Wednesday, February 29, 2012

Hari Kebangsaan ke-28


Selamat malam semua.. Apa khabar anda di luar sana? Aku di sini masih lagi tidak cukup lantai untuk menari, tidak cukup ruang untuk bernafas.. Tahun 2012 ini terlalu banyak aktiviti di luar kawalan. Ilham yang datang mencurah-curah dari-NYA.. di saat-saat akhir benar-benar menguji jiwa dan rasa. Harap-harap nanti semuanya akan berjalan lancar di bawah kasih sayang-NYA jua.






Di kesempatan ini aku ingin menggual canang ke pelusuk kampung dan desa.. Pada 4hb Mac 2012, di padang Sekolah Bendahara Sakam Bunut, Jalan Haji Halus, akan di adakan JUALAN AMAL KEK CAWAN HARI KEBANGSAAN KE-28 bermula pada 9:30pagi. Maka aku menyeru di sini.. marilah beramai-ramai berbelanja sambil menderma ke Tabung Anak Yatim Kebangsaan Brunei..




Dengan hormat, sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Takmir Muslimah Masjid Kg. Bunut, dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kg. Bunut Perpindahan, Tasek Meradun-Bunut, Madewa, Telanai dan Sungai Ketam, serta Persatuan IKERAB, akan mengadakan Majlis Walkaton Merdeka, serta Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak.


Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak akan diadakan pada:
Hari: Jumaat
Tarikh: 2hb Mac 2012
Tempat: Masjid Kg. Bunut
*Untuk pendaftaran serta keterangan lanjut, sila ke Masjid Kg. Bunut dan berjumpa dengan Imam Masjid Kg. Bunut.



Majlis Walkaton Merdeka akan diadakan pada:
Hari: Ahad
Tarikh: 4hb Mac 2012
Jam: 6.30 Pagi
Bermula dari: Taman Persiaran Damuan
Berakhir di: Masjid Kg. Bunut, dan seterusnya merasmikan potongan ribon bagi Jualan Cupcake yang berjumlah kira-kira 1000 biji.

Sesiapa yang ingin mendapatkan kupon bagi jualan cupcake ini bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi 8622955/8621068/8722772/8191839. Dipohonkan agar penduduk-penduduk sekitar kampong-kampong yang tersebut diatas agar hadir bersama dan memeriahkan majlis tersebut. sekian terima kasih.

Kupon-kupon berharga $6.00 untuk 4biji dan $15.00 untuk satu dozen. Marilah kita sama-sama berbelanja sambil menderma. Barakallahu fiik..

Akhir kalam.. sekuntum mawar merah.. di hari lahirku.. di bulan Februari.. Sayang awak semua..


2 comments:

cikgu suhaila said...

Happy besday kak nina.
Miss u...
Somoga panjang umur dan dirahmati Allah selalu

Nina Suria said...

Amin Ya Rabb.. btw salam cikgu, terima kasih atas ingatan yang manis ini, moga kau pun sentiasa dalam rahmah Illahi jua.. kita pun rindu.. waktu terlalu cemburu untuk kita berbicara di sini huhuhuhuhu