Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Thursday, February 23, 2012
Dua puluh lapan tahun sudah berlalu..
Salam Hari Kebangsaan warga Berunai. Hari ini genap kita menyambut 28tahun hari MERDEKA yang dilaungkan oleh Baginda Bagawan dengan laungan ALLAHU AKBAR. ALLAHU AKBAR. ALLAHUAKBAR... Subhanallah..
Saat itu.. meremang bulu roma, semangat JIWA BANGSA mengalir laju ke pembuluh darah, menerjah jiwarasa, AKU cinta TANAH AIRku.. Bumi BRUNEI DARUSSALAM.
Dan 28tahun dulu aku masih di bangku sekolah dalam tingkatan lima di Maktab Sultan Omar Ali Shaiffudin. Aku dan persatuan IKERAB Kampung Bunut dan beribu-ribu warga Brunei yang turut menyumbangkan masa dan tenaga mewarnai padang Stadium Hassanal Bolkiah waktu itu dengan penuh JIWA purih pancir mulia, tabah gagah berhemah tinggi bermaruah dan berperibadi, bersopan sedar harga diri.
Kenang indah yang tetap terlipat kemas di sanubari..
Dan aku merasa SANGAT BERTUAH menjadi rakyat BAGINDA SULTAN. Baginda yang sentiasa melindungi dan menyayangi rakyatnya dalam susah.. dalam senang.. di laut.. di daratan.. kasih sayang BAGINDA tiada sempadan..
Moga negara BRUNEI DARUSSALAM yang diangkat BAGINDA sebagai negara ZIKIR akan sentiasa dalam rangkulan rahmah ILLAHI, aman LAILA BAHAGIA jua. DAULAT TUANKU..
Brunei tanah airku yang TERCINTA. ♥ . ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Amin. Semuga negara Brunei dilimpahi rahmat. Sesekali bersemangat melaungkan cintai tanahair tercinta. Yeh yeh yeh
MERDEKA MERDEKA MERDEKA
notie sayang, terima kasih. Tanah tumpah darahku tetap menjadi pujaan hatiku. MERDEKA. MERDEKA. MERDEKA...
Mabrook! Mabrook!
Salam MERDEKA buat Kak Mon tercinta dan seluruh warga bumi BRUNEI Darussalam nan bertuah. Moga bumi BRUNEI terus kekal dalam rahmat dan lindungan ALLAH SWT. :-)
-Jid-
Amin.. salam jumaat jid sayang, terimakasih atas doa yang kudus
salam merdeka buat Nina dan rakyat Brunei...moga tanah Brunei sentiasa dirahmati Allah...nak pi duk sana boleh ka...hehe...:)
Amin Ya Rabb.. kalau nak duk bulih kut, tapi kena amik quota dulu hehehehe ;)
Salam seantero buat eni juga xoxo
Post a Comment