekali lagi.

Mengenai pertanyaan anda itu akan diambil perhatian dan jika anda mempunyai kelapangan datanglah berjumpa saya sendiri pada 5hb Mei pada masa yang dijadualkan itu. Ada sesuatu menanti anda. Jangan lupa perkenalkan diri anda yah!. Atau emel saya sinahbisc@yahoo.com atau ninasayu@yahoo.com.sg . Wassalam.

Wednesday, April 25, 2007

Tetamu istemewa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007


Birunila




Forget-Me-Not



Jika anda bernasib baik pasti akan bertemu Si manis Birunila dan Si kembar tak seiras Pink Jambu ini disana. Dihadiahkan istemewa hanya untuk 50 pembeli pertama buku resepi Bagas Tangan Bu Apsah pada 5hb Mei 2007 di PWTC nanti. Jumpa disanaaaaaa...

Monday, April 23, 2007

Bagas Tangan Bu Apsah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 27hb April - 6hb Mei 2007



RM$20.00/BND13.00

Booth No.3193, Tingkat 3, PWTC Kuala Lumpur

10:00a.m - 8:00p.m

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jemari Seni Publishing.

Sunday, April 22, 2007

Santapan hari ini


Scone sarapan pagi


Lauk Rabus Trajun makan tengahari


Yang ini mahluk yang turun entah dari mana...
Pagoda Cauliflower hehe..


Posted by Picasa

Tuesday, April 17, 2007

Kusui Bu Apsah

Posted by Picasa


A
1 biji piasau yang mangkal(kelapa muda yang sudah keras isinya)

B
1 cawan gula anau
1 cawan gula pasir
2 cawan air
3 lembar daun pandan(dimamar dan disimpul kemas)

C
2 cawan air
1 tin susu cair nestle
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung sagu/tepung ubi kayu(aku guna tepung beras)
3 sudu makan air kapur
3 sudu makan browning sugar(aku guna chocolate paste, keluarga hubby guna kicap manis)

  • Sediakan periuk kukusan diatas api.
  • Buang kulit ari piasau dan garut(parut).
  • Campurkan piasau garut dengan 1 suduh teh garam(pilihan) dan kukus 3minit. Ketepikan.
  • Campur semua bahan B dan rebus sehingga gula larut. Ketepikan.
  • Campur semua bahan C, kacau sebati.
  • Masukkan bahan B kedalamnya dan kacau lagi hingga sebati.
  • Jika adunan berketul, tapiskan sehingga licin.
  • Tuang kedalam dulang kek yang dilengserkan minyak makan.
  • Kukus selama 30minit atau sehingga masak.
  • Bila sudah sejuk barulah dipotong.
  • Salutkan dengan kelapa parut dan hidangkan

Nota: Untuk Suka Masak, kebetulan kemarin balik keraja, anak teruna ku baruah pariok balanga manulus nindah kan dimakan. Inda jua sampai ati meliat usulnya atu, walau ngalih alum ilang, dikuatkan tah jua mambuat mangkanan untuk minum patang.

Tangan amai ani pun baruah adunan kuih cincin inda menjadi(disebabkan gula anau yang inda pure) kemarin bahari didalam esbok. Untuk mengelakkan pembaziran, akal diyamon pun datang, maka terhasil lah kuih kusui yang kita tisliur kan atu. Harap-harap abiskita berpuas ati.

Thursday, April 05, 2007

Kuih Melayu Brunei


Penganan Cincin

Catatan Yagan: Kuih melayu Brunei ini menggunakan Gula Apong a.k.a Gula Anau bukannya Gula Melaka.
Posted by Picasa

Gula Apong a.k.a Gula Anau

Pohon Apong ini memang tumbuh subur di sungai Brunei

Kiri: Berus untuk menyuci buluh(bekas penyambut air nira). Juga diperbuat daripada batang daun Apong, hujung batangnya di ketuk sehingga pecah dan bersabut.


Kanan: Alat untuk 'mengulit'(mengaut) Gula Anau yang telah masak. Diperbuat daripada tempurong piasau(kelapa) yang telah dibelah dua dan dipakukan sebatang kayu untuk memudahkan mereka mengaut gula anau yang pekat dan melekat.

Buluh dipotong dan dibersihkan. Dikeringkan diatas para sebelum digunakan untuk mengumpul air tuak(air nira yang keluar mengalir dari pohon Apong yang telah dipotong).

Selepas tiga hari pemotongan pohon Apong baharulah buluh penyambut air tuak diletakkan disisi pohon Apong untuk mengumpulkan air tuaknya.

Air tuak dimasak didalam kawah sehingga air 'didehnya' tinggal 1/9 bahagian sahaja. Kemudian apinya pun dimatikan. Dibubuhkan lagi bahan 'indong'(gula anau yang sudah masak) untuk mempercepatkan proses pemekatan.
Sumber: Othman Haji Mat Don. "Perusahaan gula apong".
Bahana 15(32) 20-24

Inilah rupa gula apong atau dikenali dengan nama gula anau di Brunei. Ianya sedap juga dimakan bersama nasi panas atau pun ubi kayu rebus.


Jenis gula ini pula dikenali dengan nama Gula Melaka di Brunei dan digelar Gula Nira di Semenanjung.


Posted by Picasa

Wednesday, April 04, 2007

Kata Alu-Aluan dari Tokoh Wanita Brunei Kita

Bismillahir Rahmanir Rahim

Terlebih dahulu saya sukacita merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dayang Nina Suria yang telah memberi penghormatan kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata dalam buku ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau kerana telah berjaya membukukan hasil-hasil ciptaan masakan ibu beliau yang lebih dikenali oleh kami sebagai Dayang Hajah Halimah Haji Yussof.

Nama Dayang Hajah Halimah tidak asing lagi di kalangan kami ahli-ahli Persatuan Pertiwi, Negara Brunei Darussalam. Beliau seorang yang aktif dalam berbagai-bagai kegiatan termasuk pernah menjadi ahli Jawatankuasa, tetapi bidang yang benar-benar membuat namanya terkenal ialah bidang masak-masakan. Dalam Pameran Urusan Rumahtangga yang dikelolakan oleh Persatuan Pertiwi setiap tahun sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Brunei dan Muara tahun-tahun lapan puluhan dan awal sembilan puluhan, Dayang Hajah Halimah telah menggondol hadiah dalam tiap-tiap kategori masakkan yang disertainya dan beberapa kali memenangi hadiah terbaik bagi keseluruhan dan menerima hadiah yang disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dalam Majlis Perasmian Dan Penyampaian Hadiah bagi pameran tersebut.

Saya yakin buku “Bagas Tangan Bu Apsah” ini akan dijadikan satu bahan rujukan oleh wanita-wanita terutama yang mengenali Allahyarhamah Hajah Halimah khasnya dan wanita-wanita lain amnya.


Datin Paduka Hajah Jusnani Haji Lawie
Pengerusi Tetap Persatuan Pertiwi 2006-2008

Posted by Picasa

Buku Masakan - BAGAS TANGAN BU APSAH


Posted by Picasa