Thursday, November 25, 2004

Babu dalam ingatan

Hari Raya ni I dihidangkan Laksa 3 kali. Mula-mula I makan dekat rumah my sis Ryma di KB, dia hidangkan I dengan Laksa Serawak, kali kedua masa dekat rumah my aunt dia hidangkan soto (sangat popular diBrunei menyerupai dengan mee sop) dan kali ketiganya pulak semasa my officer open house dia hidangkan Laksa Johor.. Bila I makan laksa-laksa tersebut... teringat pulak laksa my late mother yang buat dulu... It was nyaman tapi bahan-bahan nya terlalu banyak yang perlu disediakan.

Masa dulu awal 80an my late mother jualan makanan di Gerai Ramadhan, di depan padang Seri Begawan. Beliau jual nasi lemak, nasi beriyani, kari ayam, daging rendang, sambal pusu, sayur-sayur kampung, laksa rebus, mee goreng, cucur udang, acar sayur, kueh talam, kueh naga sari, kueh bongkol, kueh kesamak dan bermacam-macam jenis kueh asli. You just imagine she buat that all.. prepared all those thing since dawn.. Cooking all those dishes... Sometimes she cooked 3 to 4 items at a same time. You all bayangkan lah macamana dia buat... apa lagi macam silat kuntau, kalah pendekar mosterrrr... (Bujang Lapok) hehehe. My eldest sis mina, sis ryma n I helping her sikit-sikit jugak lah, tipulah kan... kalau dia buat sorang-seorang semua tu.... Tapi walau macamanapun hasilnya lumayan. Beliau dapat jualan kadang-kadang tu sampai B$1000 sehari, pukol-rata dariB$700 -B$900 sehari (belum tolak model lah).

Lain lagi cerita dia jual kek lapis, kek roll dan beranika jenis biskut untuk raya. Maka kami adik-beradik pun ikut sibuk membantu membuat kueh-kueh tersebut. Dia ni kan... kalau you all nak tahu... tak kenal erti penat... macam-macam saje dia buat, baginya kalau semua 'bagas tangannya' itu disukai ramai itu sudah memberi kepuasan kepadanya...

Actually my mom ni kira handalah dalam hal urusan rumah tangga.. menghias bunga, menjahit baju, apa lagi dalam hal masak memasak... kalau ada kenduri-kendara dialah yang sibuk sekampung masak itu.. masak ini... I bukan nak puji... 'yang banarnya' (Kata orang Brunei). And you all jangan terkejut if I said my mom's recipes were published more than 80 recipes by RTB (Radio Telvisyen Brunei) . And ada one program tu named 'Mari Memasak' also produced by RTB and it was viewed sampai ke Singapura... (what I remember that program was bagi pertukaran rancangan Brunei-Singapura), dan bila my mom pegi S'pore, somewhere in Geylang area ada yang tegur dia; 'eh akak nikan yang buat masak kat TV tu kan...' (begitulah lebih kurang). I story you all ni kan.. bukan untuk membangga diri... jauh sekali untuk menyombong... hanya sekadar bagi tau about my late mom's talent... dan mengenangkan betapa cekapnya dia buat itu, buat ini... I pun tak dapat nak ikut cara beliau... jauh sekali nak menandingi beliau.

Dan pada akhir tahun 80an my late mom's recipes kek syaitan and kek Siti Muslihat meletup.... lepas tu ada lagi dia create kek lapis detik 12 malam juga hot favourite(masa tu kan filem Sarimah tengah hot) dan entah apa-apa lagi makanan yang diciptanya... tak ingat langsung.... and that was about 20years ago.

And sayang seribu kali sayang kami anak-anaknya tak sempat belajar semua kemahiran beliau itu... hanya sedikit sahaja yang dapat I tangkap. Itupun kalau tidak kerana membantu beliau buat semasa jualan bulan Ramadhan waktu dulu tu... I masih ingat... I used to prepare tepung untuk cucur udang, tahu sumbat and bahan-bahan for laksa. Dan disini ingin I berkongsi bersama semua my guest yang datang membaca tulisan I yang baru 'betatih' ni... nya orang Brunei (baru pandai berjalan). So I bagi nama laksa beliau ni 'Laksa Bu Apsah' sempena nama beliau (My sis Ryna also suka nama ni.. she said that If she ade kedai makan nanti, dia nak bagi nama 'Kadai Bu Apsah...' semoga termakbul).


Laksa Bu Apsah

A]
1 kg ikan rumahan direbus dgn 1/2 liter air , diambil air dan isinya
15 ekor udang sedang besarnya
500 gm fish ball dihiris nipis
2 biji fish cake dihiris nipis
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 sudu besar lada kisar
2 sudu makan tomato paste
1 sudu makan petis
4 sudu makan gula melaka
5 batang serai dititk
4 inci halia
1 liter santan
4 biji limau kapas
1 lembar daun kunyit dimayang halu
Sedikit bunga kesum dimayang halus

B]
5 keping tahu dipotong cube dan goreng
10 biji telur direbus belah dua
1 biji timun diparut panjang dan kasar
1 biji lobak merah diparut kasar
1 biji sengkuang diparut kasar
Sedikit cili thailand dihiris halus
Bawang goreng
Daun sadri secukupnya
Limau Kasturi
Sambal belacan goreng
2 kg Laksa

Semua bawang-bawang, halia dikisar halus dan ditumis hingga garing. Masukan serai goreng lagi. Masukan lada kisar, tomato, petis dan gula melaka. Masak hingga pecah minyak. Masukan ikan dan airnya, didihkan. Masukan udang, fish cake, fish ball, daun kesum, daun kunyit santan rebus hingga masak. Jaga santan tadi jangan sampai pecah minyak. Masukan air limau kapas. Matikan. Sajikan dengan bahan B. 'Sekian selamat mencuba ye puan-puan' (My late mom used to say this phrase to her audience...) semua hanya tinggal dalam kenangan...

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan dihimpunkan ditempat orang-orang yang beriman.... amin.

2 comments:

Anonymous said...

uhuk..uhuk... u really touch my heart (i guess thats y i havent got a heart to publish all the writings I wrote 'bout her) I think d name u r looking 4 is 'kek dayang senandong' it is also call kek setan sbb hitam legam

Nina Suria said...

Kek dayang senandong atu lain lagi siris nya tu dang... ani kek setan atu ada dalamnya buah apple karing kali ah... bolih.. Kek Dyg Senandong atu plain saja nada buah. Tapi dua-dua nyaman... entah mana kah tuju resipinya atu.. abis sudah bekakas...hemmmmmm