Sunday, November 28, 2004

Cencaru

Dari kemarin sudah ku cuba untuk membisaikan rumah ku ani inda jua mau bisai-bisainya.. macam-macam saja ulah nya... mula-mula ilang guest counter ku, pas atu ilang tia lagi chatter box ku.. Pas atu teturun tia kebawah sidebar information ku.. adiiih sangal ku meluruskan. Mana lagi link ku becelaru... entah apa-apa saja bekeluaran..... atu baru ya bejabirrrrrr.

Sangal-sangal ku ku copy n paste tah ganya html code ku atu... at last iatah usulnya ni... doi malai ku.... bai hawa..... nya dangan..... inda beusul........

Bah kalau ada orang pemandai atu.... bagi tah ku hint cana kan import export image atuuuu, dialu-alukan tah menurunkan ilmu abis kita atu.... tuk amal jariah..... hehehe... Baik jua tangah cuti awam... kalau inda tegundala tah krajang ku ni.....


Saturday, November 27, 2004

Lagi... babu dalam kenangan.

My sis Ryn left a comment tadi pagi... tentang my tulisan 'Babu dalam ingatan' tu... mengusik jiwa... katanya uhuk.. uhuk... sedihnya. Jangan kan dia aku lagi amat terasa bila I mengingati semua tu... Waktu I masak untuk majlis tahlil raya pertama hari tu pun.. I tak dapat nak menahan perasaan sayu.. Malam raya tu I balik kampung dengan anak I yang ketiga Lutfan untuk menyiapkan hidangan untuk esok paginya.. actually my house dengan rumah my late mom tu.. tak lah jauh sangat, lebih kurang dalam 20 minit dah sampai. I janji dengan my sis Ryn untuk masak kat rumah mak pada malam tu... tapi Ryn datang lambat sikit, pukol 10 .30 malam baru dia tiba dengan bread puddingnya.. sibuk mengemas rumah katanya.. konon... Tak pelah.. I sudah pun siap masak kari ikan, ayam kicap manakala paceri nanas masih lagi di atas 'tambak' , cuma tinggal nak masak rendang daging saja lagi (I terpaksa tunggu sis Ryn sebab dia yang beli daging tu..). I terpaksa masak jenis masakan yang tahan sikit... Dalam hati kalau my late mom ade.. dia akan buat semua ni... (apa nya orang Brunei.. dikuisnya ganya dangan batis....) semua nya tak payah susah-susah fikirkan semua ni... kita cuma tinggal datang waktu pagi saja... makanan semua dah tersedia dihidang. Airmata turun lagi.... bak kata Noor Suraya dalam novel nya 'Rindunya semakin membara' ......Perempuan ni memang tak dapat lari daripada air mata. Perkara yang gembira.. perkara yang sedih semuanya mestikan diraikan dengan air mata...

Teringat kembali tentang kepakaran my late mom ni... I jadi rasa sedih sangat.. . You bayangkanlah... serba serbi dia boleh buat.. Baik ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Memang susah nak dapat mak yang serba serbi dia tahu buat ni...

Masa kecil dulu mak I ni ambil upah jahit baju; baju kurong, kebaya dan baju fesyen... Semua baju kakak I dan adik-adik I dia yang jahit. Buat bunga, gubah bunga pun dia pandai... kadang-kadang tu ada orang kampung dan kawan-kawannya yang tempah. Jadi mak andam pengantin pun dia dapat buat... Apalagi dalam hal masak memasak... lagi terror...

Kekadang tu ada masanya orang meninggal dunia memerlukan tenaga 'Penggapai' (orang memandikan jenazah) pun dia pergi jugak... Di kampung kami masa dulu tu ada kelas fardhu ain dan fardhu kifayah dikelolakan oleh Jabatan Ugama. Pada waktu tu gurunya yang mengajar adalah seorang Malaysian namanya Cikgu Meskin, lupa pula asalnya ye.. Johor ke... Kelantan... tak ingat lah. Guru yang satu ni lah banyak mengajar dia, dan pada masa tu tertubuhnya kumpulan mengaji Quraan dan Zikir Marhaban di kampung I. Kalau bulan Ramadhan dirumah-rumah dikampung I, bergilir-gilirlah orang bertedarus dari rumah kerumah.... sampai kehari ini. Alhamdullilah ...

So kami anak-anak beliau (4 orang perempuan n 5 lelaki semuanya) tak ada seorangpun yang sehebat dia.. hanya memiliki sedikit dari kepakaran beliau. Macam my eldest sis Mina baru berjinak-jinak jual nasi lemak dipasar malam, my sis Ryma hanya ambil bakat menjahit.. bila dia buat jualan nasi lemak bulan lepas.. dia komplin kepenatan... tak sanggup buat lagi (hehehe awal-awal dah surrender), my sis Ryn pun tak tahu nak kata ape ye... dia ni suka buat bunga jugak... suka menyolek ana-anak buah... hahaha... kira ok lah jugak.. I think her talent was her creativity on doing 'art attack ' (hehehe... sorry sis bejabir tah ku jua). And I myself suka masak... tu aje... yang lain-lain tu habuk pun tarak.... Tuhan tu maha adil dia beri kepakaran mak I tu kepada anak-anaknya seorang satu..... wallahuwa'lam

Okeylah sudah tia kali dulu ku bejabir ani... karang riuh lagi my sis Ryn.... Makan masa kerajaan... (harta ismit luar negeri).

Jasa ibu akan ku kenang selamanya... memori indah tika kita berkumpul sekeluarga dihari lebaran tahun lepas masih segar dimata...

Di waktu malam memasang dupa
Dupa dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak kulupa
Bagaikan rambut bersimpul mati

Pantun ni I petik dari Novel Noor Suraya - 'Rindunya kian Membara' (maaf ye Kaksu tanpa permission lebih dulu.. dan buku ni dari awal lagi I baca buat I terlebih emosi... )

Noor Suraya Rindunya kian Membara Posted by Hello

Thursday, November 25, 2004

Babu dalam ingatan

Hari Raya ni I dihidangkan Laksa 3 kali. Mula-mula I makan dekat rumah my sis Ryma di KB, dia hidangkan I dengan Laksa Serawak, kali kedua masa dekat rumah my aunt dia hidangkan soto (sangat popular diBrunei menyerupai dengan mee sop) dan kali ketiganya pulak semasa my officer open house dia hidangkan Laksa Johor.. Bila I makan laksa-laksa tersebut... teringat pulak laksa my late mother yang buat dulu... It was nyaman tapi bahan-bahan nya terlalu banyak yang perlu disediakan.

Masa dulu awal 80an my late mother jualan makanan di Gerai Ramadhan, di depan padang Seri Begawan. Beliau jual nasi lemak, nasi beriyani, kari ayam, daging rendang, sambal pusu, sayur-sayur kampung, laksa rebus, mee goreng, cucur udang, acar sayur, kueh talam, kueh naga sari, kueh bongkol, kueh kesamak dan bermacam-macam jenis kueh asli. You just imagine she buat that all.. prepared all those thing since dawn.. Cooking all those dishes... Sometimes she cooked 3 to 4 items at a same time. You all bayangkan lah macamana dia buat... apa lagi macam silat kuntau, kalah pendekar mosterrrr... (Bujang Lapok) hehehe. My eldest sis mina, sis ryma n I helping her sikit-sikit jugak lah, tipulah kan... kalau dia buat sorang-seorang semua tu.... Tapi walau macamanapun hasilnya lumayan. Beliau dapat jualan kadang-kadang tu sampai B$1000 sehari, pukol-rata dariB$700 -B$900 sehari (belum tolak model lah).

Lain lagi cerita dia jual kek lapis, kek roll dan beranika jenis biskut untuk raya. Maka kami adik-beradik pun ikut sibuk membantu membuat kueh-kueh tersebut. Dia ni kan... kalau you all nak tahu... tak kenal erti penat... macam-macam saje dia buat, baginya kalau semua 'bagas tangannya' itu disukai ramai itu sudah memberi kepuasan kepadanya...

Actually my mom ni kira handalah dalam hal urusan rumah tangga.. menghias bunga, menjahit baju, apa lagi dalam hal masak memasak... kalau ada kenduri-kendara dialah yang sibuk sekampung masak itu.. masak ini... I bukan nak puji... 'yang banarnya' (Kata orang Brunei). And you all jangan terkejut if I said my mom's recipes were published more than 80 recipes by RTB (Radio Telvisyen Brunei) . And ada one program tu named 'Mari Memasak' also produced by RTB and it was viewed sampai ke Singapura... (what I remember that program was bagi pertukaran rancangan Brunei-Singapura), dan bila my mom pegi S'pore, somewhere in Geylang area ada yang tegur dia; 'eh akak nikan yang buat masak kat TV tu kan...' (begitulah lebih kurang). I story you all ni kan.. bukan untuk membangga diri... jauh sekali untuk menyombong... hanya sekadar bagi tau about my late mom's talent... dan mengenangkan betapa cekapnya dia buat itu, buat ini... I pun tak dapat nak ikut cara beliau... jauh sekali nak menandingi beliau.

Dan pada akhir tahun 80an my late mom's recipes kek syaitan and kek Siti Muslihat meletup.... lepas tu ada lagi dia create kek lapis detik 12 malam juga hot favourite(masa tu kan filem Sarimah tengah hot) dan entah apa-apa lagi makanan yang diciptanya... tak ingat langsung.... and that was about 20years ago.

And sayang seribu kali sayang kami anak-anaknya tak sempat belajar semua kemahiran beliau itu... hanya sedikit sahaja yang dapat I tangkap. Itupun kalau tidak kerana membantu beliau buat semasa jualan bulan Ramadhan waktu dulu tu... I masih ingat... I used to prepare tepung untuk cucur udang, tahu sumbat and bahan-bahan for laksa. Dan disini ingin I berkongsi bersama semua my guest yang datang membaca tulisan I yang baru 'betatih' ni... nya orang Brunei (baru pandai berjalan). So I bagi nama laksa beliau ni 'Laksa Bu Apsah' sempena nama beliau (My sis Ryna also suka nama ni.. she said that If she ade kedai makan nanti, dia nak bagi nama 'Kadai Bu Apsah...' semoga termakbul).


Laksa Bu Apsah

A]
1 kg ikan rumahan direbus dgn 1/2 liter air , diambil air dan isinya
15 ekor udang sedang besarnya
500 gm fish ball dihiris nipis
2 biji fish cake dihiris nipis
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 sudu besar lada kisar
2 sudu makan tomato paste
1 sudu makan petis
4 sudu makan gula melaka
5 batang serai dititk
4 inci halia
1 liter santan
4 biji limau kapas
1 lembar daun kunyit dimayang halu
Sedikit bunga kesum dimayang halus

B]
5 keping tahu dipotong cube dan goreng
10 biji telur direbus belah dua
1 biji timun diparut panjang dan kasar
1 biji lobak merah diparut kasar
1 biji sengkuang diparut kasar
Sedikit cili thailand dihiris halus
Bawang goreng
Daun sadri secukupnya
Limau Kasturi
Sambal belacan goreng
2 kg Laksa

Semua bawang-bawang, halia dikisar halus dan ditumis hingga garing. Masukan serai goreng lagi. Masukan lada kisar, tomato, petis dan gula melaka. Masak hingga pecah minyak. Masukan ikan dan airnya, didihkan. Masukan udang, fish cake, fish ball, daun kesum, daun kunyit santan rebus hingga masak. Jaga santan tadi jangan sampai pecah minyak. Masukan air limau kapas. Matikan. Sajikan dengan bahan B. 'Sekian selamat mencuba ye puan-puan' (My late mom used to say this phrase to her audience...) semua hanya tinggal dalam kenangan...

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan dihimpunkan ditempat orang-orang yang beriman.... amin.

Rumah terbuka

Dua hari yang lepas my officer panggil open house raya.. actually malas nak pergi. Tapi awal-awal pagi dia dah datang kebilik kami to remind us, mesti datang nya-nya.. 'ngalih ku masak dimalam' he said.. So we pergilah juga...

Before kerumahnya we sempat singgah kerumah our x-boss (dah pencen pun), adoiiii kesiannya I tengok dia.. nampak airmukanya telah dimamah usia.. I think she was late 50s now.. or mungkin dah mencapai 60tahun kot.. ye tak ye dah 7 tahun dia pencen rupanya. So she must be 62yrs old now. Tak terasa masa begitu cepat berlalu. Kami datang tu dia tengah turun tangga rumahnya untuk menyambut tetamu yang datang, nampak begitu lemah sekali mungkin dia kurang sehat kot... atau penat dengan kehadiran cucu-cucunya.. Tapi walaupun beliau nampak pucat tapi masih cantik kelihatan. Entah apa rahsia beliau... Kami tak lama kat rumahnya hanya lebih kurang 20minit.. beliau ni kalau bercerita kisah lama ehmmmm.... mungkin petang baru dapat balik.. hahaha.

Untuk pergi kerumah my officer ni actually tak jauh sangat.. tapi oleh kerana jalan dah diubah suai kerajaan, so kenalah ikut jalan yang berbelit-belit... adoi peningnya. I baru pernah pergi kerumah officer ni, tahun lepas dia buat open house I tak pergi pun fasal I tengah bercuti lepas melahirkan my baby Leynah.

When I saw his house, ohh... what a nice garden. Entah I ni kalau pergi rumah orang I mesti cari bunga hahaha... My hubby pun dah komplin.

Menunya semua menyelerakan ada ayam masak kuning, daging oyster, manggo fish , kailan, chicken pie etc.. Lama I menelek what to eat then I ternampak dihujung sebelah kanan tersorok ada laksa.. I tengah fikir laksa apa ni hah.. So I decided to eat that laksa. Bila I makan I baru tahu oooo... laksa Johor rupanya, it was really nyaman. Only sambalnya kurang pedas sikit kalau tidak I bagi 10markah hehehe (jangan marah ye kalau you terbaca tulisan I ni). His mom yang masak laksa tu.. It was really good.. yang lain2 tu RBC catering... yang sediakan dah biasa benda-benda tu malas nak menjamah. I lebih suka makan barang yang jarang-jarang ade.. hehehe

Kami pun tak lama disana sebab banyak tetamu yang baru datang, nak bagi peluang yang lain pulak... faham-faham ajelah.. His dad n his mom komplin 'napa sekajap jua biskita ani makan.. inda kanyang tu..' bukan nye ape... we all nak cepat mau ambil anak-anak balik sekolah. Maaf kan ye... macam tak tau adat, siap makan terus cabut.. adoi... macam nyamuk hehehe

Wednesday, November 24, 2004

Ralat

My sis Ryn ask me to tukar the title of my blog.. 'sudah tah sayu-sayu ani' nya-nya.. uhuk..uhuk... entah tak tau nak tukar ape... kepala masih buntu... berserabut...

Yang hanya terlintas dikepala raya sudah 11 hari berlalu....

Tuesday, November 23, 2004


my cousin Miming made this meringue special for me hehehe... thanks.. it was crispy ..emmm Posted by Hello

Monday, November 22, 2004

Blog yang saya suka

This blog is one of my favourite.. I suka baca... bila I nak tengok something new, especially on hiburan.... he was great. Tapi lama sudah dia tak update...
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/

Ni dalam gravy boat, sisa bread pudding cream yg my sis ryn buat.. thanks to sis... Puddingnya habissss Posted by Hello

I sibuk sediakan biskut dan yg dalam piring bulat ni.. brownies yg I buat awal pagi Posted by Hello

My baby leynah sudah pandai berjalan Posted by Hello

Ni yang sangat lucu... my hubby???? (tipah tertipu bang) Posted by Hello

My lil garden


My scented garden Posted by Hello

Some of my biscuits Posted by Hello

Thanks to my aunt bagi bunga lili ni... I really love them Posted by Hello

Sisa biskut yang tinggal  Posted by Hello

Selepas majlis tahlil Posted by Hello

Majlis yang kusut

My guest datang seawal pukol 5:40pm before I expecting them... my in-law with his ipar duai... huh... My dinning room still messy.. sakit kepala... my two kids dari awal lagi sudah ku pesan untuk arrange all those thing belum juga selesai-selesai.... sangal ku teriak-teriak. Teringat my bro yang jauh di US... kalau dia ade senang sikit kerja aku... he used to be the one who susun all my dinner sets... uhhhh I missed him so much... really... (sorry bro I metioned you here) rasakan ku suruh balik.. haha

Pukol 6:30pm my collegue datang with her family... actually she didnt know about this ceremony... diaorang tengah bercuti.. hanya my staff yang duty saja tahu, kesiannya aku... uhuk..uhuk.. Salah aku juga lupa SMS dia orang datang... actually aku terlupa about inviting them... tengah bersarabut cooking and preparing dishes sampai lupa... padan muka aku... uhuk..uhuk.. kesian tengok anak-anaknya tak sempat makan... mereka nak cepat... aku ambil sedikit nasi briyani untuk mereka menjamah... kata orang tua-tua 'inda kepunan' (sempat ku terdengar anaknya said.. ehmmm nyaman) adoiii... sedihnya aku(guilty like hell). But I did invite them to come back later on.... tapi diaorang tak sempat datang... Maafkan I yee... if you ter'read my blog.. hahaha maaf kan kami.. maafkan kami... maafkan kamiii (teringat babak bujang lapok P.Ramlee, Aziz n Sudin) hehehe..

Jam dah menunjukan pukol 7:05pm... My hubby sibuk... merungut... my family belum juga sampai... I said if you willing to start just go a head... tak payah tunggu diaorang and cancel baca doa tahlil makan terus... (dalam hati I...rosakan susunan rancangan aku je..). What to do... not even my dish pun belum siap masak lagi... even I pun belum mandi. Setelah siap I masak roasted mushroom aku terus naik keatas mandi dan bersiap.

Bila aku turun my sister Ryn sampai... ehem senang sikit... tapi... her hubby tak ikut sama.. demammmm. Satu hal lagi... sapa yang nak mulakan baca tahlil ni.... adoiiiii pening. Mana my hubby lagi keep chasing on me... hish nak marah ada jugak.... Then datang lagi my jiran sebelah... lagi my hubby kelam kabut... nak suruh orang makan terus... ehemmmmmmm

I SMS my aunt ask them to come awal sikit..... hopefully my majlis survive (her hubby bolih bacakan tahlil.....) Lepas tu... my sis ryma from K.B datang alhamdullilah.. dalam hati datang juga awak ye... Mereka sibuk helping me didapor mengaut ayam rendang, daging black pepper, mixed vege, nasi beriyani and bahan-bahan untuk steamboat...

Bila semua hidangan siap di saji and my guest semua dah datang... and my expecting aunt pun dah ada... syukur... baca tahlil pun start.... I tengok rupanya jam baru pukol 7:50... eeeee apa lah my hubby ni... I ingat betul-betul dah akhir.... buat pening je.....

And bila semua dah settle makan baru aku ingat my roasted fish belum lagi siap huhhh..... ok nevermind tak payah masak. Since there was plenty of additional food... lemang.... spagheti.. steam boat and bla....bla.....

My sis tengah online (tru skype) dengan my bro yg kat US.. aku tak sempat nak berborak dengan nya tengah bengang dengan tetamu yang compact.... adoi apalah majlis ku kali ini semuanya berserabut.... huh... mana duit raya for kids lagi I misplaced... macam-macam ade... (Astro motto)

Tengah my sisters sibuk online dengan my bro... datang my bro's collegue ... adoi kesian tak banyak masa dengan diaorang beramah mesreee... maaf ye inda telayan lagi...

My last guest was jiran I yang sebelah lagi dengan her family... adoi... my house sudah nak pecah baru dia datang and it was almost 10:50pm... I ask my maid to clean the dinning room first... kelam kabut I tidy my table hahahaha.... Tapi makanan masih banyak... dapat makan 50 orang lagi..... eleh sombongnye aku..... (mula-mula I takut makanan tak cukup... fobia dengar my aunt last open housenya makanan tak cukup hehehe.. jadi I sengaja buat barang banyak sikit)

Pukol 12:40 semua dah balik ... baru lega it was all over. Alhamdulillah..... even my majlis tak seindah yang diharapkan. Memang pun sejak bulan syaaban lagi I tak nak berhari raya apa lagi nak buat majlis makan-makan ni... masih terasa yang sudah tiada.....

Kesian tengok my maid yang nampak layu kepenatan since subuh tadi menyediakan barang-barang... tak ape lah hari khamis ni dia akan pulang for goods and bolih lah dia berehat.....

Siap pinggan mangkuk dicuci, sisa makanan di masukan dalam freezer I ask my maid naik tidur... Aku sempat lagi ke back yard duduk di garden tengok my hubby kemaskan sampah lepas anak-anak main bunga api and makan-makan tadi.. Adoi habis lah bunga aku.. banyak yang di patah oleh anak2.. tak pe lah... aku menyamankan hati diri sendiri...

Pukol 1:40am baru lah siap semua aku dan my hubby berkemas... terus I naik mandi and tidur macam papan, penat.... hahaha.....

Thanks to all my family yang datang and to my sis ryma yang sanggup datang dari jauh...



My bro bought me these flowers Posted by Hello

My favourite scented rose Posted by Hello

Saturday, November 20, 2004


My bro send me this... Posted by Hello

Chocolate biscuit untuk nanti malam Posted by Hello

Pening

Subuh-subuh lagi aku terus kedapor menyediakan kueh-kueh untuk nanti malam. Aku ambil brownies yang semalam ku buat tapi belum sempat ku hias.. ku potong cube size dan terus ku tabur degan almond dan choc rice. Biscuit choco ball pun maseh belum lagi siap di simpan dalam cup cake. Ada dua tiga macam lagi biskut chocolate yang belum lagi di simpan kedalam tray kueh..

Anak-anak ku masih lagi tidur.. ku suruh pembantu ku membangunkan anak ku yang sulong Alut dan yang kedua Nana untuk membantu ku di dapur. Aduh.. pening nya aku, semua barang persiapan untuk makan belum lagi siap disusun; piring, cawan and etc. I hope everything will be going ok... mudah-mudahan tidak hujan nanti malam.

I ask my hubby to go to the market awal-awal lagi... cari ikan and udang. Aku belum lagi decide what to cook actually... huhhhh dalam kepala nak buat rendang ayam, beef black pepper, stewed mushroom and roasted fish with lemon juice... entah sempat kah tidak ni. An one more thing nasi briyani.. Bahan-bahan nya sudah pun awal-awal ku beli nak cuba resipi kawan (Nasi Briyani Ikan).

Dalam aku masih sibuk didapor my baby yg baru 13bulan itu kedengaran menangis.. adoi... aku baru teringat nak pergi kerja... huhh peningnya. And I wish my bos will let me go this afternoon... aminnnn.

Thursday, November 18, 2004

My little Leyinah


Posted by Hello

My favourite place


Posted by Hello

Pagi yang mendamaikan

Seperti ada yang mengejutkan aku.. ooh baru pukol 5:37 pagi. Aku terus bergegas untuk bersolat subuh. Anak ku masih lagi nyenyak tidur sungguh mendamaikan melihat tidurnya yang pulas...

Pembantu ku sudah siap membersehkan ruang tamu. Aku terus membancuh kopi dan membawa ke luar ketaman belakang . Bunyi burung yang berkicauan seperti irama muzik yang menyeggarkan... ooh aman nya terasa pagi ini.

Bunga jasmine yang sedang lebat berbunga mengharumkan ruang taman yang hanya sebesar kangkang kera...... aku hayal seketika menikmati taman bunga ku yang sedang mekar berbunga.. malas rasanya untuk meninggalkan tempat duduk ku ini. Tapi aku harus pergi kerja hari ini.. Ku lihat jam sudah pukol 7:12.. hah terlalu cepat masa berlalu. Mentari pagi sudah pun menyinar terang..

Aku bergeggas naik kerumah dan bersiap pergi kerja

Wednesday, November 17, 2004

Raya yang menyedihkan

Tahun ini adalah Raya yang paling sedih kami sambut sekeluarga...

Ramadhan terlalu cepat pergi... tak terasa hari demi hari berlalu..

Apa kah Raya ini akan dapat ku sambut dengan tawa ria... seperti raya-raya yang sudah..

Entah apa dan dimana silapnya...